▷▷20100503

Ibu, janganlah bercerai. :(

Salam malam yang dinginn lagi masyukkkk hattoii kalau dapat difelukk olehh yang tersayangg mawu nya taknak keluar bilik. huahua. iaitu suami la sapa lagii kan? kan? tapi belum ada lagiii. lambat lagii. harapan aku dapat seorang suami yang sangat baikk untuk membimbing bakal isterinya yang sopan lagi baik hatii inii. hatoiii taknak merapu banyak-banyak. jap jap. *segmen belog aku mesti ada keMERAPUan sebab tuan punya belog inii memang kuat merapu pada sapa-sapa yang takk sukaa mintak maap yee

Bercakap fasal suami dan isteri, terseru oleh diri inii untuk mengePOST entry berkenaan sepasang suami isteri yang tersangat aku kenalii di kala zaman sekolahh aku ohhh ibu ku sangat rindu padamu. ya, memang aku memanggilnya ibu kerana dia sangat 'perihatin' pada jiran tetangganya. tak kisah lahh semua ituu tak penting okeyy. nak mula cerita ni.

ibu funya suami nii, orangnya lembut lemah gemalai sopan santun serta berbudi bahasa sangat rajin lalu baik hati. kalau korang tengok dia ohhh korang akan kata dia 'aww aww' gituu. tapi helllooo dia ada dua anak jantan hasil daripada kelembutan dia tuu hattoii. dah dah. yang penting hati dia baik sangat tidak pada kami jiran tetangganya sahaja malah dengan keluarganya juaa.

ditakdirkan, ibu mulai menggunakan telefon selular hatoiii baku nya?? HANDPHONE la apa lagii kann?? dia mulaii berkenalan dengan ramai orang termasuk LELAKI! okeyy. pada mulanya suami dia tawuu semuanya dan tak kisah janji hanya kawan jee kann?? ibu nii suka bercerita orangnya. dengan aku yang pendiam lagi pemalu ni punn dia suka bercerita sebab aku pendengar yang baik lagi sopan okeyy. dia cakap, anak dia yang pertama sangat TIDAK setuju dengan kegiatan dia untuk ketemu dengan kenalan LELAKIB rapat dia sebab hatoiii nak suruh setia laa afa lagi kann?? bagus sangat anak ituu okeyy. usia pun lebih setahun dari aku. tapi anak kedua dia, hatoiii sangat tak kisah dengan kegiatan ibu nii. asalkan ibu pandai jaga diri. hatoiii dikk, memang la pandai jaga diri, dia pun mak orang kann.

sehinggalah aku pindah ke kampung yang permai serta tenang diberi nama KAMPUNG TENANG ni. jarang sekali nak contact dengan ibu atau anak-anaknya apatah lagi suami ibu. dengan anak-anak dia kadang-kadang ada lahh berhubung pada satu laman sosial yang sangat glamour pada zaman kini iaitu FACEBOOK! jadi, tatau la apa perkembangan ibu sangat kan?? dengar-dengar okeyy je. ;)

tapi, baru petang tadi, suami ibu call aku sebab dia tak dapat contact abah akuu. akuu ingat hapa la penting sangat sampai memaksa aku untuk bagi hp aku pada abah dengan kadar segera. jadi aku biarkann aje lalu sambung tengok ADAMAYA. biasalahh, kalau da ada dalam dunia ADAMAYA aku memang da tak fikir mende lainn da.

malamnya ini, abah aku cakap dia nak ke segamat nak ketemu dengan suami ibu. kenapa?? sudah felik binti hairan. jadi, aku korek dan terus korek. abah cakap, suami dia sangat memerlukan teman untuk meluahkan isi hati yang tersangat sedihh. ibu dah tak ada. meninggal, meninggalkan dia sebab da lari tempat lain!! ibu da mintak CERAI sama suami dia. hatoiii. aku sangat tersentuhh okeyy. kesian sangat sama suami dia. sebab aku tawuu sangat suami dia memang baikkk!!

