▷▷20091201

Lemahnya aku sekarang ..

Sesungguhnya , kisah 2008 benar-benar menyentuh hati & jiwa aku sekarang . Buat aku menangis . Buat aku terkenang . Buat aku menangis lagi . Buat aku mengenang . Buat aku bertambah menangis . Akhirnya , buat aku menyesal kerana mengenanginya . Aku terus menangis ..

Ya Allah , tabahkan lah hati hambaMu yang tersangat lemah tika ini . dia tak mahu redhai kehendakMu Ya Allah . dia menyesali apa yg jadi sedangkan dia tahu , masa itu takkan dapat diulangi . Ya Allah , Kau ampunkanlah dosa dia Ya Allah !

Berhentilah wahai air mata . Walau keluar air mata darah sekali pun , saat itu takkan kembali .. .. ..

Sejujur Mana Kata-kata


sejauh mana ikhlasnya hati
ketika lembut senyum diberi
apakah ada tujuan
sebalik senyuman ini

sejujur manakah kata-kata
ketika kita bertentang mata
bolehkah aku percaya
ini bukan satu sandiwara
kerana sering pengucapan
zahir batin tak seiring
ada rasa ada jiwa
terluka hilang rasa percaya

pengalaman telah mendewasakan
mematangkan fikiran
pahit getir yang pernah dilalui
guru ku sejati
bukan dirimu ku curigai
aku sekadar berhati-hati
tidak rela bakal ada
antara kita yang kecewa
biar waspada

* aku tersangat minatkan lagu ni* :)