▷▷20100731

Kau sumpit aku senyum je

Salam hari sabtu! hari orang kahwin. hari cite hindustan kat tv3. KAHKAH! oke la, aku tanak buang masa. meh layan je gambar di bawah.


ini gambar yang SANGKEKASIH edit untuk aku. 

ini pulak gambar yang aku edit untuk SANGKEKASIH.

p/s: dia punya lagi cantik kan? huhui.




▷▷20100730

Aku suda jadi DJ ?

Salam sume. oke ini entry ke 417. banyak banyak dan makin banyakk! hoyeahh ! KAHKAHKAH! oke bagi aku gelak kejap. sebab masih terasa seronoknya ni.


korang nak tawu tak? aku terasa macam nak tarik balik je entry aku yang tentang tentang diri aku disebalik dunia blogging tu! pasaipa? sebab tiba-tiba aku bole bertukar watak! KAHKAH!






aku yang pendiam serta pemalu ni, tiba-tiba bole jadi dj? KAHKAH! serius aku sendiri macam tak caya. oke, aku ngaku, aku memang pendiam. tapi bila aku da mula bercakap, aku akan terus bercakap tanpa henti walaupun otak aku blur da tatawu nak cakap apa. KAHKAH!


macam malam tadi. oke mula-mula belajar je dari dj kubi tu buat itu buat ini nak control lagu la apa la. sekali tiba-tiba dia suruh aku jadi dj secara live dalam radio GOMOfm tu! arghh! dia tatau agaknya jantung aku macam nak gugur.


menggigil tangan aku. tapi aku sedaya upaya control suara, control percakapan. KAHKAH! sampaikan ada pendengar tu tegur, dengar suara aku terketar! KAHKAH! serius aku berdebar. tapi aku tetap teruskan.






debaran tu cuma berlaku dalam masa 15 minit kot. pastu aku da makin seronok. mula-mula ingat nak men dj kejap je. tapi disebabkan da syok bercakap, layan pendengar, tunaikan permintaan lagu, aku jadi makin bersemangat. hei betul la, men dj ni memang menyeronokkan!


lagi-lagi bila aku tengok kawan-kawan blog yang memang aku kenal ada datang join sama, geng-geng GENGBLOGGER macam akmalhacks,kumbang jingga ada turun join sama, lagii la aku bersemangat nak men dj. ini semua ajaran daripada dj kubi yang banyak buang masa layan kerenah aku untuk men dj ni.


ada ke dia cakap, dalam banyak-banyak murid dia, aku paling banyak bercakap! KAHKAH! sebab masa buat testing dengan dia, aku da rasa real. rasa seronok bercakap sorang-sorang. tapi serius, aku malu nak dengar suara sendiri! KAHKAH!


tapi ada orang cakap suara aku sedap! arghhh! perli la tu! KAHKAH! apa-apa hal pun, men dj memang tersangat menyeronokkan! terima kasih pada yang sudi mendengar di GOMOfm GOMO SAMPAI BERBUIH! KAHKAH!


-sekian-

▷▷20100729

Jom tukar banner dengan GOMOfm !

-KAMI AKAN LETAK PADA DUA BAHAGIAN, DI BAHAGIAN ATAS CHATBOX DAN DI SIDEBAR-


Salam geng GOMOfm! oke, kali ni nak bagitawu. ada lagi satu kami nak war-warkan. bahawasanyaaaa kami da bina 1 page khas bagi mengisi segala banner geng-geng GOMOfm. macam mana rupa page tu? simple je. memang nak fokus pada banner saje. tengok kat bawah ye.
klik gambar untuk terus ke page banner itu.
jadi, cemana? ada bran nak letak banner situ? ekekekek. kalo terasa nak letak banner di situ, sila-sila klik gambar bawah ini. atau terus direct je jerit pada facebook kami di sini.
dan ini dikhaskan untuk kita saling tukar menukar banner. jadi untuk ambil banner kami, ia ada di mana-mana page yang kami ada. dalam page utama ni juga ada. jika sudah letakkan banner kami, cepat-cepat jerit pada facebook kami. dengan pantas kami letak banner kamu di page kami ye. :)
lebih baik jika sambil jerit sambil letak banner kamu. mekaseh. :))

* banner anda akan dipaparkan di muka utama selama 2 minggu. kemudian akan disumbatkan ke dalam page khas itu. mekaseh.