ibu, kenapa ibu buat suami ibu macam tuu?? ibu, ibu sedar tak suami ibu adalah insan yang paling baik, paling sopan, paling lembut, paling berbudi bahasa yang eca pernah ketemu?? kenapa ibu?? janganlahh. anak-anak ibu dah besar panjang. dah bujang. ibu pun da berusia, janganlah runtuhkan masjid yang dah lama dibina. ibu, eca kesian sangat-sangat-sangat dengan suami ibu. sekarang dia tersangat sedih ibu. dia menangis. kesian sangat ibu. kesian. :(

Peribahasa Moden

IBARAT MENYAMUN BALAI POLIS

Bermaksud sengaja mencari nahas tak memasal atau buat kerja tetapi tak kena dengan tempatnya dan akhirnya menyusahkan diri sendiri. Memang takkkk la.

BAGAI HENPON DENGAN TOPAP

Bermaksud sering memerlukan di antara satu sama lain. Ye la kalau ada henpon tapi tak de topap tak guna jugak. Lain le kalau pakai henpon botol air. huahuahua

SEPERTI MEMAKAI HENPON CANGGIH DI TEMPAT TAKDE LINE

Bermaksud berlagak tak kena tempat atau nak menunjuk-nunjuk kat orang tetapi takde orang nak tengok. hahaha hampeh

TAKDE NASIK, MI SEGERA PUN BULEH JUGAKK

Bermaksud baham la apa saja janji buleh mengisi perut yang kebulur atau mengelak dari mati kelaparan atau orang tak banyak kerenah. vanyak vagus ini olanggg

JADI JAGA KAT BALAI POLIS

Bermaksud orang yang membuat kerja yang sia-sia atau orang yang membuat kerja tak berfaedah atau orang buat kerja bangang. hatoiiii buang masa okeyy

IBARAT KERETA CANGGIH DENGAN LAMPU ISYARAT

Bermaksud sehebat mana pun seseorang itu tetap akan tewas dengan peraturan yang dibuat oleh manusia. tawuuu tape teman-teman

SEPERTI MAT REMPIT DI DEPAN POLIS

Bermaksud orang yang hanya pandai berbuat baik di depan orang tetapi berperangai di sebaliknya sebaik sahaja berpaling. memang nak kena babab orang mcm nii okeyy

MARAHKAN BINI BOIKOT MAKAN NASIK

Bermaksud orang yang keras kepala atau degil tetapi enggan mengaku kesilapan yang dibuatnya dan sanggup menyusahkan diri sendiri. memang nak kena hempukkk

TAK DAPAT BAYAR HUTANG BANK, AH LONG DIPERSALAHKAN

Bermaksud orang yang suka menyalahkan orang lain walaupun sendiri yang salah. hatoiii tak verguna sungguh ini olangg

