▷▷20100503

Kira okey la tuu kawan-kawan

FRUST GAJI KENA POTONG
Bila time gaji mulalah membebel, company berkira sangat datang lewat 5 minit pun potong gaji, masuk makan lewat sikit berkira, baru nak ambil nafas lega pun memekak tapi sebenarnya kira OKEY LA TUU dari korang takde gaji langsung sebab korang memang malas nak pergi kerja tahu nak membuta ke kat rumah
FRUST EXAM TAK DAPAT MARKAH TINGGI
Korang dah berusaha setekun mungkin namun keputusan peperiksaan korang masih di tahap tidak memuaskan. Korang menuduh cikgu pilih kasih, mentang-mentang muka korang tak lawa cikgu bagi markah sikit. Sebenarnya kira OKEY LA TUU dari korang dapat markah telur sebab korang sendiri yang hantar lambat, tulisan bagai cakar ayam, mana cikgu nak faham. Dah muka korang tak lawa buat pulak muka ketat dengan cikgu mana tak cikgu potong markah lagi
FRUST KEKASIH KAMU TINGGALKAN KAMU
Segala-galanya korang dah buat untuknya, mengharungi lautan api, berkorban jiwa dan raga namun kekasih korang tetap tinggalkan korang. Sebenarnya kira OKEY LA TUU dari dia desak korang kahwin sebab diri korang sendiri tak terjaga. Ni pulak nak bagi anak orang makan, makan pun minta orang belanja
FRUST TAK LEPAS LOAN UNTUK TUKAR KERETA BARU
Punyalah korang simpan duit untuk bayar deposit kereta, tup-tup loan tak lepas. Alasannya gaji korang tak lepas nak ambil amaun banyak tu. Sebenarnya kira OKEY LA TUU tak tentu lagi korang boleh bayar instalment tiap-tiap bulan, tak tentu lagi kereta baru takkan meragam. Sekurang-kurangnya kamu dah ada kereta yang lama, jaga jelah
FRUST KAMU TAK KAYA-KAYA
Berusaha tak usah ceritalah, kerja pun dah separuh mati tapi tak kaya-kaya juga. Duit yang dapat ada je yang nak kena bayar dan buat, doa pun dah banyak. Sebenarnya dah kira OKEY LA TUU kalau korang kaya tak tentu lagi korang ingat siapa diri kamu, silap-silap jadi orang yang riyak dan angkuhh. Sekurang-kurangnya korang menjadi orang yang berdoa dan ingat pada Tuhan dan korang masih ada duit dari tiada langsung. Bersyukur jelahhh

Sila bersyukur ye kawan-kawan serta adik-adik sekalian. Tak semua yang kita ada, orang lain ada. Beringat pada beberapa ungkapan;
Jika kaki kamu luka, bersyukur, kaki kamu boleh digunakan untuk berjalan.
Jika kaki kamu ada, tapi sudah lumpuh, bersyukur, kamu masih ada kaki.
Jika kaki kamu tiada, bersyukur, kamu masih ada tangan.
Jika kamu tiada tangan dan kaki, bersyukur, kamu masih ada kudrat untuk hidup.
Jika kamu lemah tiada kudrat, bersyukur, kerana kamu masih hidup untuk beramal kepadaNya.

0 komen kat sini !: