▷▷20100829

Jangan Engkau Kahwini wanita ini



Dicatat oleh Imam Al-Ghazali

Jangan engkau kahwini wanita yang enam iaitu wanita yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah."

Wanita Ananah :
Banyak mengeluh & mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah :
Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu."

Wanita Hananah :
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah :
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah :
Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

Wanita Syadaqah:
Banyak cakap tidak menentu lagi bising.


▷▷20100817

Cara-cara menarik perhatian orang

* Menjerit berulang kali kat telinga ntah sape-sape yang dok sebelah korang.


* Mencarut dan cakap merapu yang bukan-bukan dengan nada yang buleh didengar orang di sekeliling.


* Cakap laju-laju yang mana korang sendiri pun tak faham ntah apekebendenye.


* Ketawa kuat terbahak-bahak. Nak lagi thrill bulehlah berguling-guling sekali.


* Pastu layan menangis sambil tepuk-tepuk dahi dan geleng-geleng kepala.


-selamat mencuba-


▷▷20100816

Puasa ku diet mu?

Salam semua! oke. kali ni aku nak cite perihal aku di dalam bulan Ramadhan. hurmm. masa zaman sekolah dulu, aku ni ada gastrik. bila tiba puasa je, aku akan gastrik. kompius betui. agaknya kenapa la hai.


makin besar ni, makin kenal diri sendiri. oke sekarang aku baru tawu. jenis aku, waktu bersahur, aku tak boleh makan. memang tak boleh. sebab? bila aku makan waktu sahur, time puasa, perut aku akan jadi lapar yang melampau. smpai sakit dibuatnya. ala2 gastrik.


ouch. ini kategori pelahap. aku tak termasuk ye. :P


pastu, bila berbuka, nafsu makan aku jadi membuak-buak. sume mende aku nak sumbat. huh! dasat gak bila teringat masa dulu-dulu punya style puasa aku. patut laaaaa DEBAB! hahahaha.


skang ni, sume tu takde da. bila sahur, aku minum air masak, ngan sebijik kurma. tapi biasanya, minum air masak je. masa puasa, aku cool je. tak haus sangat, tak lapar sangat. bila buka pun, cool je. makan sume sikit gila. kadang rasa mcm tak caye je, aku bole makan sebanyak tu.


aduh. aku bersyukur dikurniakan badan yg sihat. cuma, nak kurangkan sikitt je lemak bukan mcm ni. kesian dia. ;(((


maksudnya, bayangkan pinggan tu, separuh je, nasi plus lauk plus kuih, cuma memenuhi separuh dari pinggan tu. hik hik. sikit kan? sikit laaaaa! air cuma secawan. tak lebih. tapi, sume tu, da buat perut aku rasa penuhhhhh sangat! hik hik. apekah petandanya?


yay! aku da bejaya. mendisiplinkan diri ini untuk tak makan banyak lagi. jadi, bulan puasa ni, boleh membantu aku, untuk teruskan proses diet. makanya, raya nanti, BOLEH KURUS HABIS tak?? insyaAllahhh!!!! wish me luck je la. hik hik.


-sekian-


Good Bye My Lover


Good Bye My Lover

bole tahan syahdu lagu ni. tp jangan risau jangan bimbang. saye masih macam biasa dengan SANGKEKASIH. lagu ni, saye penah hayati gila babai masa zaman kejatuhan saye. jatuh ke? jatuh sebab ditinggalkan oleh kekasih secara kejam. T__T

dan sekarang, saye dapat nikmati segala kebahagiaan hasil dari kejatuhan saye. Syukur pada Mu Ya Allah Ya Rabbi!

-anda perasan? bape lame tak jengah blog, tak update entry, bahasa AKU da tuka jadi SAYE! ada kemajuan ni. KAHKAH!

-sekian-

▷▷20100811

Pengacara Tv yang kurang ajar !

Salam. cuba korang bayangkan, kalo korang sakit. kritikal. pastu ditemuramah, pengacara tv layan korang mcm ni? apa yang korang rasa? kalo aku, sungguh, aku terus balik. takyah tunggu lagi dah. jom layan video ni.


satu je yang sesuai bagi pada dia untuk ending video ni, PADAN MUKA!

