▷▷20100531

Buang bayi penyebab PEREMPUAN lebih ramai dari lelaki

Assalamualaikummm!! Kat sini boleh tak aku nak buat kesimpulan sendiri? Aarr lebih kurang macam pandangan sendiri plus pendapat aku!


Zaman sekarang, banyak kan kes BUANG BAYI! dan korang perasan tak, hampir semua BAYI LUAR NIKAH ialah BAYI LELAKI. dah tuu, HAMPIR SEMUA jugak di BUANG!


Dan zaman sekarang jugak, perempuan lebih ramai dari lelaki. kenapa? sebab seperti kat atas ni la. heh. itu pendapat dan pandangan aku sendiri.


Sorry kalau salah. tapi itu yang aku perasan. apa pendapat korang fulak??


Kenapa aku tak suka RITA RUDAINI??

Kenapa aku tak suka dia ni??
Kenapa? Meh aku list kan.

1- Asik-asik muka dia jeeeeeee keluar kat TV akak boring la dekkk!
2- Asik-asik dia je jadi heroin dahlah jalan cerita sama jeeeeee menyampas akak!
3- Kahwin lariiiiikkkk pastu sampai sekarang keluarga belah suami tak restu hadess
4- Sebab aku takkkkkk suka laaaaaa!!!
5- Sebab aku menyampas laaaaa!!
6- Sebab aku memang mencikkkkkk dia!!

dah dah. aku memang tak suka dia dari dulu sampai sekarang. start dari movie hapa tu? yang dulu tuu. alaa cite ala-ala seram last-last mimpi rupanya. yang dia ni pegang watak hapa tah yang kena rasuk pastu ketawa ngilai-ngilai hattoiii tak suka nye akuuu!!!


Memang kau KAFIR LAKNATULLAH!!

Sekarang aku mode MARAH! 
memang cil*k*!
memang lah*n*t!
memang KAFIR LAKNATULLAH!
tengok DI SINI!





hey! aku ni PEREMPUAN la! ECIZ ialah PEREMPUAN!

Assalamualaikum. kat sini aku nak maklumkan, bahawasanya aku ialah seorang GADIS kampung yang tinggal di kampung berfikiran kekampungan tapi tinggal di bandar selama 18 tahun ekekek. jadi tak tertutup untuk menatapi sebarang bidang perkomputeran.


sebab tu aku minat bidang IT dan aku minat edit-editan . sesiapa ada ilmu tolong ajar aku nak up ilmu html dan sebagainya ,memang menyeronokkan.


rakan beloger bahagian carpet sana banyak ingat aku LELAKI weyh miakakak adus terjejas jantina AKAK dekkk.


dan semalam aku masuk carpet jap hattoiii tengok nama eciz ada say HELLO?? hey hey hey aku tade punn on carpet sebelum tuu okey.


then adalah sorang otai tu cik Fida Aisyah dia cakap 'eciz' ni ada borak dengan dia then cakap 'eciz' ni male hattoiii gila ke hapa! sebelum malam tadi aku tade pun borak dengan cik Fida Aisyah tu dan helo helo helo aku selalu mengaku aku ni PEREMPUAN okeyyy!


yela yela whatever la kann. tanak caya sudah! walaupun eciz tu ada duanya tatawuu siapa hamek nama aku tuuu tapi, NISECA1903 DOT BLOGSPOT DOT COM TIADA DUA NYA MEKASEHHHH!! jadi nak bagitawuuu NISECA = NISA + ECA . 


nisa ni dalam bahasa arab, bahasa melayunya ialah PEREMPUAN! eca ialah panggilan dari keluarga incik abah bagii berbunyi ee-ca! hairunisa nama penuh aku yang bermaksud = sebaik-baik WANITA! ha! banyak dah bukti aku ni PEREMPUAN hattoii!

