▷▷20100430

Pendapat tentang background baru ( Part 2 )

Selamat malam hari jumaat. kali ni nak post pendek-pendek je. tak larat nak taip panjang-panjang sangat. badan tak sihat ni. dilanda kemurungan yang kronik. hatoii. malas nak ulas tentang kemurungan ni. nanti korang cop aku profesor fulak malas nak jawab kang kata tunjuk pandai fulak walau memang pandai tak terkata berbanding lembu-lembu sekalian. takde la, nak post fasal background je. hatoii. kali ni tak nak merapuu dah. fenat fening-lalat tahikk untaa. tak mawuu. fasal background, ada yang demand, gambar, letak bersama SANGKEKASIH berbanding sebelum ni letak dengan FAMILY. pastu, colour. heyy, tatau daa nak cakap apa. sebenanya, tak dapat puaskan hati semua pihak vetull? jadi, mana yang mampu, itu je yang aku buat. okeyy? ni dia, yang telah aku print screen kan utk tatapan mata cantik inner shine korang.

ini background aku yang lama tak bape lama la.
dan ini background aku yang terbaru. tak banyak sangat berubah. cuma colour dan tambahan gambar.

okeyy. perasan takk? page aku kali ni bertemakan, putih, hitam & merah. haa, itu tak sengaja sebenarnya. kebetulan. macam cool di mata aku. di mata korang macam mana? ;)

Lisa Surihani sosiall??



Haihh. entry kali ni pendek & pendek serta pendek okeyy. nak cakap fasal akak kesayangan akuu. LISA SURIHANI si cantik manis bergaya comell bijak berkaliber dan sebagainyaa yang elok-elok belakaa.
aku memang minat dia sejak aku tontoni satu drama bersiri dalam slot SAMARINDA di tv3 bertajuk OBSESI. sejak hari itu, aku tersangat meminati beliau. bila baca profail beliau, maka aku terus mengagumi beliauuu. kak, iloveu tawuu??
ni sedikit yang aku tawuu fasal beliauu okeyy.


Full Name: Lisa Surihani Mohamed
Commersial Name: Lisa Surihani
Date of Birth: 23 Mac 1986
Highest Education: Sarjana Muda Undang-Undang, Kolej Universiti Help
Advertisement: Johnson & Johnson Pure Essentials, KFC, Ayam Goreng McDonald’s, Cadbury, Ayamas, Double Decker, Hotlink, V-Soy, Rexona, Clearasil, Maxis HOS: X-Fresh (Astro), Down Memory Lane (RTM), Nestle Space Challenge (ntv7), Hello 2006 (RTM), Whoa (ntv7), Anugerah Angkasapuri 2005 (RTM), Expresi
Show Hoster: X-Fresh (Astro), Down Memory Lane (RTM), Nestle Space Challenge (ntv7), Hello 2006 (RTM), Whoa (ntv7), Anugerah Angkasapuri 2005 (RTM) dan Expresi
Drama/Telemovie: Ayah Kami (RTM); teater: www.puterigunungledang.com.my; video muzik Milikku (Zahid); 3R; Jeff’s Place dan Mystery 6, 3 Janda Etc.
Filem: Goodbye Boys, I’m Not Single, Jangan Pandang Belakang Congkak dan banyak lagi
Hobbies: Reading Oh! Artis, window shopping, listening to music
Dislikes: Bugs & heights

Likes: Color-White, Kittens, Kids
Favorite Food: My Mom’s cooking

huhh. nak bagitauu. aku ada terbaca 1 artikel tentang beliau semasa beliau bersosial bersama teman lelakinya, di sini. heyyy. ingat kalau korang keluarkan artikel mcm tu bolehh patahkan semangat aku untuk terus mengagumi beliau kahh? ohhh itu memang 1 kesilapan besarr okeyy. aku tawuu dia bukan gadis yang rosak. dalam gambar tu pun bukan dia pegang gelas yang ada arak atau dia buat perkara tak senonoh. dia cuma senyummmm!
aku geram dengan barisan orang-orang yang komen kat dalam entry tuu. hellooo. very the cetek la fikiran u allzz. masa tuu laa, tak minatt, masa tuu laa tak cantik dan sebagainyaa. masa dia tak ada story hoottt, tak de fulakk nak kutuk-kutuk bagai. heyy. tah hapa-hapa! memang dasar dengki. asal dia ada kat situ je dah fikir dia minum arak dan sebagainya. kolot memang kolot! mungkin dia di ajak teman oleh teman rapat dia yang baju pink tuu kan. muka pun nampak 'stim' je kann. tah hapa-hapa la weyhh. dah dah. yang aku tawuuu, lisa surihani still is the best among the best! auww! lisa, i'll love until the end okeyyy?

▷▷20100429

Maya! Kenapa nak Dani jugakk???

Haiii. selamat malam jumaat kaliann. hurmm. aku macam tak ada mood sangatt ni okeyy. tapi korang jangan bejangkit fulakk sebab aku tak hingin nak fujuk korang sbb tak kuasa lahh kann afa lagii. hua hua. see? gelak pun macam terpaksa jee okeyy? haihhh cik eca comell? kenapa ni?? hatoiii.

macam ni, petang tadi, aku nampak ada orang lalu bawak exora putih depan rumah akuu. heyy. mcm keta akuu. dia tak nak pulangkan lahh. tu yang badmood je nii. haihhh. korangg, tipu je tuu. tengah moody pun sempat merapuu kann? alaa u allz mcm tak kenall je cik eca nii. OPKOS tak kenall sapa kauu? hengat kau PM ke nak kasi orang kenall sama kauu? hatoiii.

dah. dahh. nak cakap niii, hoiii. kenapa?? why?? porke?? kenapa maya berbaik dengan danii???? aku tak sukaaa!! dia bolehh cakap sama suami si adam kacak bergaya lagi sporting hemsem subur bagai huahua apa nii aku merapuuu. dia cakap hapa tawuu? " i ada temujanji " (ingatkan dengan client la kann almaklumm dia kan ejen insurans gituu) rupanya dating dengan danii. arghh! tensen akakk okeyy. adam boleh nampak depan mata gituu. ahhh. tersentuhnya hati kental jiwa konkrit ni vilaa tgk adam macam bersedih gituu. hatoii. tgk yang preview episod akan datang, dia siap marah-marah amani si anak kecil dia yang comel lagi gebu pandai verlakon mengalahkan kak eca comel kauu niii. huahua. haihh. lagi bila dengar amani cakap " mama dah tak sayang kita lagi " haihhh tersentuh sifat keibuan aku tawuu? adam senyum kambeng bagai beritahu maya masih sayang dia dan anaknya. hatoiii.

korangg! nampak takk? aku sangat emosi sekarangg? korang tawuu tak aku kisahkan fasal hapa? jangan terkejut tawuu? fasal drama bersiri je. huahuahua. tapi yelahh aku sekarang memang KIPAS SUSAH MATI adamaya okeyy? fukul 630pm-730pm isnin hingga khamis aku takan berganjak dari depan tv untuk tonton slot AKASIA terbaik tv3 itu okeyy? korang nampak takk muka aku masam mencuka bagai cencurut kehilangan anak kecil yang last baru dilahirkan huahua lawak sungguh! tak lawak jangan gelakk. haihhh. hahahaha. <-- what the ?? tiva-tiva aku gelakk okeyy? kesian muda-muda da jadi PM huahua merapu bagai. dah dah. aku nak blahh dah. tu je aku nak ceritaa. fasal aku emosi dengan cerita tuu. i like okeyy. tenkiuu! baii

Font ni da kecik sikit. ok ke?

