▷▷20110711

Novel dan transformer !

Assalamualaikum.
Haaaa. da dua tiga hari gak la aku tak online. bizi la. kan aku da gitau kat entry sebelum ni heheh. oke la. hari sabtu, aku dah teruja dgn novel baru yg aku baru beli, tajuknya Mikhail. mengisahkan tentang seorang lelaki yg berdendam kerana keluarganya dibunuh masa dia kecit. so, dia dibesarkan oleh sorang mat saleh, yg konon2nya selamatkan dia masa keluarga dia habis kena bunuh tu.



mat saleh tu pulak, ajar dia cara membunuh yg profesional. haaa last2 dia, dia melamar perempuan yg dia cintai pada pandangan pertama di mana perempuan tu adalah salah seorang yg terdapat dalam senarai mati dia. kononnya dia patut bunuh perempuan tu. tp, arghhh! panjang la weh nak citekan. hahah.

yg penting, aku memang sukakan cite2 yg mcm ni. tak kiralah kat tv ke, kat wayang ke, even kat novel sekalipun. aku suka cite yg penuh aksi. dan bunuh2. haha. novelis ni pun memang terkenal, RAMLEE AWANG MURSHID. novelis thriller no.1 di Malaysia. hikhik~

ramlee awang murshid - novelis thriller no.1 di Malaysia

pastu hari ahadnya pulak, aku pergi konvo kor suksis kt utm skudai. bole tahan lama la. bayangkan dari kul 8 smpai kul 2 lebih. huaaaaaaaa! tapi nasib baik ada novel ni. aku habiskan masa menunggu dengan baca novel ni.

so aku ada dunia aku sendiri kan. dunia jenayah! huwahuwahuwa! seronok weh. eh bukan seronok jadi penjenayah, tapi seronok baca cara dia membunuh, cara profesional dia, pastu cara polis siasat. perghhh! jadi masa 6 jam tu aku tak terasa langsung! hebat kan bila minda kita dah ada kat tempat lain.


betul la dalam drama Juvana kat tv3 pukul 9 malam tiap hari isnin tu, cikgu zakiah ada cakap. penjara tu adalah sebuah dinding konkrit yang hanya mengurung jasad seseorang pesalah. tapi seseorang pesalah dapat bebaskan minda dia dengan hanya membaca buku. sebab bila kita membaca, kita seolah-olah berada di tempat yg kita baca tu.


dah tu, bila da selesai semuanya, aku pun pergi lah wayang! seperti dijanjikan oleh diri sendiri, aku pegi tgk cite transformer!!! hoyeahhh! memang syiok habis weh. walau pun seat baris kelima dari depan, HAHAH! tapi, aku still memfokusi cite tu. ada beberapa babak jugak la buat bulu aku meremang. kihkih~ yg penting, sepanjang aku tak online, masa aku diisi dengan sesuatu yg menyeronokkan! yeeeeha!!

.sekian.


▷▷20110708

Michael Bay nak jumpe aku?

Assalamualaikum.

Ni aku nak gitau ni. hehehe. malam ni ada cite besh. kat tv3, cite down to earth. eh, ada aku kisah?? << ni mesti ayat korang kan? hahah!

takde la. besok malam aku nak ke jb. nak stay umah abang aku dulu. sbb esoknye (ahad), aku sekeluarga akan pergi majlis konvo anak angkat mak bapak aku.

motif gamba? nak bajek cun! wakakak!

dah tu, masa nak balik tu nanti, bole le aku nak menyinggah ke mana wayang2 berdekatan. pehhh! da lame kot aku ngidam nak tgk transformer 3 ni. dari michael bay tak terfikir nak buat transformer 3 lagi aku da ngidam nak tgk!.. eh? wahahahah! lantak.


itu diaa! optimus prime aku ngah menunggu! saba ek cayam! wahahah! tunggu 3d. i'm coming!!

.sekian.

Eh da tukar ke?

Assalamualaikum.