▷▷20100728

Diri aku disebalik dunia blogging !

Salam semua! oke ini entry ke 415. hoho! makin manyak entry aku. yeahh! kali ni aku nak cite serba sedikit tentang diri aku disebalik dunia blog ini! 

Aku ni sebenarnya sangat-sangat pendiam. aku sangat kurang bercakap. ala-ala tak bercakap terus pun ada. tapi tu la, panas baran masih bertakhta! tiba-tiba je bole malatop!

apa kerja yang aku buat, aku akan buat dulu. pastu baru tanya pendapat. dan jenis aku, apa saje pendapat orang, aku amik kisah. misalnya, " eh ko tayah letak header la, bukan cantik pun " dengan serta merta aku buang! [ plis jangan cakap cmtu! KAHKAH! ]

pastu aku paling suka buat kerja belakang tabir. kenapa? sebab aku pemalu weyh! oke, sila percaya dengan penipuan aku tu! KAHKAH! tapi aku ada sikit la malu. eh banyak la. apa sikit lak!
dari sini korang bole tengok betapa pemalunya aku kan? kan? sila kata 'kan!' ;D

lagi satu masa tengah marah pun, korang masih bole tengok rupa aku sedang senyum! begini! pandang bawah le.

oke senyuman paling tak ikhlas aku lemparkan sebab terpaksa senyum sorang-sorang.

tapi senyuman yang aku lemparkan tika marah hanya berusia 2 saat kemudian memek muka aku akan berubah jadi naga! KAHKAH! mana tahan senyum lama-lama. hoho! oke buat masa ni, ini dulu aku nak cite pasal diri aku disebalik dunia blog.

-sekian-

▷▷20100727

Berita gembira waklu!

Oke ini entry ke 414. makin lame makin banyak kan? see? terbukti aku rajin mengepost! KAHKAH! oke oke. mai baca sini. kisah anak yang hampeh!


Sekembali Rosyam dari sekolah... dia terus menghampiri papanya.
Rosyam : "Papa, saya ada berita gembira buat Papa!"
Papa : "Wow.. berita gembira apa tu?"
Rosyam : "Papa ingat tak wang hadiah RM 1000.00 yang Papa janjikan kalau saya lulus periksa?"
Papa : "Tentu papa ingat."
Rosyam : "Kalau begitu, Papa boleh simpan wang itu." 





Biasalah, kalau SYAITAN da jadi saudara rapat !

Kadang aku pelik. bila fikir-fikirkan, apa dosa aku? apa salah aku? sampai aku diperlakukan macam ni? kalau tak suka, kenapa perlu wujudkan aku? kenapa? salah ke aku tolong? berbakti? salah? kenapa mesti nak jatuhkan aku?


Tapi kan, sabar. sabar itu kunci utama betui tak? kerana Tuhan berpihak pada yang sabar. kemenangan akan berpihak pada yang sabar. pendengki-pendengki ni dapat apa? kepuasan? sampai bila? hasut sana sini. kerja siapa tu kalau bukan kerja SYAITAN???


oke. orang yang macam ni, bole dikategorikan sebagai seorang yang da hitam hatinya. gelap. takde sinar cahaya iman. sebab tu penuh dengan hasutan, penuh dengan dengki. SYAITAN da memenuhi setiap genap ruang hati dia. oke, clap clap! << setan cakap la.


apa yang bole kita ucap pada orang macam ni selain, TAHNIAH! sebab apa? sebab dia berjaya mengajak SYAITAN supaya menjadi SAUDARA dia! bukan sahabat lagi da! oke clap clap lagi! tahniah babe! memang bravo mu ni! jadi, teruskan usahamu.


selagi wujudnya SYAITAN, selagi itu kamu akan teruskan kan? tapi, ada tapi tau, SYAITAN tak mati sampai tibanya kiamat, kamu?? anytime sayang. anytime!! hmm, sempat tak agak-agak nak taubat? erk, lupa la, SYAITAN kan ada. dia bole tolong kan? dia kan pemberi janji semanis-manisnya dan kamu la SAUDARA dia yang dia sayang!


so, bravo bravo! clap clap clap to this people. niat dia murni. nak tolong orang. tapi dengan cara menjatuhkan orang lain. huihhh memang murni tau. so, teruskanlah ye sayang!