Madah istimewa dari eciz

Hari pose suda bermula! Alhamdulillah. kita dalam bulan paling mulia. :D oke ni saje nak bagi korang nikmati satu madah. sangat besh oke. kalo rase sesuai kasik kat fruitheart, sile la. copy paste je eciz tak kisah! :P


untuk perempuan


kaulah bidadari dalam hidupku
yang selalu hadir di dalam mimpiku
bunga yang selalu harum di hariku
anugerah Tuhan yang sempurnakanku
bila kau jauh aku selalu rindu
bila kau ada hatikan berbunga


ku akan slalu menjadi bintangmu
menerangi gelap dalam mimpimu
aku setia di sini mengusap tangismu
menemani sunyi dihatimu


untuk lelaki



kaulah jejaka dalam hidupku
yang selalu hadir di dalam mimpiku
kumbang yang selalu temani di hariku
anugerah Tuhan yang sempurnakanku
bila kau jauh aku selalu rindu
bila kau ada hatikan berbunga

ku akan slalu menjadi bintangmu
menerangi gelap dalam mimpimu
aku setia di sini mengusap tangismu
menemani sunyi dihatimu



-sekian-

▷▷20100810

Camat poce kawan-kawan !

Salam blogger semua. muah! tak pernah aku nak kiss kiss korang kan? tiba2 je rasa nak muah. hamek jela. takyah malu-malu. aku bagi sambil pejam mata. korang amik dengan tutup tinge tau tau! KAHKAH!


oke la. sebenanya, nak ucap kat korang. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. semoga di bulan yang mulia itu nanti, korang akan penuhi harian korang dengan ibadah serta amalan yang diberkati. huwah huwah! aku ke yang ucap ni? pelis la caye. hik hik!


jangan ponteng ponteng pose tau! oke la oke la. nanti korang buat kuih raye, sila sila pos kat aku. laju laju aku amik dan terus rasa. ekekek. lagi lagi kuih semprit a.k.a kuih dahlia. ouch! my peberet tu huweyhhhh!


-makkk kecurnya tengokkkk-

kalo pegi beraya rumah orang, ada kuih ni, aku habiskan sebalang sorang takde hal. ekekek. sungguh tak sinonoh la cicit sape la ni ades. hey hey hey apa ni cite pasal raye. besok baru nak pose oke. KAHKAH!

oke la oke la. SELAMAT PUASA kawan-kawan. ilapu tau! muah! hikhik.

-sekian-

▷▷20100809

Rabak kena kondem! dem kau!

Salam sume. oke ini entry ke 426. ces la si KIE-YU tu bole kah dia kata hari simalam aku tak bagitawu entry ke bape. KAHKAH! suda setop setop akan keperlian itu! ciss. 


harini aku nak cite pasal semalam. aku bosan gila babai babe. taktawu nak cakap tahap kebosanan tu. bosan aku nak cakap pasal kebosanan aku semalam. bosan betui! ciss. kebosanan aku telah buatkan aku rabak. apakah? koyak la. tak paham2 lak. :P


dah tu, malamnya dalam kul semilan gitu, SANGKEKASIH gerak dari kedah balik ke segamat naik bas. da la budak masam tu demam. ada sikit kerisauan di hati la. kesian kat dia. rindu saje. *erk gelip sekejap 


-ada nampak muka cam orang rabak tak? hek hek-


aku punya risau plus rabak terus buat aku takleh tido terus. sampaiiiiiiii lah kul tujuh pagi gitu, baru dapat tido. itupun sbb hujan. hekhek. kemudian kemudian kemudian terus lena diulik ulik ulik mimpi tak bape indah. tah tak ingat mimpi apa. hokhok.


ni nak cakap sikit. erk nak bagitawu sikit. pasal keje kondem mengondem ni. besh ke weh? apa rasa? ada rasa kuih raya tak? ke rasa ayam panggang? atau rasa nak kena salai je? huh. bukan pe, aku tiba rasa macam da lali fulak. 


bila aku mulaaaa je nak buat sesuatu, then ada peningkatan, terus kena kondem mondem modem strimiks! dem betui! apakah yang diorang ni rasa ek? puas? kalo aku jatuh tu, puas la kot. tapi kalo aku buat dekk je, tak ke makin sakit hati kau?


-ada nampak cam orang jenis buat dek tak? jap, gambar fresh ni, so aku pakai tshirt putih, anda bagaimana?-

serius. aku lali. sesungguhnya ALLAH S.W.T itu Maha Adil. takpe, redha kan saje. lagipun, Allah akan turunkan ujian pada hambaNya dengan ujian yang setakat hambaNya mampu hadapi saje. jadi, setiap kali proses pengkondeman berlaku, pasti aku ada penyokong di belakang tabir tirai kasih. ades.

aku memang mudah jatuh. cepat tersungkur. asik tejelepok jatuh. tapi jatuh aku, orang tak nampak. hanya yang tertentu saje nampak. dan mereka tolong bangunkan aku. bagi semangat. bagi ubat ubat pamasi hati. *waklu

jadi, aku dengar kata pada yang tertentu saje. so, pada pengkondem mondem modem strimiks sila rasa sakit hati jikalau aku tiba-tiba buat dek saje dengan kritikan MACAM BAGUS kau tu. kehkeh. oke da. itu saje luahan kali ni. adiostavistawindowseventeen.