Assalamualaikummmm!! haiiiii. good morningggg! huarghhhhhh! aku still sleepy tawuuu? fasal hapa? fasal terjah menerjah la smlm. huwaw! memang silonok tawuu bile dpt terjahh belog depa nii. kadang2 dpt entry yg kilakar, vagi aku gelakkkk kuat-kuat kasi mak haku bising potpetpotpet bagai. huahua. ada tu kann belogg yg aku jumpa, tade tempat komenn laa. mungkin loading lambattt. tapii helllooo. haku ni kalau baca sesuatu tuuu, mcm sifut vavii tawuuu? sangat lembap! istilahMENGEJA boleyy bagi pada akuu. funyaa la lama komenn itu loadingg kan? kan? tapi tapee, bila tuan rumah kata ada, okeyy, aku tunggu wait and tungguu smpai ada! sbb aku memang nak komenn lagi-lagi entry yang masyuukkkk!

okeyy laa. sebenarnya aku nak beritahu kalian-kalian yang sudahh komen pasal entry aku yang sebelummm. hatoiii! manyak telima kasihhh loooo! masing-masing dapat uwangg kan? kan? hapy takk? tawuu dahh. hapy kan? huahua. ada yang seposen, kalau aku tengah kaya, aku bagi up sikit, limabelassen. huahua. palingg tinggi penah dpt, haaaa, singgit tawuu? sebab? ada laaa. ni orang yang dapat singgit maya hakuu. huahua. ARC™ . sbb? sbb dia vagi komenn yang hakuu dah agak dahh. apa? meh aku copy pastee. ;D kijapp haa.

" aku ske gmba lame lg sbb gmba family =) "

haku balas hapaa?? niii diaaa. tadaaaa !!

" yeszer! saya dah agak! komen begini akan muncul jua! dtg dari kamu akhirnya. nahh, sebagai hadiah, amik singgit ni. huahua. okey. saya tukar itu atas dasar saja2 bkn nak membelakangkan family itu mustahil okeyy. nti da bosan, saya tukar semula tapi yg lebih okeyy. okeyy? ;D "

aku suka. terus terang. yaa. yaa. sume berterus terang jugakk. itu yg buat aku sayangggg korang tawuuu? hah! ada yang dapat seposen, duaposen, tigaposen, limaposen punn ada tawuuu? hokeyyy. yang aku nak cite sebenarnyaaa, ramai yang demand font aku ohhh terlalu vesarrr smpai tebeliak-beliak-beliak mata dorang nak tuntun belogg akuu. kesiann tawuu? ni haaa senarai people-people yang kritik kasiii aku sedarrr hokeyy? tenkiuuu

tak nampak kee? tu korang funye fasal laa. haha. heyyy. kelikk la. kasi besar sikit. nak kena ajar jugak ke? babab karangg. huahua. okeyy u alll. nii aku da tuka font kasi kicik sikit. afa macamm? ada okeyy tak kawan-kawan? kalau tak okeyyy kasi okey kan jugakk. huahua. terima kasihhh! ;D

▷▷20100428

Pendapat tentang background baru

Kali ni aku post pendek je k. Nak bgtau, esok aku pindah India. kenapa? sbb aku da boring dok Malaysia. asik dengar cakap melayu je. nak dengar cakap India pulak. okey? baii.

Huaaaa! kena tipu niiii. mana ada. larat pulakk aku nak ke tempat yang KOMPOM aku akan fening-kefala nanti okeyy. sedangkan duduk di tengah-tengah orang kelantan pun aku dah blurrr tenganga-nganga mulut ailio tak kasi turun, inikan pulak nak dengar bahasa yang takde kaitan dengan MELAYU! aku kalau duduk dengan mat-mat & minah-minah kelantan, aku akan jadi seorang penyoal-siasat! sbb aku nak tauuu apa maksud diorang cakap tuuu. heheh. nak jugakk belajar dikkk. sampai diorang bosan tahap tak boleyy bosan dengar soalan aku last-last diorang cakap loghat johor. huahuahua.

okey stop merepek! aku nak cerita ni, eh bukan cerita la dol, aku nak bgtau, baru tadi mood nak edit background page aku ni tiba-tiba-tiba muncul hentahh dari manaa, mungkin terbit disebalik rimas tengok background yang lama, jadi aku ubahh le weyhh. so, apa pendapat u alllz? berbaloi-baloi ke aku buat sambil kejap duduk-kejap baring-kejap terguling-kejap terlena huwaaa tipu dahh tuu! ada okeyy? atau bolehhlaaa? atau hmmm biasa je! atau cantikkk! ;D

haaa. yang ni yang lama okeyy. sudah bosan tahap tak boleyy bosan daa bila tengokk.
Haaa. ni yang baru punya. apa macam? tak banyak beza, tapi nak buatnya, 1 jam lebih okeyy. tenkiuuu atas pendapat u alllz!

Macam pelik, tapi tak heran der ( Part 2 )

RUSA SANTA

Rusa Santa bernama Dasher, Dancer, Prancer, Vixen, Comet, Cupid, Donner dan Blitzen

NEIL AMSTRONG

Neil Amstrong melangkah pertama kali di bulan dengan kaki kiri

SHAKESPEARE

Yang menemukan perkataan "assassination" dan "bump"

JACKIE

Seekor babun bernama "Jackie" menjadi parajurit rasmi dalam angkatan bersenjata Afrika Selatan pada Perang Dunia Pertama

TELUR

Telur segar tenggelam di air, telur yang sudah tamat tempoh pula terapung

BADAK

Tanduk badak terhasil dari rambutnya yang mengeras

SAPI

Sapi atau lembu tidak mempunyai gigi atas

ZANZIBAR 1896

Perang paling singkat dalam sejarah adalah perang Zanzibar dan England pada tahun 1896. Zanzibar menyerah selepas 38 minit

IKAN EMAS

Jika kita memelihara ikan emas dalam ruangan yang gelap, warnanya akan berubah putih

MERCURY

Di bumi, satu tahun adalah 365 hari. Di planet Mercury, satu tahun adalah dua hari

DAVID SARNOFF

David Sarnoff adalah seorang yang menerima signal (isyarat) Titanic dan menyelamatkan ratusan nyawa. Dia akhirnya menjadi ketua jaringan radio, The National Broadcasting Company (NBC)