-sekian-

▷▷20100726

Gomo dia sampai berbuih !

Assalamualaikum! oke ini entry ke 412. KAHKAH! aku pun tak paham kenapa aku asik bagitawu aku punya entry ke bape. sebenarnya, aku asik terlepas pandang entry yang da genap. contoh, yang ke 100 ke, yang ke 200 ke, sbb aku nak buat 1 entry khas, tapi asik terlepas pandangggggg je!


skang aku nak remind diri setiap kali nak post entry. ngeh ngeh. korang pun bole tawu kan. oke, cukup! aku nak cite mengapakah aku tidak langsung menjengah korang atau belog aku sendiri? kenapa? entry pun kering.


hoh! aku bizi dek oi. bizi buat apa? bizi menganga! KAHKAH! tadok la. aku baru dapat tawu si KUBI ketua geng KAMBING tu telah mewarwarkan bahawa sudah wujud 1 radio baru. GOMOfm namanya. wah wah. tagline pun, GOMO SAMPAI BERBUIH! huahua! cis.


jadi, disebabkan KUBI ni rakan blogger aku jugak, aku pun nak promo GOMOfm ni kan. mana tawu GOMOfm ni naik nanti, aku pun bole glamour. KAHKAH! oke aku sangat perasan! tibai aku skang! :p




dah dah. korang klik je gambar tu. akan terus menuju ke belog rasmi GOMOfm. insyaAllah bole layannnn!! semoga terhibur!

▷▷20100723

Belog aku suda ringan tak?


wah wah! nampak tak tu?? belog aku suda semakin ringan. mudah dibuka serta enak dibaca. KUANGKUANGKUANG! tapi tatau la entry-entry aku enak dibaca atau tak. tu terpulang kat korang oke. 

haa! belog aku ringan tak bagi korang? bagi pendapat meh. mekaseh.

-sekian-

Mencarut memang besh kan?

Salam. oke ini entry ke 410. wow! manyak betui. KAHKAH! tah pape je aku post entry-entry sebelum ni kan? oke oke, korang-korang kan, dalam hidup, penah tak dengar orang mencarut? dalam keadaan tertentu. penah tak? aku? selalu sangat! meh aku senaraikan.



oke baca dengan penuh perasaan.

BAB 1
" Apa kau masak ni?? rasa macam puki!! "
" Mak aihhhh. tak sedapnya!! kau tau tak macam rasa taik babi!!!?? "
" Pedasnyaaaaaaaaa!!! macam rasa racun!! "


[apa ke penah tak korang dengar orang mencarut macam ni masa dia tengah marah? oke oke. aku nak tanya la, penah ke dia rasa semua tu. waduh waduhh. amatlah pelik!]


BAB 2
" Ahhh. dia tu memang. slalu cakap bahasa macam pantat! "


[Ya Allah! penah wujud ke BAHASA PANTAT? bagaimanakah?? bole terangkan? KAHKAH]


BAB 3
" Ek elehhh. bajek bagus je budak tu. muka macam palat! "


[Muka macam palat? bole terangkan sekali lagi? cemana rupa dia? KAHKAH!]



agak-agak la kalo nak marah pun. mende2 haram jugak nak disebut. dah tu, siap rasa. apa ke pelik la orang yang baran tahap camni kan.



[ maaf agak kasar ]




-sekian-

▷▷20100722

Suka-suka kutuk gemuk kan!

Kenapa? mengapa? why??? arrrrrr. ai sedey noks. mengapa? mengapa kutuk boypi ai?? jaatnye. ada ke fatut! tak suka! tak suka! tak suka!


see? dia kata boypi ai gemuk?? dem!!

kalo takat yu nak rogol jiran yu ke, nak carik tafsir bini yu kena rogol ke, nak tawu cemana nak rogol ke, ai tak kisah oke! lantak yu la! nak rogolrogol kat belog ai. tapi tapi, kenapa nak rogol boypi ai? kenapa??

err bukan rogol, tapi kutuk dia. helo! ai je bole kutuk dia oke. nak cakap dia montel ke, muncit ke, ai je bole!! orang lain tak bole! arr ai nak nangish! mencik mencik! sudah! ai majok. pasni ai tanak post entry lagik!

besok ai post balik. huh! marah ni. mencik mencik!