-sekian-


▷▷20100808

Bosan weh bosannnn !!

Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ! BOSAN! anda bagaimana?? huh!

hasil kebosanan aku tadi. hoho. sila kutuk

-gambar fresh ni. baru amik td. so, aku pakai tshirt merah, anda bagaimana?-




▷▷20100807

Aku da pencen !!

Salam sume. oke ini entry yang ke 424. da makin banyak. sebenanya aku cuma nak bagitawu, aku ni memang cepat bosan.


jadi, tujuan aku buat mende tu pun hanya dengan niat membantu. sbb ada yang cuba mengganggu dan cuba menjatuhkan. jadi sekarang, dia da stop. da tak kaco lagi. dan sume da kukuh macam biasa.


- gambar fresh. baru amik tadi. so, aku pakai tshirt hitam, anda bagaimana? -




aku rasa, aku nakkkkkkk PENCENNNN!! KAHKAH! yey. dengan rasminya, aku takkan buat itu lagi. hoyeah hoyeah. aku dengan SANGKEKASIH pun makin bahagia.



walau apa pun, aku takkan pencen dalam dunia blogging. ekekekek.

-sekian-




▷▷20100806

Hanis, ayam dan korang memang peneman setiaku !

Oh salam sume rakan blog haku! da bape hari tak hupdate hentry kan? waduh waduh. haku kurang sihat la. tapi da semakin sembuh. Alhamdulillah!


aku cuma nak bagitawu, dua hari berturut bermula khamis diikuti jumaat iaitu semalam, aku buat rekod sendiri dengan mengudarakan diri yakni men dj selama 6 jam. jejak pukul 4 pagi jugak la.


-gambar fresh ni. baru td amik. so, aku pakai tshirt purple, anda bagaimana?-


tapi macam biasa, hanis aleeya si gengblogger sana setia menemani aku walau aku terlelap tika men dj, dia tatap call aku supaya bangun. huwaaaaaa semangatnya aku men dj sampai da tidur pun masih nak men dj.


dan si ayamgile pulak asik menjerit, PERGI TIDURRR JELA ECIZZ. KAHKAH! bukan pe, aku memang mamai tatap men dj. taktau la dorang paham ke tak aku cakap masa tu. KAHKAH! yang pagi tadi punya, aku sedar-sedar je, konti aku da out pun. KAHKAH! sbb aku da tak terbangun untuk teruskan men dj.


tapi serius, rakan blogger memang peneman setia aku. hoyeahhhhh! korang memang besh!


-sekian-

▷▷20100803

Tangisan bisa membunuh diri ini !

Hati aku sakit. terguris habis. rabak. koyak! hancur. aku sakit. aku lelah. aku asma. aku sesak nafas. rasa macam dah tak cukup nafas lagi.


tapi bila aku tawu ada orang suka bila aku mati, aku luluh. memang aku menangis. tapi, sakit aku ni menghalang dari aku terus menangis. sebab, lagi aku menangis, lagi banyak air mata. bila ada air mata, ada hingus. bila ada hingus, nafas aku tak menentu.


maka bertambah sesak nafas aku. lagi bertambah sakit lelah aku. jadi, untuk mengelakkan dari aku terus menangis, better aku buat hal aku sendiri skang. tak guna aku menangis. kalau aku menangis, serupa aku bunuh diri. dah la tengah sesak nafas, lagi nak sesakkan nafas sendiri.


jadi, mood untuk mengadap laptop bertambah. aku akan blogwalking. aku akan pergi blog korang. aku taknak nangis. aku sakit. aku takkan nangis lagi. itu menyeksa diri aku je. semoga lelah aku hilang cepat. 


-sekian-


Kenapa aku tak blogwalking..

Sorry korang. 2 3 hari ni aku sakit. semput, athma. tawu kan? sesak nafas. jadi aku tak dapat nak balas komen. nak blogwalking. apatah lagi nak men dj. sumenya tak dapat. aku tak mampu nak bercakap banyak, nafas tersekat2. dan mood pun tak ada. aku terseksa. ;((


tapi tangan aku tak sakit untuk snap gambar dan edit sikit2. layan.

-sekian-



▷▷20100802

Tanganku menemani sepiku !

Oleh kerana aku kurang sihat dari semalam, jadi aku hanya mampu post entry mengenai gambar je. jom layan gambar-gambar yang aku edit di kala aku tak sihat. dan gambar-gambar ini di ambil oleh SANGKEKASIH sewaktu kami sedang berVIDEOCALL.


ini dua gambar menjadi 1. jangan kata tangan aku cacat lak. KAHKAH!

ini bukti aku boring. gambar tangan camni pun aku bole ambil. huh!