AYAM

Ayam yang sudah dipenggal lehernya masih mampu berlari seluas padang bola sebelum benar-benar mati

MAKHLUK

Makhluk yang boleh tersipu-sipu hanyalah manusia

Encik Ben, jelajah, jengah, tonton belog saya okeyy?

emsemnya! wow. hapa yg hemsem tuhh? tuuu, colour merunnn tu. huahuahua. korang kenal org dlm gmbr tu? tak kenall? aku lagii tak kenall. miahaha. okey okey. kang kecik ati pulak si ABANG BEN ASHAARI kita nii kang.
menurut sumber, beliau ni pemes? iye ke weyhh? pemes cmne tu? sbb dia slh seorg admin blogger ke? aku pun kurang pasti weyhh. tapi yg pasti, beliau ni sgt suka jelajah belog orgg. haihh. tak malu kn? tapi, tapi tapi! aku lagi tak malu nak SURUH beliau jelajah belog aku pulakk! huahua. walau pun belog aku cantik, sempurna, tapi tak apalah, aku suruh jugak beliau jengah. hekhek! membanggakan diri itu bagus okey? huahuahua. sumpah gurau je.

walau beliau baek hati & mulia, tapi beliau tetap letak syarat okeyy. bia manusia sekalian tuuu berdisiplin sikit. terutamanya aku! okey, ini syarat dan terma nya;

1- header beliau yg cun melecun tuu dia punya colour laa i likee!
2- dia suruh link kn ke entry dia. hello. akakk belum siap taip okeyy? sat gi naaa?
3- story sikit belog sendiri? haaa. banyak akakk bagi! hamek ko.
4- dari mana tahu segmen JELAJAH BELOG? dr encik zack-entry. tgk dari entry beliau la, haishhh, sapa pulak encik Ben ni? apa ke penting sangat ke kena jelajah? da baca baekkk punya, mcm besh. so, tiru! huahua.

kisah belog NISECA suka merapu;

- dilahirkan pada bulan Mac 2009. knp aku beranakkan belog ni? puncanya, aku nak nama aku di depan! paham? contoh; www.myspace.com/eca88 <-- see? nama aku di belakang! tak nakk!! nak kat dpn jugak! so, niseca1903.blogspot.com <-- nampak? kat depan kan? tu je sbbnya. heheh.
- da masuk tu, meluahkan la rasa. apa yang terpendam. mmg tak pernah terfikir nak suruh org baca. dan aku tatau pun ramai belogger di luar sana. sampai satu hari, kawan aku komen pd entry tu. huh! syok! terus aktiff!
- dah tu, try berjinak-jinak. nak edit-edit page, sbb mmg kesukaan aku edit page! bila dpt edit, lagi teruja!
ramai respon. kumpul kwn. tak ramai, tapi ada lah jugak. tapi seronok okeyy?
- soo, skang, da makin teruja berbelooggg!!
- entry aku? ikut mood. kadang2 bagi cite lawak bodo, kadang2 cite keinsafan, kadang2 luahan hati sendiri, kadang2 info. ikut mood laaa kan? tgk tangan nak menaip! tapi sayang, belog aku kurang famousnyaa!
- sbb? sbb aku ni selalu jadi silent reader. tak tinggal jejak. heheh, tapi skang anak-anak ye, aku dah mula menonjolkan diri. tinggalkan komen walaupun tak paham entry tu. tinggalkan link! serta follow! hah! baik tak? perubahan.. ;D

okey cik BEN, skang tiba giliran anda pula jelajah belog saya ini!! terima kasihhh. ;))




Laman Sosial yg selalu dilupakan

Haiiiii! ni haaa. bakal PM nak bercite nii. Fasal laman sosial yg aku joinn selama ni! Yg pertama ofkosss Myspace. dari tahun 2006 lagi aku da join &&& AKTIF! tapi, sejak ada FB dan belog, aku jarang online. nak tawuu sbb apa?? sbb rakan seperjuangan sume bertukar alih angin kus-kus-kus depa ke FB! habis tu?? takan aku nak tinggal sorang2 kat myspace ni vetul takkk? jadi, ni jela page the latest aku, asalnyaa! dulu aku selalu edit hokeyy! kasi cantik, cun melecun! sedih betull.

inilah rupa gayanya page aku di saat aku sangat rajin mengedit page myspace aku hokeyyy. bagi aku, cantik! ;D

ni pulak rupe FB hakuu. heyyy. sama la kan dengan u alll vunyee? tu haa. tgk senarai rakan2, tak ramai kan? sbb insan terpilih je boleyyy add aku iaitu seseorang yang aku kenalll je. ;)

haaa. yang ni pulakkk twitter aku. backgroud tu aku buat meniru dan menyerupai dan mencontohi twitter nur kasih masa tu. ikut size dia, dan aku buat! see? menjadi kan? i likeee! ni pun da jarang bukakk! ngehh.

so, kesimpulannya, inilah laman-laman sosial yang selalu aku tinggal-tinggalkan sejak aku aktif dengan belog yang dah lama jugak aku tinggalkan. huwaaa! bukan pe, i cepat bosan uu! okeyy tu je. babaiiii.

▷▷20100427

Pndangan pertama korang bila tgk gambar ni!

apa komen tentang pandangan pertama korang bila korang tgk gambar budak ni
(GROUP A)
1- MasyaAllah, lawanya budak ni!
2- Ya Allah! apa ke comel beno budak ni!
3- Hishhhhh! Mesti sopan budak ni kan? kan?
4- Alalalala, manjanyaaa dia!

atau?
(GROUP B)
1- Huihhhh! Gedik!
2- Apa hal? Amik gambar sndiri? Posing maut bagai?
3- Agak da tak nampak kamera kat mana? Nak jeling tmpt lain kononnn.
4- Dah takde keje lain? Berangan je!

Kalau da tanak, cakap!

Selamat Eveninggg! Yiihaa. waduh waduh. maghrib-maghrib da tunjuk aksi meroyan. huahua. ni ha, aku saje nak ngepost. boring dol. nak ngadu kat korang la weyhhhh. mcm ni, smlm aku jatuh longkang. jari aku luka, patut ke aku masuk hospital bahagian emergency kes? heyyyyy! jari ni aset penting jugakkk tawuu! nanti tak dpt masak sedap-sedap utk laki mcm mana? sapa nak jawab? nak urut badan laki. huh! aku merpu meraban ni kawan-kawan. tak lahhh. cerita td kisah pedoman hidup je. tipu semata-mata, miahahaha. lawak? takk.