Kira okey la tuu kawan-kawan

FRUST GAJI KENA POTONG
Bila time gaji mulalah membebel, company berkira sangat datang lewat 5 minit pun potong gaji, masuk makan lewat sikit berkira, baru nak ambil nafas lega pun memekak tapi sebenarnya kira OKEY LA TUU dari korang takde gaji langsung sebab korang memang malas nak pergi kerja tahu nak membuta ke kat rumah
FRUST EXAM TAK DAPAT MARKAH TINGGI
Korang dah berusaha setekun mungkin namun keputusan peperiksaan korang masih di tahap tidak memuaskan. Korang menuduh cikgu pilih kasih, mentang-mentang muka korang tak lawa cikgu bagi markah sikit. Sebenarnya kira OKEY LA TUU dari korang dapat markah telur sebab korang sendiri yang hantar lambat, tulisan bagai cakar ayam, mana cikgu nak faham. Dah muka korang tak lawa buat pulak muka ketat dengan cikgu mana tak cikgu potong markah lagi
FRUST KEKASIH KAMU TINGGALKAN KAMU
Segala-galanya korang dah buat untuknya, mengharungi lautan api, berkorban jiwa dan raga namun kekasih korang tetap tinggalkan korang. Sebenarnya kira OKEY LA TUU dari dia desak korang kahwin sebab diri korang sendiri tak terjaga. Ni pulak nak bagi anak orang makan, makan pun minta orang belanja
FRUST TAK LEPAS LOAN UNTUK TUKAR KERETA BARU
Punyalah korang simpan duit untuk bayar deposit kereta, tup-tup loan tak lepas. Alasannya gaji korang tak lepas nak ambil amaun banyak tu. Sebenarnya kira OKEY LA TUU tak tentu lagi korang boleh bayar instalment tiap-tiap bulan, tak tentu lagi kereta baru takkan meragam. Sekurang-kurangnya kamu dah ada kereta yang lama, jaga jelah
FRUST KAMU TAK KAYA-KAYA
Berusaha tak usah ceritalah, kerja pun dah separuh mati tapi tak kaya-kaya juga. Duit yang dapat ada je yang nak kena bayar dan buat, doa pun dah banyak. Sebenarnya dah kira OKEY LA TUU kalau korang kaya tak tentu lagi korang ingat siapa diri kamu, silap-silap jadi orang yang riyak dan angkuhh. Sekurang-kurangnya korang menjadi orang yang berdoa dan ingat pada Tuhan dan korang masih ada duit dari tiada langsung. Bersyukur jelahhh

Sila bersyukur ye kawan-kawan serta adik-adik sekalian. Tak semua yang kita ada, orang lain ada. Beringat pada beberapa ungkapan;
Jika kaki kamu luka, bersyukur, kaki kamu boleh digunakan untuk berjalan.
Jika kaki kamu ada, tapi sudah lumpuh, bersyukur, kamu masih ada kaki.
Jika kaki kamu tiada, bersyukur, kamu masih ada tangan.
Jika kamu tiada tangan dan kaki, bersyukur, kamu masih ada kudrat untuk hidup.
Jika kamu lemah tiada kudrat, bersyukur, kerana kamu masih hidup untuk beramal kepadaNya.

Teka-teki teka-tekuk, sapa pandai, jawab la yok !

Tiba-tiba pagi-pagi-pagi yang nyaman lagi dingin ohhhh sejuknya menusuki tulang-temulang hatoiii, aku terpanggil untuk mengepost fasal beberapa teka-teki-teka-teki yang ada dalam kepala hotakk aku niii. jadi, mari ramai-ramai kita menjawab teka-teki-teka-teki yang menyeronokkan iniiii.

1- Pintu apa yang walaupun dengan 10 orang pun tetap tak boleh tolak?
2- Saya ada tiga kepala, empat tangan dan lima kaki. Siapakah saya??
3- Apa dia, 'Jauh di mata, dekat di hati' ?
4- Kenapa lelaki jarang kena penyakit anjing gila?
5- Nak mencari sikit funya susah, bila dah dapat buang, apa bendanya?
6- Apa persamaan Michael Jordan dengan Michael Jackson?
7- Apa persamaan kain jemuran dengan telefon?
8- Kenapa fokok kelapa depan rumah harus ditebang?
9- Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai?
10- Ahmad bin Abi, kambing bin apa?
11- Apa benda bila masuk segi tiga bila keluar bergulung-gulung?
12- Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi?
13- Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.
14- Scorpian warna apa?
15- Ada seorang imam, tengah sembahyang kemudian ada seekor anjing lalu di hadapan imam tersebut. Selepas itu, dia jilat kaki dia. BATAL TAK AIR SEMBAHYANG IMAM TU?
Tak payah kerut-kerut kening nak pk. ni teka-teki vudus-bodoh je. ;D