▷▷20100530

Peh ada blogwalking software siottt


http://pakcikhusen.blogspot.com/2010/05/daftar-sekarangblogwalking.html


weh weh. ada software blogwalking siol. macam besh. aku da join pun weh. jom ah join. tebuka pada 50. jom! jom! cepat weyh. <-- MENGIPAS TAK HENGAT miakakakak


Kesian la demam nii


adess. batuk batuk uhuk uhuk uhuk. selesema chretttttt accummm. tekak sakit ouch ouch tapi masih selera nak makan ekekek. kesian la kat akuuu. demam niii hattoii. seb bek pale tak pening, jadi masih boleh online. kalau tak, tade maknanya aku nak mengadap hubiz aku nii hattoii. acccummmmmm!! 


Ada puteri gunung ledang?

Dah. ni haaa gambar masa pegi Gunung Ledang tu
Malas nak banyak cite ekekekek
Kesian korang kena tinggal 
Aku memang suka tinggalkan orang miakakak
Jom tengok! Tapi kan, ada 1 gambar tu, terselit Puteri Gunung Ledang!
Tak caya? tapi dia macam kita gak tau.
Aku pun pelik. 
Masa snap gambar tu, tade pun 'orang' tu
Bila tengok gambar, ada!
Pelik memang pelik!



eh ni bukan puteri gunung ledang tuu. ni namanya aina fahirah memang suka membebel masa mandi pun nak membebel sila sebat dia skang ekekekek.


ni pun bukan haiii takkan tak kenal kot ni jantan ekekek. nama dia afiq faris haihhh sangatlah nakal okeyy ada 3 pusar di kepalanya. paling aktif masa mandi manda!


haishhoo ini pun bukan puteri gunung ledang mana nii tak jumpa-jumpa lagii ye. ni budak kecikk ekekek nama dia tuu dalam gambar da letak ariff fakhrullah. tu tengok dia da menggigil bibir da biru masih lagi nak mandi. duk atas batu pun tanakk haihh punya la suka mandi tak macam kubi tu miakakakak


ni ke puteri gunung ledang tu? heh. mukan mukan! ni bibik agagagag. puan emak ampunnn ekekekek saje je panggil beliau gitu sebab beliau dan incik abah je tak mandi tukang kipas halau lalat kat tempat makan miakakak hamek kau dibuli anak cucu kikikiki



ni diorang 4 beradik. aina aiman afiq dan ariff. heh. mana puteri gunung ledang yang dimaksudkan tuu?? susah betull!


saje nak kongsi gambar nii i like! ariff pandang apa tuu!


ha! yang nii la!! masa gambar ni diambil, 'orang' perempuan baju hitam berdiri tu takde tau! tapi tengok dalam gambar, ada pulak! pelik siot! memang misteri!

Tolong aku!!

Tolong weyhh. tolong !!
Aku penuh rasa bersalah nii!!
Tolong!! apa patut aku buat??
Mencikk rasa nii tolongg!!
Tak patut aku buat macam tuu!!
Tolong!! Tolong!! Tolong!!

Ingat nak update entry fasal hari aku pigi Gunung Ledang!
Tapi rasa bersalah nii lagi tebal.
So, mood nak update tuu tade!
Heh! Tolong weyhhh!!

▷▷20100529

Nak pergi Gunung Ledang

Nak cite pendek je. 
Hari AKAK nak pegii GUNUNG LEDANG.
naik EXORA putih baru miakakak
jakun?? err sekati AKAK la kann ekekekek
SILA JELES SEKARANG!
baii baii balik nanti AKAK post entry okeyy
siap gambar lagii agagagag


Korang Photogenik?? jom join contest nii!!

hattoii aku kena tag lagii. ni menjurus kepada contest jugak la kawan-kawan hattoii. ni da kali kedua ni aku join contest ekekekek. okey aku jawab ini sebab ini contest bukan sebab kena tag miakakak sebab AKAK MALAS NAK JAWAB TAG LAGIIIII !!