Ni haaa. aku nak bgtau, harini aku tak keje. heyyy. kau ni eca, dokk cakap fasal kije. kau kije apa niii? kecoh hajee. aku kije kat warung milik sepupu aku yang tak lawa lagi menyampah perangai suka ngumpatt gossip artis malahan kucing beranak pun mauu digossipkan malas aku nak dengar tapi curi-curi dengar mana tawuu ngompat aku ke kan kang tak ampun dosa baru tawuuu. hah! okey okey. pagi-pagi buta ngantok bagai, amik hp, tanya sama adik sepupu itu, harini niaga ke takkk? bukan pe, da 3 hari cuti aku dok melengkooorr je kat rumah. apa tuu? tuuu laaa. yang tido mulut tenganga-nganga plus kaki belit-belit bantal terselit celah sambil air liur nyaris-nyaris terjunam keluar haihhh tak sinonoh betul anak dara siapa ituuu kah? dahh. dia balas, niaga. pastu, 2 3 jam pastu, si bosss tu hantar msg kat aku, tak payah dtg kije sbb dia buka sipaluhh halii je maaa. okey aku terima bcozz mood nak kije belum dtg. huahua.

Sekali tadi petang buta sbb aku baru bgn tido dari membuta, ??? apa ni?? ayat bebelit! okey, aku terus tanya sama kawan sekampung yang baik lagi hemsem bijak botak tua! huahua. terlajak, lupa nak sambung. miahahaaha. sempat mengata! kedai si polan tu buka lagi kee? dia kata buka! heyyy. da pukul 6 okeyyy? kata separuh hari jee? apa nii? main tipu-tipu pulakk! bedosa okeyy! fine! skang, apa maksud semua ni? dia tak mau amik aku kije lagi ke? helllo. aku kije, buat kije, bukan melengkorrr je. terima kasih! geramm ni. tak pe. esok aku nak tanya direct baekk punya. harini keje ke??? atau 'separuh hari' jugakk?? haaa! korang rasa aku berani ke hantar msg mcm tu? hello. hati aku kental masyaAllah okey. mestilah berani. tapi, dalam mimpi, mekaseh! sbb, alaa dia kan sepupu aku. jaga lah hati dia kan. da tua pulak tuu. kang bemusuh sedara pulak, susah, sapa susah? opkos la dia. tak dapat pekeja berwibawa mcm aku. miahahaha.

afasal gambar budak comel ni muncul tiba-tiba-tiba? motif? haihhh. saje nak tunjuk biji mata sebelah aku tu. cun tak? rambut serabai. badan montel. seluar pendek gilaaa. tapi tak perasan kan? sbb aku tau kenapa, sbb aku cantek la. miahahaha.

Dah dah! malas nak merapu banyak-banyak. terima kasih jela. hello boss. ingat aku kesah sangat ke tak kije tempat kau? tade nye lahhh. aku kije sbb nak hilangkan bosan duduk rumahhh. tu je. ada paham?? huh!
- long, ada masalah ke? kalau ada, cakap. jgn diam. eca tak suka mcm ni. nak buang, ckp. eca tak kisah. tima je. org da tanak. yela. da ada org baru kan. tak pyh ckp kat org kg, eca dmm. walhal along yg soh tak dtg kije. hmmm. nak sgt eca sakit?
( nampak tak ayat hati kental kepala batu jiwa konkrit ni? miahahaha ) sekian.

Andainya aku pergi dulu..

Good Morningggg Malaysia ! 1 Malaysia , kekasih didahulukan , keluarga diutamakan ! huahua. awatnya aku cakap gitu ? haihh. sekati laa. kuangkuangkuang. dah aku sayang depa, mesti masuk dalam senarai. huweee. hokey laa. di pagi yang ceria plus sejuk mejuk ni, aku nak ukir sedikit kisah-kisah sedih yang menyentuh hati konkrit aku ni haaa. fasal hapa? hemm. fasal kauu lahhh. huahua. bukan bukan! fasal arwah-arwah artis kita yang baru saja meninggalkan kita semua.

pertama, ofkosss ALLAHYARHAM DIN BERAMBOI. kalian tau? baru tahun ni, aku berjinak pinak dengan Raja Lawak! dan serius, aku tak suka lawak diorang cam HAMPEH! tapi aku suka segala komen memen arwah ni. selamba, lawak dia sangat merapu. aku selalu tergelakkk la weyhh. lepas tu, Riuh Pagi di Era. okey, aku mengaku, aku bukanlah pendengar setia radio tersehebut. tapi, bila aku pegi keje, boss aku buka radio ituuu. makanya, dengar drama sebabak bersama arwah. sumpahh lawak dohh. aku memang gelak sorang-sorang kasi orang heran sama aku. huahua. bila dapat tahu, arwah dah tinggalkan kita, maka dengan ikhlasnya, aku sedihhhh! sumpah sedih doohh. terasa sangat pemergian arwah. da rasa macam hilang seorang teman main jongkang-jongkit masa kecik-kecik dulu. apatah lagi orang yang sememangnya rapat dengan arwah & anak bini arwah kan? KOMPOM sedih tak terkata dek lidahh. hadoii.

kehduaa, mestilahh ALLAHYARHAM ACHIK SPIN. mula-mula, tekezut je dengan berita arwah meninggal. okey, tak pk sangat. tiba-tiba hari ahad lepas, aku baca artikel kat Utusan Melayu bahagian Pancaindera muka surat tengah-tengah. ohhhh. aku baca luahan hati isteri arwahhh. nak tau? aku menangissss!! meleleh-leleleleh air mata aku ni. jiwa kental hati batu kepala konkrit ni pun boleh tersentuhh kak oiii. kesiannya kat dia. jiwa dah macam dirobek-robek bila dia mula rindukan arwah suami dia. ahhh. meremang bulu-bulu aku. nak sedih balik ni. sobb sobb. mana nak cari suami sebaik arwah suami dia kan? lagi-lagi kasih sayang yang dicurahkan, memang sepenuh jiwa arwah. hadoiii. aku bukan pe, aku terbayang, macam mana keadaan aku kalau-kalau-kalau orang yang PALING aku sayang, tinggalkan aku buat selamanya. gila? 98% mungkin tak! kehilangan semangat diri? 98% mungkin ya! apa-apa pun, takziah buat keluarga arwah, tabahkan hati okey? walau aku tawuu, hati dia masih lagi tersangat sedihhh. :(

ohhh mak abah & faiz! jaga dirimu sebaiknya sayang. andainya kalian pergi dulu, bawalah sekali cinta hati ini. tiada siapa dapat mengganti dirimu yang begitu membuatkan aku rasa sempurna. tapi, andainya aku yang pergi dulu, akan ku tinggalkan cinta hati ini bersama kalian. sesungguhnya, kasih & sayang ini hanya milik kalian. dan ramai lagi yang boleh menggantikan diri ini dalam hidup kalian. sobb sobb ..

