▷▷20100525

Kawan kat Myspace, sampailahhh kawin.

Setelah agak sebulan lebih jugakk aku tak menjengah myspace . ohhh sungguh menyedihkan walhal di situ la aku mula mengenali segala mende kena-mengena dengan coding-coding nii kann . ilapu owez la myspace ekekek .


sekali aku buka laa satu page 'membe' myspace aku kan . yang aku tawuu diorang ni hot couple dalam myspace bagi aku laa kikiki sebab yang si lelaki nii adalah manager untuk myspacemoney.my huh bunyi memang besh .


dari diorang couple, bertunang sampailah kawen, aku ikuti . syok tengok diorang ni . bukan pe, sebab diorang ni keluarga kaya ekekekekek keji betul anak sapa la nii tengok harta je kuang kuang kuang .


haritu bila dapat tawuu diorang da kawen, aku eksaited laa nak nengok gamba diorang kann . sekali kena beli dvd daa malehh la aku tak lah fanatik sangat sampai nak beli dvd diorang kan walhal movie hot pun aku download agagagag.


tadi bila buka, dapatlah tengok gambar kawen diorang . finally kau orang tayangkan jua ! ekekekek.


ni laa edy dan fyn. budak fyn ni da tembam sikit berbanding gambar terdahulu. senang hati agaknya nak kawen kann ekekekek

siap naik heli tuu babe. ni semua idea abah kepada fyn pengantin perempuan tuu almaklum pilot kannn.

kena intebiu dek tv3 dekkk tatawuu kua tang mana. melodi kah, nona kah, terjah kah, don't know la kawann kalau sapa-sapa tawuu maklumkan pada akuu okeyyyy agagagag

masuk surat khabar utusan 10 Mei 2010 hattoiii sangat wedding of the year la huweyhhhh!

sebab nii lahh diorang sayanggggg sangat kat MYSPACE! bytheway, edy baru berusia 20 TAHUN!! dan fyn baruuu je habis SPM dekkkk 18 TAHUN!!
ni haa aku copypaste dari page diorang yang kat myspace punya.

♡We Do Love MySpace♡
Because From MySpace We're Became Friends
♡We Do Love MySpace♡
Because From MySpace We're Fall In Love
♡We Do Love MySpace♡
Because From MySpace We're Getting Engaged
♡We Do Love MySpace♡
Because From MySpace Finally We're Married!!!
A Million Thanks To God...^_^



10 JANGAN dalam menyelesaikan masalah

Katakan dengan jelas apa yang kamu fikirkan dan jangan cuba utk berbelit-belit serta bersastera.


Cuba fokus pada masalah yang berlaku sahaja. Jangan mengungkit-ungkit masalah lain, apalagi yang tiada kaitan sama sekali.


Jangan minta dia yang fikir apa yang patut kamu lakukan. Sebaliknya kamu yang memberitahunya apa yang boleh dilakukan utk memperbaiki situasi kerana kamu lebih rasional dari dia yang sedang marah.


Jangan mencampuradukkan dengan masalah peribadi atau keperibadian si dia.


Jangan memaksa si dia melakukan apa yang kamu mahu.


Jangan membabitkan atau menyalahkan orang lain dalam permasalahan yang kamu hadapi andai itu tidak benar.


Jangan mengeluarkan kata-kata yang kesat sekalipun kamu terlalu marah padanya.


Jangan menceritakan masalah kamu pada orang yang kamu tidak berapa kenali kerana itu akan memanjangkan lagi masalah.


Jangan terus mengelak atau lari dari menyelesaikan masalah. Beranilah utk berhadapan dengannya.


Semasa berbincang jangan terlalu emosional sehingga banyak masa dihabiskan dengan menangis dan sesi meluahkan perasaan sedangkan jalan penyelesaian masih menemui jalan buntu.

Kamu terlebih mencintainya jika..

Si dia lupa hari jadi kamu namun tanpa rasa sakit hati kamu tetap tidak pernah lupa utk menyambt hari ulangtahunnya dengan penuh kemeriahan.


Bercinta sudah begitu lama namun dia tidak pernah minum minuman kesukaan kamu.


Tiba-tiba muncul di hadapan kamu setelah dua minggu hilang tanpa berita.


Kamu selalu ungkap kata-kata cinta I LOVE U dan sebagainya sedangkan si dia sekalipun tidak pernah.


Setiap kali hari kekasih dia tidak pernah berada di samping kamu apatah lagi utk mengingatinya.


Kamu menyimpan baik-baik semua surat, kad cinta dan hadiah darinya.


Setipa kali dia kurang sihat atau sakit, kamulah orang pertama yang akan menjenguknya namun dia tidak pernah menghargainya malah nampak seperti kurang senang dengan kehadiran kamu.





Masa Berjimak Untuk Mendapatkan Zuriat Sempurna


Sabda Rasullah s.a.w. “Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s”
1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.
2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.
3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.
4. Jangan berjimak pada pertengahan nisfu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.
5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta.
6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.
7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika Allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.
8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.
9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.
10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak). Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap dan menghendaki dunia daripada akhirat.
Cara berjimak yang dituntut.
1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t.
2. Pada malam selasa.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.
3. Pada malam Khamis.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.
4. Sewaktu matahari di tengah langit. Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.
5. Pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.
6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.
7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.
8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.


ini atas permintaan sepupuku yang baru mendirikan rumahtangga. ni haaa buktinya.


selamat berkongsi ilmu buat yang baru kahwin atau yang dalam kahwin tapi belum tawuu pasal niii. ;D



Lelaki mudah tertekan bila..

Dipaksa melakukan sesuatu yang bukan kehendaknya.
Menjadi sesuatu yang bukan karakter sebenarnya.
Kemampuan dirinya dicabar.
Mengalami masalah kewangan.
Tuntutan dan kemahuannya tidak dipenuhi pasangan.
Mempunyai pesaing dalam merebut cinta.
Kelelakiannya dipertikaikan pasangan.
Dirinya dipermainkan pasangan.
Pasangannya mempertikaikan kedudukannya sebagai ketua.
Dirinya dimalukan dikhalayak umum.
Minat dan hobinya dihalang.