-oke sumpah gedik nak mampos aku da bape kali muntahdarah jadi wane hijau da!-

-sekian-

JiwaBawang plus SHOPPING !!

entry ini ada sedikit jiwabawang = jiwang!


Assalamualaikum. untuk permulaan, aku nak bagitawu, SANGKEKASIH da pegi camping. masuk ke hutan. ada la dalam 3 hari tak dapat contact langsung dengan beliau.


alangkah ketidak keruan aku dibuatnya. tak penahpenah kitorang tak contact lebih dari sehari oke. harihari memang gado. tapi tatap akan baik. takkan biarkan sampai lebih sehari. tapi ni, waduhwaduh nak tanggung rindurinduan tu agak susah la.




walau kitorang da setahun lebih, tapi perasaan ni tak pernah berkurang, tak penah rasa bosan. dan dan yang paling seronok, kitorang rasa macam baru bulan lepas couple. rasa freshh je. 


da ramai da cakap, diorang sangka hubungan kitorang ni baru je lagi, padahal da bertahun. HUAHUA! si SANGKEKASIH tu la sentiasa pandai menghangatkan suasana waduhwaduh!






dan dan INSYAALLAH, besok waktu orang solat jumaat, aku nak pegi BATUPAHAT. nak pi shoppingggg!! SANGKEKASIH ada cakap, shopping dengan dia je. hmm takkan asik dia je nak blanje kan. so so, aku amik kesempatan ni, sementara tak dapat contact dengan dia, aku nak isi masa dengan kakak aku pulok.


nak ajak dia tengok wayang jugak. hmm nak tengok cite apa ye? INCEPTION da setel. TWILIGHT ramai yang cakap tak besh. nak tengok apa ni? cite katun kot. akak aku suka katun. kesian dia, asik tengok aksi je. tak dapat2 tengok katun. nak buat macam mana, adiknya suka GANASSSSZ! KEHKEH!






yang pasti, aku da target, kasut untuk aku dan akak aku, handbag aku, dan dan dan WAYANGG!! kalo sempat, nak karoke skali. peh peh!! bermakna ni saatsaat diisi bersama hanya dengan kakak aku! ilapu tawu! habisla besok ribot topan kalo aku karoke. siap sedia la ye.


-sekian-

BACA jangan tak BACA


1-  Nak koba kek ekau nih.. baco nombo 5.
2-  Mmm.. camno yo nak koba? Ekau baco la nombo 8.
3-  Ekau ni memang nak tau sangat ko, cmtu ekau baco nombo 9.
4-  Sabar, jangan poning-poning baik ekau baco nombo 15.
5-  Camno yo nak koba, ko baco nombo 17 ek!
6-  Eden cakap sekarang tapi soblom tu baik ekau baco nombo 16.
7-  Kojap laie eden koba tapi ekau baco nombo 2 dulu.
8-  Takdo la poting sangat tapi kalau ekau nak tau ko baco nombo 4 yo.
9-  Ko ni macam berdebar jo, tak payah la sampai tahap camtu.. camni la ko baco jo nombo 18.
10-  Okey sekrang ekau baco lak nombo 19.
11-  Jangan mengalah, dah separuh jalan ekau usoho jadi sekarang ko baco lak nombo 13.
12-  Okey-okey, sobona eh, eh, baco la nombo 3 dulu.
13-  Last..last nombo 20.
14-  Penat kan baca, sekrang ekau baco nombo 1.
15-  Poning ko? Takpo ekau baco nombo 6 dulu.
16-  Ekau tak paham ko? Takpo ekau baco nombo 12.
17-  Aduihh..nak koba nih ekau baco nombo 7.
18-  Eden tak paham, kalo ko paham ko baco nombo 10.
19-  Okey, sekarang ekau tarik nafas panjang-panjang, lepas tu ekau baco nombo 11. Dengan tonang tau.
20-  Hehe. jangan la marah, okey nak sudah dah..ekau read nombo 14. ingat 14 tau bukan nombo 1.