▷▷20100426

Macam pelik, tapi tak heran derr

TEROWONG :
Para penduduk kampung Matigou di China rela menggali terowong tanpa mendapat upah hanya untuk memperoleh sarana jalan yang lebih cepat dan menyenangkan .
GITAR NANO :
Gitar nano ini adalah gitar terkecil di dunia yang mempunyai panjang 10 mikrometer , hampir sama panjang dengan sel manusia sedangkan talinya sepanjang 50 nanometer . Dihasilkan oleh para pengkaji di Universiti Cornell , Amerika Syarikat untuk mewujudkan generasi baru alat-alat muzik di dunia . Namun alat ini hanya boleh dimainkan dengan alat mikroskopik khas dan nadanya pun tidak mungkin didengar oleh telinga biasa .

BELALANG :
Belalang boleh melompat sejauh 40 kali ganda panjang badannya .

SURAT KHABAR :
Akhbar atau surat khabar pada umumnya dicetak di atas kertas berukuran A0 atau A3 . Tetapi akhbar terbitan First News ini dicetak di atas kertas yang berukuran sangat kecil bahkan lebih kecil dari kamus saku ! Menariknya , meskipun berukuran mini , hasil cetakannya cukup jelas dan rapi dari tulisan hingga gambar .

IKAN YU :
Ikan yu kehilangan gigi lebih dari 6000 batang setiap tahun dan gigi barunya tumbuh dalam waktu 24 jam.
TITANIC :
ketika Titanic karam, 2228 0rg berada di dalamnya. hanya 706 yang selamat dan adegan band yang terus bermain muzik ketika Titanic tenggelam adalah kisah nyata.
KALA JENGKING :
kala jengking boleh dibunuh dengan menyiramnya dengan cuka, mereka akan marah dan menyengat dirinya sendiri.
KUDA :
setiap patung memorial org di atas kuda, jika 2 kaki depan terangkat, maka orang tersebut tewas dalam pertempuran. jika satu kaki kuda yang terangkat, maka orang tersebut meninggal kerana luka dalam pertempuran dan jika 4 kakinya menginjak ke tanah, orang tersebut meninggal secara normal.
TOMATO :
pada tahun 1830an sos tomato biasa dijual sebagai ubat.
ZIRAFAH :
zirafah dan tikus boleh bertahan hidup lebih lama tanpa air daripada unta.
KELAWAR :
kelawar selalu membelok ke kiri jika terbang keluar dari gua.

Lirik itu menyentuh silamku ..

izinkan diriku meluahkan rasa

maafkanlah aku andai kau terasa

biarku paparkan apa yg terjadi

moga kau tak ulangi


sungguh tak ku sangka

kau berpaling tadah

setelah lamanya menjalinkan cinta

dalam diam2 kau sudah berpunya

tanpa aku menyedari semuanya


aku mendoakan agar kau bahagia

bersama si dia insan yg kau suka

percintaan kita tak sampai ke mana

setakat di bibir saja sayang


kau bina mahligai dari air mata

yang jatuh berderai di wajah sepiku

hancurnya hatiku bisa tak terkata

terhumban rasa diriku


oh aduhai ku masih ingati

janji manis dan saat romantis

kau pintaku supaya setia

akhirnya kau yang berubah


oh tuhanku tabahkan hatiku

temukanku dengan ketenangan

jiwa ini dibelasah hidup

tetapi apa dayaku


ku cuba pejam mata

tapi tak terlena

kerana ku masih teringat padamu

begitu payahnya nak ku melupakan

pernahkah engkau fikirkan

oh sayang


haihh. kenapa aku mengepost mende alahhh ni? sbb, sbb, sbb dia bestttttt! huahua. okey. terus terang, ini adalah lirik lagu! lagu Mahligaimu dari airmataku dari kumpulan Lestari. kenapa aku post lirik ni? sbb, liriknya da menyentuh hati aku yang kental lagi berupa konkrit tapi mudah cair apabila terkena panahan asmara! huahua. apa ke hal? huh, sbbnya yg sebenar, lirik dia mengingatkan aku pada seseorang. yang pernah melukakan hati sanubari comel aku ni! mari aku terangkan ye sedara-sedari.

dalam diam2 kau sudah berpunya - yeahh! itu yang utama! aku dicurangi! hanya Tuhan yang tahu, perasaan mereka yang diduakan setelah diri yang baik serta sopan ini telah diduakan! huaaa! cerita lama..

aku mendoakan agar kau bahagia, bersama si dia insan yg kau suka - huh! masa tuu, takde masa nak pikir doa untuk hengkauu! malah, segala mahaki, hamamun! semua hengkauu dapat! venchiiii!

hancurnya hatiku bisa tak terkata - hah! tawuu tape! hancur hati nii tawuuu takk? sampaikan aku venchii kat orang lelaki dalam masa beberapa bulan disebabkan hengkauuu!

janji manis dan saat romantis - semuanya palsuu pasu vase mangkukkk segala tipuuu ! saat romantis da lenyap da huweyhhh!

begitu payahnya nak ku melupakan - ya! susah aku nak lupakan. bukan hengkauu! tapi segala perbuatan hengkauu yang sangat keji ituuu!!

maaf?? dah. aku dah maafkan dah. sejak kematian arwah ayah kau 2 tahun lalu, aku maafkan segala kesilapan kau. dah takdir aku. tu semua pengalaman buat aku. pengalaman boleh mendewasakan seseorang kan? dah 3 tahun berlalu. aku pun dah bahagia dengan pilihan aku, kawan baik aku! dah setahun aku dengan dia. bertambah bahagia. terima kasih untuk segalanya. ;)

Aku bikin kembarku sendiri !

ni hasil editan aku. sesaje je nak edit. dr kecik ag aku teruja sangat nak kembar. tp, takdir Illahi menyiratkan, aku hanya dilahirkan menyendiri. maka lahirlah aku sebagai seorang yg sendiri. tp Tuhan tu Maha Adil. Dia membuatkan aku rasa teringin sgt ingin ada kembar, maka Dia anugerahkan aku 1 bakat di mana aku boleh edit gbr. :) Alhamdulillah. walaupun ta secantik & seindah org yg pandai edit, tp memadai utk aku merasai yg aku ada kembar walau hanya di dalam photo.

maka, ini lah hasil 'kembar'ku. :)

says: tade kembar, ada gbr kembar pun jadi le. :p

Penunggu jambatan !

" Ally, akak balik rumah kaulah malam ni. Tengok sekarang dah pukul berapa ni, banyak lagi nak print saman ni." rungut Kak Salmah.

" Ikutlah kak, macam tak biasa pulak." kata Ally.

" Alaaa, Kak Sal tu takut nak balik malam-malam ni sorang. Bukan orang tak kenal dengan Kak Sal." Katie berseloroh.

Selepas bercakap itu mereka mulai membuat kerja semula. Bukan saja mereka bertiga di pejabat, malah ada beberapa pekerja lain juga bersama menyiapkan kerja. Katie beberapa kali dah menguap. Kak Sal pula asyik melihat jam di dinding.

" Takpa.. kan Encik Zol kata malam ni otie double. Elaun makan nanti dia campur sekali tau! " salah seorang rakan kerja memberi kata semangat.

