▷▷20100612

Chatting buat aku DOWN!

Sejak 2 minggu lepas, aku dengan SANGKEKASIH selalu gaduh. sebabnya? ni la. pasal belog la. eh aku terlalu aktif dengan chatting. kat GENGBLOGGER dengan WARUNGCHAT.


tiga perkara buruk jadi bila aku terlalu aktif kat dunia chatting ni. pertama, aku selalu tidur lambat dan jawapannya aku mulalah BANGUN TIDUR LEWAT!


kedua, aku terlalu kerap bergaduh dengan SANGKEKASIH buatkan kitorang makin jarak. berjauhan hati. haishhhh. tamau! da mintak maap. susah betul nak pujuk si busuk masham tu tau! dia pantang sikit aku berchatting ni sebab, sebab, sebab aku akan khayal. KEHKEH kena sengkeh!


ketiga, AKU TAK BERBLOGWALKING lagi dahhh! haishhh rindu pada sahabat karib belog aku. lama tak jengah belog diorang. tah da cat baru kot. hattoiii! aku punya belog je da bersawang. da jarang post entry!


ok2 akan ku buat perubahan! babaii nak tidur ni. ilapu!



List artis yang aku suka & tak suka!

Meh meh aku listkan.


Ni dari TAK SUKA bertukar kepada SUKA;


Mula-mula aku tersangatlah tak suka MAYA KARIN, sebab dia berlagak sangat masa baru nak naik. dia cakap boleh jatuhkan SITI NURHALIZA. lama-lama, aku dah minat kat dia lak. perasaan tak suka tu, diterbalikkan. KEHKEHKEH!


Pastu DEJA MOSS sebab dia seksi sangat walaupun sudah bergelar HAJJAH! tak hormat langsung agamanya. tapi sejak dia kahwin, aku tengok dia dah okey kot. so, perasaan tak suka tu, diterbalikkan sekali lagi.


Ni dari SUKA bertukar kepada TAK SUKA;


Mula-mula aku minattt sangat kat dia. sebab dia ni lembut. pandai nyanyi. sopan santun. huh serba lengkap la dia ni. tup tup, bila dah kahwin, habis! habis apa? konon nak pakai tudung, tapi, terjojol jambul! tah apa-apa! itulah dia SITI NURHALIZA!


Pastu dia plak. hmmm aku cukup kagum dengan dia. pandai dalam belajar, pandai berlakon. tapi, tapiiii hmmmm, aku ada lah balas twitter dia, kebanyakan yang dia balas, cuma lah lelaki. hmm memilih. mungkin kawan dia kot. pastu, pasal topup pun nak kecoh kat media? haihhh terus meluat. hmm sapa? itulah LISA SURIHANI!




simple je sebab musabab aku tak suka seseorang tu kan? dan itulah aku! mudah suka, dan sangat mudah tidak suka orang tu. 


alhamdulillah SANGKEKASIH ni, bertahun-tahun aku menyampah kat dia, at last sayang menyayang dah! 


Cite TOPUP pun nak ngadu kat media ke???

Ek elehhhh eleh eleh eleh ekk elehhhh. huh aku menyampah tahap tak boley nyampah dah ni. ada ke sorang si artis tu. pasal TOPUP pun nak kecoh derr.


si artis ni cakap la, nombor lama si artis ni dah tak aktif. tiba-tiba kawan si artis ni bagitau, nombor lama tu mintak topup kat dia. SO?? 


bohlayan sudehhhh. itupun nak bagitau media ke?? Ya Allah! agak da tade cite lain ke nak story babe! yang pengulas tv tu pun siap cakap, TAKPE LAH SI ARTIS, BIAR SI PESALAH MENDAPAT HUKUMAN YANG SETIMPAL!


PESALAH?? salah apa? mintak topup kat orang? HUKUMAN SETIMPAL?? hukuman apa? orang mintak topup semula dengan dia ke? KAHKAHKAH!!


rilex la baii. agak-agak da tade story, cite jela pasal movie terbaru kau. tak payah nak cite yang bukan-bukan la. setakat cite sebesar kuman pun nak ngadu kat media, halaaaaaaahai MENYAMPAS AKAK!