nii haa menggatal betul CIK SPEK PINK kita nii sbb tag aku miakakakak jom sebat dia ramai-ramai ekekekek. beliau cakap aku ni ala-ala potogenik ececeh walhal nak cakap aku potogedik la tuu miakakakak.

contest ni dinamakan ANDA PHOTOGENIC MARI JOIN CONTEST INI, di anjur oleh CIK YEYEN sape hekkk i'm not sure la laling ekekek bytheway tenkiuuuu buat contest besh nii MENGIPAS TAK HENGAT sila bagi hadiah lebih-lebih walau tak menang miakakak.




terms and condition:
1.terbuka kepada semua peringkat umur. 
2.gambar anda 
seorang ! kalo ade orang lain, saya REJECT, :p muahahaha !! 
3.gambar anda mestilah se
PHOTOGENIC yg mugkin,nampakkn 'umph~'nya .. hee :p , xkesah ber"edit ke tidak" yg penting 'umph~'nya saye nak tgk !! hihi :P
4.hanya sekeping gambar sahaja d benarkn ok ?? kalo pakwe nak join,tunggu next contest yeah .. :)

5.mestilah menjadi follower CIK YEYEN aka IZYAN IZZATY
6.sediakn entry khas untuk contest ni dan tag minimum 3orang . [org2 yg d tag mesti tau ok ?? kalo x , saye SAMAN ! haha :P] 
7.letakkan BANNER CONTEST yg ada d sidebar saya d BLOG anda ok ?? :) 
8.tarikh tutp contest ini ialah 30 JUNE 2010 , bile dah tamat contest,saye akn announce kn ape hadiahnyer..jengjengjeng~!! mari akak abg adik ibu bapa join contest saye !! :) hadiahnyer mmg best,kalo saye anjurkn mmg best .. hihihi :p




okeyy FOLLOW dia dah sudahh baru je tadi buat keje miakakak. lepas tuuu, upload gambar fulak. jap jap! tengok cepat cepat cepat !




miakakak. inilah anak bongsu incik abah dan puan emak yang sangat suka merajuk ekekek tak caya? pi tanya SANGKEKASIH agagagag. nah hamek kau tengok potogenikniknik haku ni miakakak. sila kaji berapa panjang muncung tuu betapa melayut pipi tuu penyek hidung tuu besarnya biji mata tuu ekekekek dan kening yang da nak becantum hattoii !


tag 3 orang?? huh!

aku rasa dak ANN nii potogenik plus gedik miakakak.
haaa si budak PIYA ni pun takde kurangnya bab-bab potogedik kann miakakak.
dan cik ILEBIU kot miakakak budak cun tuu ecececeh kembang la tuu

PADAN MUKA KAU ORANG! KALAU MENANG, KONGSI DENGAN AKU EKEKEKEK!



3 anak pengusaha minyak

Suatu hari 3 kanak-kanak berkumpul, mereka adalah anak kepada jutawan minyak yang kaya. Mereka bangga dan sombong dengan kehebatan bapa mereka.

Budak 1 : "Wooi, korang tau tak bapak aku adalah raja minyak tanah!! Sekali gali tanah keluar minyaknya."

Budak 2 : "Alah! baru macam tu dah bising. Bapak aku adalah raja minyak kayu!! sekali tebang kayu keluar minyaknya."

Budak 3 : "Hah!! macam tu pun nak sombong sangat ke... korang belum tau, bapak aku adalah raja minyak angin..!! Sekali buang angin keluar minyaknya."

Budak 1 Budak 2 : "??????"





credit to: gelihati.blogspot.com


▷▷20100528

Bloglist aku tak aktif?? nyah kau!