" Sejuk kan? Dari tadi hujan tak berhenti." Kak Sal tak habis-habis membebel.

" Kak, biarlah hujan tak berhenti. Jom kita berhentikan kerja kita. Saya dah periksa semua, dah siap." Ally mulai kemas meja.

Kak Sal dan Katie tak sabar-sabar nak balik. Lepas je berkemas diorang dah tercongok kat depan pintu ofis. Ally pun tutup pintu ofis. Memang dah lewat sangat ni, dari hujan lebat sehingga hujan hampir berhenti.

" Hujan lebat betul kan, baru sekarang renyai-renyai." kata Katie.

" Ni yang aku risau ni, kalau hujan macam ni jalan masuk ke rumah kita banjir ni. Silap-silap kita kena pusing dan ikut bukit dan jambatan besi." Ally memperlahankan radio.

" Apa? Jambatan besi, Ally. Janganlah banjir." Katie menadah tangan seperti berdoa.

" Kenapa dengan jambatan besi tu?" tanya Kak Sal kehairanan.

" Sekarang ni dah pukul 11 lebih. Kalau banjir kena pusing memang tepatlah pukul 12 tengah malam kita sampai kat jambatan besi tu. Orang kat taman tu semua dah kata, jambatan besi tu ada penunggu." terang Katie.

Kak Salmah memandang ke arah luar. Hujan renyai-renyai meyakinkan Kak Salmah yang jalan masuk rumah Ally memang banjir. Ally memperlahankan kereta kerana ada orang beri isyarat agar menggunakan jalan lain. Sah! Jalan depan tu dah ditutupi dengan air dan sekarang mereka tiada pilihan lain selain dari mengikut jambatan besi itu.

" Eiii..gelapnya kat sini. Selalunya orang takkan jalan kat sini. Diorang sanggup meredah banjir ataupun tunggu air surut baru pulang." bebel Katie.

" Ssyyyyytss.. Katie ni diamlah. Tu ke jambatan besi tu? Ally bawa perlahan-lahan." Kak Sal mula ketakutan.

Ally memang membawa kereta perlahan. Bila kereta dah melalui suku jambatan, hati Katie dan Kak Sal makin berdebar. Ketika itu, suasana sunyi betul, yang kedengaran hanyalah bunyi tayar yang bergolek atas jambatan besi.

DESHUUUUMMMM!!!

" Ya Allah! Bunyi apa tu Ally, kita langgar apa ni?" Kak Sal bertempik.

Katie yang duduk kat depan dah melompat ke belakang dan memeluk Kak Salmah. Ally memegang dada. Memang terkejut gila. Hati Ally berdebar tak terkata.

Ally memberanikan diri keluar dari kereta. Manalah tahu Ally terlanggar orang ke? Tak ke kesian kalau tak tolong. Kaki Ally memang menggigil. Ally ke hadapan kereta, takde apa-apa. Ally menonggeng untuk melihat bawah kereta. Tak ada apa-apa pun tapi tadi memang bunyi berdentum seperti melanggar sesuatu. Ally pun mengambil keputusan untuk teruskan perjalanan pulang. Bila Ally bangun je..

" Ya Rasul! Ada lembaga putih berdiri di belakang Ally!" Ally tergamam.

" Kenapa kacau orang ni?" tanya Ally dalam ketakutan kerana terkejut tadi.

" Siapa nak kacau, orang nak lepak kat sini je. Lagi pun orang kata kat sini ada lembaga selalu lepak, jadi setiap hari aku tunggulah nak jumpa tapi takde pun." kata lembaga putih itu.

" Tak apalah, kalau gitu bagilah kami lalu." kata Ally dengan secara lembut.

" Sebelum tu, kau ada nampak tak lembaga tu?" tanya lembaga tu.

" Takde juga. Saya pergi ya." kata Ally lagi sebab tak sanggup nak menengok muka dia yang hodoh.

Ally pun naik kereta dengan berharap Ally tak payah bergaduh dengan benda tu. Kak Salmah dengan Katie tutup mata sambil baca ayat-ayat al-Quran tapi dalam hati, Ally nak tergelak pun ada. Apa punya bodohlah lembaga tu, orang cerita pasal dia yang menunggu kat jambatan besi tu. Dia lagi mahu tanya.


* Ally mempunyai 1 kelebihan, di mana dia dapat melihat makhluk halus, berkomunikasi & boleh menghalaunya.

seram tak? tak seram? buat-buatlah seram. tak nak seramkan jugak? ada aku kesahh? kihkihkih. lawak sangat la tu!

Ohh duit simpananku !

Hiahhhhh! hambek kau! beranilah paw aku! heheh. itu ayat aku, kalau-kalau ada orang cuba rampas duit aku ni. kat atas ni, jumlah simpanan aku dalam masa 22 tahun aku hidup. setelah berpenat lelah, aku kerja, hari-hari pergi sekolah, abah aku bagi duit, aku simpan. aku simpan dan terus simpan. habis sekolah, aku kerja. semata-mata, nak kumpul duit. dan sekarang, ini hasilnya. penat tau aku kumpul! hellllllooo! hah! sumpah aku tipu pahamm? aku yang BOHROSS boley pulak menyimpan banyak ni? menyimpan tu ada la, tapi mustahillll sebanyak ini weyhhh! duit syiling banyaklah. huahuahua. serius tak lawak!

Hah! nak tanya soalan BONOS ni, kalau korang dapat duit banyak ni, apa ke benda yang korang akan buat? kalau aku? KOMPOM la aku akan sedekahkan separuh daripadanya ke AKAUN BANK aku. huahuahua! lepas tu, separuh daripadanya pulak? dengan baik hatinya, aku akan sedekahkan pada semua penjual-penjual baju, seluar, kasut, selipar, aiskrim, nasi ayam, beg tangan, beg baju, jam tangan, jam dinding, jam randik, sarung bantal, dan kesekelian makhluk yang dijual di dunia ni! huh! baik tak aku? heheh. tapi itu angan-angan kosong aku la.