Aiyarkkk! awat weh? bila dak blogger ni tuka rupa? tanjat boboi oke!
memang rupa dia cmni eh kawan2? ke aku je nmpak? haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sempottttttttt!!
oke tu je nak tanye. hahah




▷▷20110707

Cinta ini..

Assalamualaikum.

Kite memang selalu gadoh.
Kerap.
Selalu sangat.
Awak tepon, saye malas sangat nak jawab.
Sebab saya takmau dengar awak bebel-bebel.
Awak msg, saya malas nak balas.
Sebab saya malas nak jawab soalan bertubi-tubi awak.

Tp percayalah sayang,
walau buruk macam mana pun layanan saya pada awak,
cinta saya hanya untuk awak!
Saya cintakan awak seorang saje.





▷▷20110705

Keje kat umah lagi lumayan kot!

Assalamualaikum and morning geng!!

Haaaa. ni aku nak gitau. sejak aku takde keje ni. mcm2 keje da aku cari kan. ada yg aku da dpt pun. gaji tak seberapa la. jam yg lebih2. pastu aku ada interbiu keje lain lak. gaji, jam sume oke. belum tentu dapat lagi.

pastu, ada membe aku tawarkan keje. gaji da sedap aku dengar. cuma tempat lak jauh sgt. dah tu, bila pujuk mak aku, dia da bagi da. tapi bila pujuk bapak aku, lain lak yg dia offer.
 
dia kata, baik aku duk rumah je. bia dia je bayar gaji. aku cakap, tipu je lebih. dia siap buat sumpah demi Allah kot. dengan syarat, aku buat sume keje rumah TERMASUK MEMASAK!
 
 wakakak! erk, nmpak sgt akak pemalas kan! smpai ditawarkan cmtu skali.

masalah aku cuma bangun tido lambat. bila bangun, mak aku da setelkan sume. mana tak aku da takyah buat apa2 lagi kan? hahaha. so skang, dia nak aku yg buat sume tu dan BANGUN AWAL PAGI!

tapi kan, bila dah ditawarkan cmtu, aku dengan lembut selembut2 hati terus terima. keje taklah susah mana. da memang rutin kot. cuma kena bangun awal jela. dengan memasak. arghhh!! sebenarnya, keje tu pagi je. waktu2 lain aku da bole melengkor!! hahaha!!



duit free2 je masuk. sapa tak setuju kan?

 bapak aku cakap, tawaran dia ni akan berakhir bila aku dapat je keje yg aku interbiu tu. heheh. ni semua utk pancing aku stay kat rumah je, takyah kua ke mana2. pastu, takyah jadi pemalas beno lagi. wakakak!

oke tu aje aku nak cite. babaiiiii!


▷▷20110704

Keje taknak kat aku?

Assalamualaikummmmmm!! Selamat petang aka maghrib kawan-kawan!

Oke cmni. da lame gak la aku tak update kan? bukan pe, bz noks. bz bebeno. skang da tak bape bz dah! tadi pagi, aku pegi interbiu keje kerani am. kalo tgk pada interbiu tu, aku puas hati. moga-moga aku dapat la keje tu. gaji da besh, waktu keje pun mantop. waktu cuti pun da syok. apa lagi yg aku nak kan?

so, tunggu jela hujung bulan ni. bawak-bawak le bersabo kan. sementara nak tunggu tu, boleh le aku berblogging dengan hati yg riang gumbira. kehkeh~ korang pun jangan lupa doakan aku dapat keje tu ek.

keje ni pun, membe aku yg tolong carikan. actually, membe internet. tp dia tak mcm kawan internet aku yg lain. bole jadi kawan dunia akhirat dia ni. memang baik. kitorang kenal da hampir setahun. dia asal Labuan sana. nama dia Embun. usia dia 3 tahun lebih tua dari aku.

dia memang emosi sikit orangnya. tapi seyes babe, memang baik. sbb dia sangat2 suka membantu orang. seronok dapat kawan mcm tu tau. so, kalo aku dapat keje ni, aku nak la bagi sikit hadiah kat dia. tanda terima kasih yg teramat pada dia. heheh.

oke lah. tu aje aku nak cerita pasal aku hari ni~ cow cin cau cendol!!