Salam! haihhh ni nak mengeluhh ni. pasal korang la sape lagi kan. aku ni macam da letih je bila tengok senarai dalam bloglist aku, masih sama tajuknya!


tak aktif langsung! tak semua, tapi hampir semua! lempang nak? lempang. miakakakak jangan mare.


aku cuma nak recycle balik miakakak recycle fulak. nak refresh balik laa bloglist aku. dalam seminggu ni. aku akan perhati satu persatu blog tuu. 


kalau dapati tak aktif, maka out! miakakak. *hey kau hengat kau femes ke nak takutkan orang? miakakakak sebab aku pikir aku tak femes la aku nak out je blog yang tak aktif tuu.




yang aku pasti sangat2, dalam BLOGLIST BEST tu memang aktif miakakak. sebab tu aku letak kat situ, aktif komen kat entry aku pun ye jugakk agagagag KIPAS nii.


yang mantop tuu hmm, okey la diorang femes ekekek tapi tak femes lagi di mata aku miakakak.




yang cun dan cantik tuu pun i like! tapi ada jugak namanya masih tak tertera bukan pe tak aktif hattoii. jadi, tak naik-naik la kann. payah jugak ekekek. 




tu yang aku pikir pasni nak out je mana-mana blog yang tak aktif tu. paling koman pun sedara-sedari, post entry 1hari 1kali pun okey la kan. 




kalau tade idea, meh dtg sini kita borak-borak. kira aktif la kann? ekekek. okey okey itu ajee aku nak cerita baiii


Alahaii panas baran kuu


bila cerita pasal panas baran ni aku adalah seorang yang sangat sukar nak kawal sifat amarah aku nii.  meh aku senaraikan perkara yang luar jangkaan aku buat bila marah aku dah tahap mengaburi pemikiran waras dan penglihatan aku.


hatoii sakit kena lempang miakakakakak. tapi aku tak serupa dengan beruk tu kiakakakak


1- aku pernah lempang muka xbf aku sekuat hati sampai terpusing badan dia sekali sebab masa tu aku terlalu marah pada kawan baik aku. xbf aku tu kononnya nak pujuk aku tapi dia memang salah waktu aku memang terlampau marah akuu terus lempang muka dia. merah mata dia nak pukul aku balik tapi kawan aku tahan dia. dia terus balik. bila cerita balik dia cakap memang sakit sangat pukulan aku tu sebab orang tengah marah kan


2- hp aku yang dulu-dulu pernah berkecai sebab aku hempas kat dinding. masa tu aku bengang dengan sorang insan ni. selalunya aku baling hp gitu-gitu je. takut rosak. tapi hari tu aku terlampau marah jadi aku hempas sekuat hati aku. tak puas tengok hp tu masih hidup aku amik semula aku hempas lagi dan lagi sampai berkecai. 


alalala tumbuk cmtu laki ko gelak je miakakakak


3- aku pernah tumbuk hp aku sekuat hati sebab charger dia rosak. cocok punya cocok taknak jugak cas. punya lah geram aku tumbuk hp tu konon nak dia rasa sakitlahh. tangan aku takde sakit pun sebab tengah geram kan. hp tu cuma mati je hehe


4- aku pernah hempas laptop sebab aku marahkan membe kat sebelah. masa tu aku tengah mengadap laptop, tiba-tiba dia buat hal geram yang tak tertahan aku terus hempas laptop tu. pastu aku jerit kuat-kuat terus diam membe aku tuu hehe.


5- aku pernah tumbuk kepala aku sendiri sekuat hati sebab masa tu aku kena migrain yang terlampau sakit. tak tahan punya pasal aku terus tumbuk kepala sendiri. dah tu? aku terus terbaring tak boleh bangun. sakitttt. hehe


6- aku pernah hempas gayong sekuat hati sampai gayung tu melantun tinggi nasib baik tak pecah sebab aku tak ingat kenapa aku marah masa tu


7- aku pernah drive laju gila tahap da macam tak takut kemalangan [ sebab aku nii penakut high speed ] sampai orang kat sebelah yang tengah membebel kat aku boleh senyap tak berkata walau sepatah sampailah tiba kat rumah. baru dia sambung balik membebel. 