Actually korang, 1st time aku tengok gambar ni, mata aku berpinar-pinar, apa tuu? mata aku bersinar-sinar, air liur separa meleleh, hingus on the way nak menjunam! hadoi! memang suka! sangat tajam pandangan mata aku pada uwang-uwang ni tawuu? sesungguhnya, aku memang MATA DUITAN! dan dan dan, gambar ni pun, da hampir setahun, bertakhta menjadi wallpaper di laptop aku yang diberi nama, HUBIZ ni! maap SANGKEKASIH, gambarmu tak dapat ditayangkan atas sebab keMATADUITan saya ni sayangg! hehe. ilapu DUIT! auuuw! ;D




Ohhhh para handphone2 ku

alahaiii. ni lah hp CANGGIH aku sekarang okey. Sony Ericsson Z530i. hp ni da 4 pengguna termasuk aku. pengguna pertama, iaitu anak buah aku yg pertama, Umi Humaira binti Zahid. Umur dia sekarang da 14 tahun. tapi masa dia guna hp ni, umur dia baru 12 tahun! huh. kecil2 da pdai guna hp ye. masa tu, aku guna hp lain. tapi sayangnya, hp tu da kena curi. so, tak dapek den nak tolong. nak beritahu ni, hp ni sekarang, da mcm2 ragam. bahagian nak cas tu, da rosak. so, susah nak cas skang ni. pastu, the latest kerosakan ialah, dia susah nak tarik line. buat sakit hati betul. skang fungsinya, utk hantar gambar je pada SANGKEKASIH. hadoi hadoi.
Ni pulak hp kedua aku. merangkap hp pengganti pemberian abah ku! Nokia 1202. huh. lebih baik guna hp mcm ni. dari yg mahal2, canggih2. hp ni lagi pantas, tahan lasak, khas utk orang yang ganas mcm aku ni. so, skang, aku banyak guna hp ni je. agak2 SANGKEKASIH da rindu sangat, kenalah tuka hp lama, then send mms pada dia. pengubat rindu katanya. alahaiiii busukku. okeylah. itu saja yang aku nak cerita. baiiiii!

pictures credit to : MR. GOOGLE EMSEM !

Ohh, nasi ayam buatkan aku ponteng diet??

[credit to MR.GOOGLE EMSEM]
erkkkkk! ahhhh. Alhamdulillah. kenyang dah perut. abah mak baru je balik ni. dengan baik hatinya, diorang belikan aku nasi ayam. ohhh. itu makanan kegemaran aku okey. mana pegi DIET hakuu? halluu! perut aku ni, nak jugak isi berkhasiat! so, harini aku melanggar segala pantang larang bersalin aku. huahua. bersalin hapanya! pantang dalam diet la! tak nampak? betapa lemaknya, karbohidratnya dan yang penting, betapa LAZATNYA makanan di atas? haha. sedap huweyhh! see? aku melawan segalanya hanya kerana makanan kegemaran aku ni. hehe. sapa suruh mak abah aku belikan nasi ayam ni. kan aku dah TERmakan dengan sengaja plus pelahap! huahua. sila salahkan mereka, bukan keluarga mereka. adeih! jadi, hilang segala kebuluran, kebosanan, dan cuma tinggal kerinduan tahap gaban pada SANGKEKASIH! sayanggggg, sat ag iii call uuu okeyy? iii da topup tawuuu? abah lah belikannn. babaiiii. ;)



Putra Putri Kayangan

Kenapa tiba-tiba muncul gambar budak dua orang ni? hey hey! tak kenal ke? itu lah SANGPUTRAKAYANGAN & SANGPUTRIKAYANGAN ! hahah. itu aku cipta sendiri dalam dunia cinta aku sendiri. hadoi. jiwang nya aku kan? sebab aku da dilamun lah apa lagi. tak paham-paham? bila korang jumpa orang yang korang gila-gila punya sayang, trust me, korang akan jadi jiwang dengan tiba-tiba, walaupun korang tak tunjukkan pada orang lain. haih. dah. tujuan entry ni, cuma nak tunjuk, betapa cantik gambar yang edit. hapa? tak cahantek?? kau orang ingat senang nak potong2 gambar tu? suka-suka cakap tak cantik! potong kang! huahua. jahat aku ni. alaaahh. korang tak nak puji tak pe. aku je puji diri sendiri. so, cantikkkknyeee!! okey, tu je. baiiii. ;)

Merapu meraban melalut

Ohhhhh. uhhhhhh. emmmmm. haih? kenapakah dgn aku ni? meroyan? sahsau? tidakkk. aku kesejukan ni. dari tengahari tadi, hujan ni tak berhenti. naik menggigil badan comel aku ni. lemak2 aku pun da beku tahuuuu? mak abah aku pulak keluar. tah buat apa tah, tinggalkan anak kesayangan diorang ni sorang2. agak tak kesian agaknya. [walhal aku yang tak pelawa diri untuk ikut diorang!]

Dengan rindu kat SANGKEKASIH da semakin menebal. nak call, kredit pulak tak ada. haih. malang betul. si busuk aku tu tak mencukupi kredit nak call aku. kesian dia dan aku. terpaksa menanggung seksa rindu. rindu ke dia?? [rindu laaaahh!] kedai topup pulak tak buka. da 3 hari ni. si AHYAU ni asik merayau je! kau tau tak kedai kau tu laku? pegi tutup tu kenapa? kalau nak berjalan pun, buka jela kedai. bia kitorang topup sendiri. haa?? takut kena rompak? laaahh kau ni. kau tak tau ke?? kitorang ni jujur binti amanah?? dah dah! cik nisa! apa hal kau becakap sorang2? gilo?

Haa! tengok la. punyalah aku kebosanan, bercerita pun da merapu. almaklum, aku memang suka merapu meraban. huahuahua. apa ke lawaknya? haih. okey, tak lawak! tu yg berbelog ni. rindu pulak pada blogging. facebook jua. apa jela. sume jenis yang ada kat internet ni. kecuali yang itu haa! alaaahh. yang ituu! tak tau jugak? tuuu la. tut tut. tetttt! yang 1 colour tu la. apa lagi! aku memang tak minat okey! geli gelaman gelabah aku tgk! haih! aku ngaku ke aku penah tengok?? okey okey! memang aku penah tgk! tapi bukan sorang2 ye anak-anak! tgk dgn rakan-rakan. itu pun dipaksa. diheret! kelopak mata ni haa, diorang buka kan! supaya tgk! kalau tak tgk, kena cucuk! cucuk dengan pisau! yes! sumpah aku tipu! huahua. aku rasa tak lawak pun! jangan gelak, mekaseh. aku tgk dgn rela. da tgk, uweekkkkk! muntah! sumpah geli!!

okey okey! aku mula melalut. tak cukup2 ke mengaku kuat merapu. jangan sampai melalut pulak! tu lah aku. suka lari dari topik. bia bia bia! dah dah. sebenarnya, aku tak ada cerita khas, maka, ini endingnya. baiiiii! tak beshnya entry ni. miahahaha. tak lawak!



Oh! Auta cikgu ye?


Murid: Cikgu, adakah orang akan dihukum untuk sesuatu yang belum lagi dilakukannya ?
Cikgu: Oh! Tidak. Orang hanya akan dihukum untuk perbuatan yang telah dilakukannya sahaja.
Murid: Syukurlah cikgu. Saya belum membuat latihan yang diberi oleh cikgu semalam.


Suami yang lurus bendul

Lelaki dari Bangladesh bernama Fatir dan rakannya Amin sedang berbual.

Fatir: Esok saya nak balik Bangladesh, isteri saya mengandung tiga bulan.
Amin: Wah mesti awak gembira.
Fatir: Sudah tentu, sudah tiga tahun saya tak balik!
Amin: ???


..aduh. si suami yang sangat lurus bendul. kesian..