8- kalau internet lembap untuk kali ketiga aku akan hempas apa yang ada depan mata, biasanya bantal aku tumbuk kuat-kuat. tak pun terus tutup semuanya.


dari 1 hingga 7 zaman aku sekolah, masih belajar kurang matang tak sayang harta benda tak hargai orang. tapi yang no 8 tuu hihi yang sekarang la kira da matang sikit. 


dulu, aku sembur je apa nak cakap, buat je apa yang terlintas kat fikiran. masa tu amarah aku memang menguasai diri. tapi sekarang aku banyak buat terapi diri sendiri


- tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan sambil istighfar
- aku CUBA senyum walaupun biasanya gagal
- aku blah dari tempat yang menaikkan tempreture aku tuu
- aku buat keje lain layan benda lainn
- paling senang, aku TIDUR!


biasanya kalau dah okey, aku akan pergi balik tempat tuu baru boleh senyum dan buat semua secara sopan santun. kalau tak boleh jugak aku buat benda lain. 
kalau gaduh dengan SANGKEKASIH, biasanya dia akan lawan aku sampai aku naik hangin tinggiiiiiii lepas tu dia tinggalkan! dah sejuk aku akan cari dia sendiri. itulah dia sekarang. dulu dia tak paham. masa aku tengah angin, dia masih nak bergurau, nak pujuk ouhhh memang silap. aku ajar dia. tinggalkan je aku buat sementara, bila aku dah sejuk aku sendiri akan pergi cari dia. Alhamdulillah sekarang dia makin memahami. dan aku cuba untuk kurangkan panas baran ini..



Aku ada sakit kulit ke?

Ouhh yeahh baby. hari nii aku nak cerita fasal jari jemari comel aku *comel kee ekekek. hmm jari aku tak macam korang.


err means, jari tapak tangan aku tak macam korang. jari jemari aku disifatkan alah sabun. jadi, jari jemari aku tade cap jari alahaiii sedeynya akakk hattoii. 


bila cuaca ala-ala lembap gitu mulalah jari aku merekahh. masa tu, bila aku sentuh kulit, pehhh rasa macam kertas pasir kuikuikui.


bila cuaca panas, jari aku macam lembap. hmmm dia terbalik dengan cuaca la aku tengok. skang ni jari aku lembap. bila sentuh, lembuttt je tangan aku hehe.


tapi yang tak beshnya jari jemari aku ni mudah luka. bila da luka sakitnya tak terperiii tapi masih boleh tahan walau kening kerut-kerut gitu hihi.


bermula dari ibu jari kanan masa usia aku 12 tahun , tahun 2000. beransur dari satu jari ke satu jari. habis semua jari kanan, dia turun ke ruas-ruas jari. sampailah suku dari tapak tangan aku da tade ala-ala cap jari gitu huhu kesian tak? kira kalau tengok tangan kanan aku, da macam tangan orang tua. berkedut-kedut sebab tade kulit paling atas huhu tapak tangan lagi la kesian


skang tangan kiri pulakk. yang tinggal cuma satu jari je iaitu jari kelingking yang normal masih ada cap jari kesiannya akuu!


aku tatawuu apa masalah jari aku nii. masalah kulit kot. korang tawuu takk??



▷▷20100527

Suka ubah page belog!

Haiiii. aaarr fenat fenat! heh. macam-macam aku ubah kat belog aku hari ni. background masih sama. futihh suci ouch i like! yang berubah, hurmmm. let see together.


1- HEADER akakk la opkos kann kihkihkih yang diwar-warkan siang tadi.
2- then, tajuk tiap widget aku ada background tuu yang hijau-hijau tu hehe.
3- signature la apa lagii kan tak nampak budak pocoyo tuu besama namaku ekekek


haihhh sangat seronok tengok ada perubahan. amacam?? esok lusa aku post entry info lagi ekk. 

Header tukar lagiii !

sila ucapkan babaiiii pada header lama akuu. kenapa? kenapa tukar lagii?? errr aku tengok gambar utk home email banner bagai tu cantik fulak tulisannya ekekekek. jadi tiru la agagagag.


yes yes. korang suka takk?? tak suka?? suka jugakk!! penat buat! ;p


KOMEN SIKIT SUPAYA AKU TAWUU APA PATUT BUANG DENGAN APA PATUT BIARKAN AJEE. :D


Airmata ini untuk kucingku..

tadi blogwalking punya pasal, aku jumpa satu blog menceritakan kisah kucing-kucing dia. comel-comel belaka. tiba-tiba mengingatkan aku pada 'arwah' kucing aku. 


dulu, aku ada bela seekor kucing. hmmm kira-kira tahun 1998 gitu. masa tu aku darjah 4. kucing tu pemberian abang ngah aku. dia nak kawen. bini dia takut kucing. sebab tu dia bagi kucing dia pada aku.


masa abang aku nak bertunang, aku ada datang rumah bujang dia. masa tu kucing dia baru nak membesar. nakal sangat. semua orang dia kejar dan nak gigit. aku ni paling penakut la kan. sebab masa tadika dulu penah kena cakar dan digigit kucing. tu yang aku terus fobia dengan kucing.


bila abang aku nak serahkan kat aku, aku mula-mula taknak. yela, kucing tu tengah nakal. jantan pulak tu. nak tak nak, aku kena terima jugak. 


kucing aku tu kitorang bagi nama sitam. mata dia hijau. ekor dia pendek dan bengkok. masa abang aku jumpa dia, dia baru lahir kot. abang aku tengah jual burger.


abang aku tak ada susu nak bagi sitam. jadi, abang aku bagi tapak tangan. sitam pun jilat-jilat tapak tangan, dan nyonyot tiap ruas jari.


tiap kali dia nak tidur, mesti nak nyonyot ruas jari. jadi mula-mula aku geli sangat nak bagi sitam buat macam tu kat aku. yelah, aku ni penggeli orangnya. 


dengan mak abah aku, sitam macam nak tak nak je nyonyot dengan jilat. lama-lama aku terbiasa. masa aku nak tidur je, aku dengar pintu bilik diselak. tengok-tengok sitam dah naik katil. get ready nak jilat tapak tangan aku dan nyonyot tiap ruas jari aku. sampai dia tertidur.


bulu dia cantik. halusss je. sitam ni takut orang. kalau ada je orang datang rumah, dia mesti lari hilang entah ke mana. tetamu balik je, alih-alih dia dah muncul. lapar la tuu. 


tapi, jiran-jiran da biasa agaknya dengan sitam. jadi, diorang pun sama-sama bagi makan kat sitam. penah 1 hari tu, sitam nak lompat jauh. dari dalam rumah nak keluar. aku duduk kat depan pintu. agaknya dia dah target nak lalu betul-betul depan muka aku. sekali entah macam mana, aku terkedepan la sikit muka aku. apa lagi, terhantuk la muka aku dengan muka sitam. haha terhoyong-hayang sitam jalan. pening la tuu. kesian dia.


aku penah nak amik gambar sitam. masa tu dia landing baikk punya atas tv. comel sangat-sangat masa dia tidur. tapi incik abah tak bagi. dia kata, nanti mengagungkan binatang pulak.


sitam penah sakit teruk kat kaki. tak boleh langsung usik kaki dia. mesti dia nak cakar. kesian dia. aku penah dukung dia erat-erat, peluk kuat-kuat. rasa sayangggg sangat kat dia. dan masa tu la, dia jilat pipi aku. kaki depan dia usap pipi aku. seolah-olah, macam itu pertemuan terakhir kitorang. menitis air mata aku sekarang..


tak lama lepas tu, sitam hilang. hari-hari aku tanya incik abah, mana sitam. incik abah cakap tak tau. 


sampailah aku tingkatan 2. masa tu nak pegi sekolah agama darjah khas. malam tu aku mimpikan sitam. masa cerita kat incik abah, aku nangis. aku cakap rindu sangat kat sitam. kenapa tak balik-balik lagi.


incik abah pun cerita hal sebenar. sebenarnya, 2 tahun sebelum tu, dia jumpa sitam da mati. mulut berbuih. incik abah da tanam depan masjid. Ya Allah! terperanjat aku! sitam da mati! sumpah, aku rindu sangat kat sitam..