Matahari gila

Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa.

Orang Gila 1: (sambil naik atas meja) Kamu tahu tak ?
Orang Gila 2: Tahu apa ?
Orang Gila 1: Aku ni matahari (sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi) lihatlah terang dunia ini disebabkan aku !
Orang Gila 2: (dalam hati) Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa .

Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku.

Orang Gila 2: Doktor, kawan saya tu mungkin bertambah gilanya.
Doktor: Kenapa ?
Orang Gila 2: Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat.
Doktor: Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun.
Orang Gila 2: Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ni nanti..
Doktor: ???



Saksi serba tahu

Satu kes sedang diperdengarkan di sebuah mahkamah. Saksi utama kes tersebut merupakan seorang wanita tua. Peguam cara mendapat giliran pertama untuk bertanya beberapa soalan kepada saksi.

Peguam cara: Makcik Fatima, makcik kenal saya?
Makcik Fatima: Ya, saya tahu benar siapa kamu sejak kecil lagi. Kamu suka berbohong dan mengata di belakang kawan-kawan kamu. Aku juga tahu kamu ada menyimpan perempuan simpanan di luar dan aku berasa amat kasihan dengan isterimu. Selain itu, kamu suka bercakap besar. Yang sama sekali tidak berasas dan benar.

Peguam cara tersebut terpegun. Lain yang ditanya, lain pula jawapan yang diterima. Untuk mengatasi kekejutannya itu, dia bertanya dengan selamba.

Peguam cara: Makcik Fatima pasti juga mengenali Tuan Hadi, Peguam bela?
Makcik Fatima: Oh ya, tentu saja. Bahkan ibunya dulu sering meninggalkannya bersamaku waktu dia masih kecil. Tak jauh beza dengan kamu, Hadi juga mengecewakan. Dia pemalas, suka menggoda perempuan dan hidupnya seolah-olah tanpa hala tujuan.

Habis sahaja Makcik Fatima berbicara, hakim memanggil peguam cara dan peguam bela untuk menghampirinya..


" Jika kamu berdua menanyakan kepadanya adakah dia kenal denganku..kamu berdua akan aku masukkan ke dalam penjara kerana menghina mahkamah. Mengerti????," kata hakim dengan tegasnya.



..haha. takut la tu kalau2 Makcik Fatima bongkarkan semua rahsia dia. almaklumlah, Makcik Fatima kan, saksi serba tahu! haha


Stesen Radio yg belum berani org buat

POT PET FM

24 jam stesen radio akan menyediakan topik perbualan dan sesi sembang-sembang sahaja. Satu lagu pun tidak akan kedengaran melalui siaran radio ini. Mau bernanah telinga mendengarnya.
IKLAN FM

Tak perlu lagi risau mendengar radio yang banyak menyiarkan iklan atau promo. Ni dia radio yang menyiarkan iklan 100 peratus. Mau cair tahi telinga kita mendengarnya.
ULANG-ALIK FM

Stesen radio yang ini akan menyiarkan lagu-lagu mereka secara berulang-ulang sampai gegendang telinga pendengar naik bosan, boring dan apa-apa saja bo.. yang diorang rasa. Mau aje rasa nak bo layan radio ni.
TESTING FM

Radio yang ini hanya akan membuat ujian untuk penyiaran sahaja tetapi tidak akan membuat penampilan sebenar mereka. Sesuailah untuk buat testing pendengaran atau testing sound system radio aje.
SEBERANG FM

Stesen radio ini hanya akan menyiarkan lagu-lagu dari seberang sahaja. Bukan seberang dari Indon saja tau tapi meliputi Seberang Jaya, Seberang Takir dan lain-lain seberang tapi tak termasuk Kuala Berang.

PERADUAN FM

Bagi kaki peraduan, stesen radio ini memang sesuai buat diorang. Masalahnya nak menembusi talian untuk menyertai peraduan memang azab. Tetapi itulah thrillnya dan yang paling penting, jangan sesekali lupa kata laluannya.

..huh. nasib baik tak ada stesen2 radio cm ni. kalau tak, memang takan wujud lagi radio tau! huhu

▷▷20100425

Di larang kentut !

Akhirnya Pak Ali yang sudah tua dimasukkan anak-anaknya ke rumah orang-orang tua. Baru saja dia masuk ke sana, seorang jururawat yang ayu sudah datang menemaninya duduk-duduk di anjung.
Begitulah, mereka berdua duduk bersebelahan sambil menatap matahari yang hendak terbenam. Tiba-tiba Pak Ali menyengetkan badannya ke kanan.
Si jururawat dengan cekap menangkapnya agar tidak terjatuh dan menegakkan badannya kembali. Beberapa saat kemudian kembali Pak Ali menyengetkan badannya, kali ini ke kiri. Kembali dengan tangkas si jururawat menegakkannya kembali. Begitulah terjadi selama beberapa minit.
Akhirnya si jururawat membawa Pak Ali kembali ke biliknya. Keesokan harinya, anaknya datang melawat.

" Bagaimana keadaan ayah di sini? " tanya anaknya.
" Seronok. Tilamnya empuk, makanannya enak, jururawatnya manis-manis. Tapi ada satu masalah "
" Masalah apa ayah? "
" Mereka tidak mengizinkan ayah kentut di sini "



Suami Isteri sama curang !


Mimi: Abang Joe.. jom la datang rumah I.. I rindu la.. lagi pun suami I pergi oversea tadi..
Joe: Baiklah, malam esok abang pergi tau.. nanti pandai la abang kelentong isteri abang tu.
Mimi: Oh ya.. sebelum datang esok, abang cukur misai kasi licin dulu tau. Abang tahu kan, I suka lelaki yang babyface!
Joe: Alamak.. yang ni susah sikit. Isteri abang suka abang simpan misai cari makan ni, nanti dia marah pulak.
Mimi: Alaaaa.. abang ni nak jumpa I ke, tak nak ni?
Joe: Okeylah! Okeylah sayang. Mimi punya pasal.. apa saja abang sanggup!

Keesokan paginya, semasa Joe hendak pergi ke pejabat dia telah berpesan kepada isterinya, dia terpaksa pulang lewat malam nanti sebab ada 'mesyuarat tergempar'. Semasa di pejabatnya, Joe telah bertindak mencukur misainya sampai licin. Malam itu Joe berdondang sayang dengan Mimi sampai dinihari.
Pukul 4 pagi, ketika Joe balik ke rumahnya, bilik tidurnya gelap. Perlahan-lahan Joe salin baju dan naik ke katil senyap-senyap.
Tiba-tiba isterinya tersedar lalu meraba-raba muka Joe yang licin dalam gelap sambil berkata:


" Kenapa kau tak balik-balik lagi Farid.. kejap lagi suami akak balik..!"

..huh. apa nak jadilah. suami isteri curang. heheh. yg kantoi dungunya, si isteri le. huhu! pdn muka si suami, sapa suruh curang jugak! tu lah balasan.