*air mata aku tak berhenti pulak ni..

Adakah SANGKEKASIH ada orang lain? :'( [sambungan]


harap maklummm ni entry sedih a.k.a meluah rasa tak sedap di hati uhuk uhuk

sequal
entry semalam ye. pagi ni aku mimpi lagi. kali ni, dia save no xgf dia as HAKIMI. aku ingat no xgf dia. then aku ngamuk la dalam mimpi tu. tapi bila bangun, aku termenung. sampai skang, aku masih terfikirkannya..



" Ya Allah, jika dialah jodohku, dekatkan kami, percepatkan jodoh kami, kekalkan jodoh kami Ya Allah! tetapi, jika bukan dia jodohku, jauh kan lah kami sejauh yang mungkin Ya Allah! sebelum aku menghadapi kecewa lagi. sakitnya kecewa itu Ya Allah! terpaling sakit.."

▷▷20100526

Adakah SANGKEKASIH ada orang lain? :'(

harap maklummm ni entry sedih a.k.a meluah rasa tak sedap di hati uhuk uhuk


pagi ni aku terbangun lewat. hmm sebelum bangun tuu aku mimpi. mimpi yang meletihkan. letih sebab tahan sebak. huh nak nangis tapi tak pas-pas. dalam mimpi da ngamuk ukukukuk.


kisah tingkatan 2


ada satu malam tu, aku mimpi boyfriend aku masa tuu kawen dengan orang lain. aku frust sangat-sangat. nangis esak-esak tapi air mata tak kuar. aku ngamuk-ngamuk dengan boyfriend aku. bila bangun, aku sambung nangis. kawan aku terkejut. masa tu aku duk asrama. dia tanya kenapa, aku pun cite la. dia cakap, tu mimpi je. sebulan lepas tu, boyfriend aku tinggalkan aku kerana perempuan lain..


kisah masa berusia 18 tahun


aku mimpi boyfriend aku masa tuu da couple dengan orang lain. hmm dalam mimpi aku cuma nangis je. bila da bangun, aku nangis jugak. dua bulan lepas tu, boyfriend aku tinggalkan aku kerana perempuan lain..


kisah masa berusia 19 tahun


aku mimpi boyfriend aku masa tuu ada perempuan lain. perempuan tu siap peluk-peluk boyfriend aku. aku ngamuk, boyfriend aku selamba je. aku nangis esak-esak bila terbangun. aku terus call boyfriend aku. dia pujuk. dia cakap, dia takkan buat macam tu. tiga bulan lepas tu, boyfriend aku tinggalkan aku kerana perempuan lain..


kisah pagi tadi


aku mimpi SANGKEKASIH nak bertunang dengan orang lain. dia record perbualan dia dengan girlfriend dia dalam hp dia. aku terdengar. aku nak ngamuk. tapi tak jadi. aku nangis-nangis. tapi tangisan tak keluar air mata. bila terbangun, aku rasa letih. dan aku termenung....


tiga kali aku mimpi benda yang sama dengan orang yang berbeza. semuanya aku sayang sangat-sangat. tapi orang yang tiga-tiga tu, sayang tapi tak berguna. memang kaki perempuan. aku je bodoh masih tak nak lepaskan. dan semuanya, hati aku terdetik..


tapi yang ni, aku sayang sangat! dan aku yakin dia tak ada perempuan lain. aku percaya dia. tapi tak tahu lah, hati aku terdetik, dia ada orang lain. da lama hati aku terdetik. dan harini, aku dapat mimpi ni. hmmm


terus aku berdoa.. " Ya Allah, jika dialah jodohku, dekatkan kami, percepatkan jodoh kami, kekalkan jodoh kami Ya Allah! tetapi, jika bukan dia jodohku, jauh kan lah kami sejauh yang mungkin Ya Allah! sebelum aku menghadapi kecewa lagi. sakitnya kecewa itu Ya Allah! terpaling sakit.."


Kamu tahu cintanya begitu BESAR bila..

Si dia sentiasa mengingati tarikh kamu berdua diisytiharkan sebagai kekasih.


Tanpa di minta dia punya inisiatif sendiri utk membeli air mineral utk kamu setelah penar berjalan.


Kamu memesan pizza dan dia datang membawa soft drink sebagai pelengkap.


Kamu yang sering mengakhiri perbualan dalam telefon.


Dia tidak pernah lupa utk bersama kamu pada hari kekasih dan lebih romantik lagi dia tidak lupa utk menempah meja utk makan malam bersama kamu.


Kamu membuka lacinya ternyata nama kamu tertulis di dalam diarinya.


Dia sakit, kamu membelikan ubat utknya dan bila sihat dia tidak akan lupa utk membelikan hadiah tanda dia amat menghargai kamu menjaganya.

Info yg korang mungkin tawuu aku kompom tawuu [Part 2]

Untuk membina Taj Mahal, hampir 1000 ekor gajah dikumpulkan dan kudratnya digunakan untuk mengangkat bahan-bahan binaan. Pembinaan ini mengambil masa selama 11 tahun bermula pada tahun 1632 sehingga 1643.

White House mempunya 35 bilik mandi, 3 buah lif, 132 bilik dan sebanyak 142 pintu yang terdapat di dalamnya. Sementara itu, sejumlah 570 liter cat yang diperlukan untuk mengecat bahagian luar bangunan ini.

Seekor tikus boleh bertahan lebih lama tanpa air berbanding seekor unta. yang atass ni fulakk kompom tak tahann air sebab cepat matii kena bunuh dek musuh miakakakak

Selain menjadi buku yang mencatat rekod, buku The Guinness Book of Records sendiri memegang rekod buku paling kerap hilang di perpustakaan awam.

Alaska mencatatkan peratusan paling tinggi di mana masyarakatnya berjalan kaki ke tempat kerja. hattoii kalau aku lee asik jalan kaki je mawuu kurus cepat ekekekek

Mengunyah gula-gula getah semasa mengupas kulit bawang mahupun memotong bawang mampu mengelakkan kamu dari menangis. hattoii sudah banyak kali buat memang berkesan yey save air mata agagagag

Nama sebenarnya ialah Stefani Joanner Angelina Germanotta. Namun dia lebih dikenali dengan nama gelaran iaitu Lady Gaga. Di mana nama itu diilhamkan dari 'Radio Ga-Ga'. nyanyi pun gagagagagap agagaga.

eh eh terselit satu gambar. tengokla beza laki ngan pompuan kalau tengok cemin. yang pompuan kurus pun kalo tengok cemin dibayangnya gemok lagiii agagagag. yang laki fulak da tak emsem gumuk kalo tengok cemin dibayangnya kacak bergaya eiuwwww ekekekekek ups!!

Penglihatan lelaki lebih jelas jika dibandingkan dengan wanita kerana kaum Adam ini boleh melihat walaupun sekecil tulisan. Tetapi pendengaran wanita adalah lebih baik jika dibandingkan dengan lelaki.

Lebih daripada 90% padi ditanam di Asia, di mana rakyat Asia kebiasaannya akan mengambil beras dan di masak sebelum di makan untuk tiga kali sehari.

Yogurt mendapat namanya dari perkataan Turki iaitu 'Yogurur' yang bermaksud 'Panjang Umur'. haihhh da la sodapppp panjang umur fulakkk nyum nyum!

Adakah mustahil untuk menjilat siku?? Cubalah kalau tak percaya! ekekekek nak try la tuuu. ;p