KIHKIHKIH. padan muka u all. ;p

Muka aku bila da marah !

Oke ini entry ke 406. harap maklum. peh peh aku hebat! nak bagitawu ni. aku dalam mood marah ni. sangat marah. oke, bila aku marah aku mula tunjuk memek muka. seperti mereka-mereka itu la.


hepp hepp. sapa ajau buat camtu? sapa?? ai tak buat cmtu sayang.

oke lebih kurang cmni la muka marah aku. hattoi kesomelan betui

tapi aku takkan buat muka macam ni. ala-ala terlalu somel gitu. zasssssss!

oke yang ini memang bertepatan dengan muka aku. mekaseh.

-sekian-



▷▷20100721

Suatu Masa nanti..





Amy Search - suatu masa


lagu ni menusuk kalbu jiwa raga jiwa bawang aku!! [ jiwa + bawang = jiwang ]. tatawu nak tuju kat sapa. kat SANGKEKASIH dan korang la. layannnnnnn !

Temuduga ku mencabar!

Assalamualaikum. berikutan dengan kisah yang aku gi temuduga tu kan. oke pagi tadi temuduga. ceh, bukanla temuduga sangat.


kitorang dinilai dengan cara buat surat. aku punya nak dihantar pada TIMBALAN PERDANA MENTERI tu. KAHKAH! peh peh aku men hentam keromo jela kawan. yang calon-calon lain tatawu la. menteri-menteri jugak.



see? mana ada no rujukan kan? kan? cis cis

tapi masing-masing da sengih2 bagai. diorang kata, dengan menggigilnya terus lupa cemana nak buat surat. KAHKAH! ampagas betui. siap kena marah tu, sebab tak buat no rujukan. ades. masa skola dulu mana ada letak no rujukan dalam surat kiriman rasmi. sila salahkan cikgu! LALALALA!


lebih kurang cmni la suasana tadi. ada 2 orang laki. tapi aku perempuan. diulangi, PEREMPUAN. dan dan aku tak nyanyi cmtu la. KIHKIH!


aku orang pertama ditemuduga la. sebab aku orang pertama siap buat surat. tahapapapa punya surat daa aku buat. tatawu la dapat ke tak. tengok-tengok, macam tade harapan. gaji pun ciput siol. ciput bebeno. aku pun pk dua tiga patblas kali nak ke tanak. KAHKAH!


tapi kalo dapat, pegi jela. at least, menimba pengalaman. eceh! so so, doakan jela aku dapat. bole? asik doa je, dapat pahala u all ni tau! ;p


-sekian-

▷▷20100720

Cara-cara menghilangkan rasa bosan !

Aku kalo da boring, aku akan buat muka macam ni dulu.



pastu aku mula mengkreatifkan diri dengan buat mende-mende camni.


bila da bosan jadi kreatif aku akan baca artikel ni pulok !


dah tu. aku akan cari mangsa untuk menghilangkan rasa boring ni.


bila dia terkencing2 ketakutan, mula aku meneruskan usaha untuk menjahanamkan orang dengan melakukan ini.


ha! bila dia suda menunjukkan sindrom nak kojol segera aku melarikan diri. pastu aku cari mat bangla untuk menyedekahkan senyuman.


tapi dia menyampah dengan senyuman aku. nak buat macam mana kan? errr, macam muka SANGKEKASIH la mat bangla ni. larikkkkkkkkkkkkkkkk [sebelum MISTA FAIZ TEMPELENG AKU].

-sekian-

Page aku 1st result kat GOOGLE?

Assalamualaikum! nokk! nak tawu tak. tadi aku gatai-gatai la p kat GOOGLE kan. saje taiptaip eciz. nokk, yang keluar tu 1st result tu. NISECA SUKA MERAPU! nokk, sebelum ni aku susah betui nak jumpa belog aku betui2 atas. banyak entry jela naik.


see? see the belog la. KAHKAH! suka aku nokk! 1st result gitu. senyum ni senyum.

pastu kan nokk. aku gataikan tangan lagi taiptaip NISECA. waduh waduh nokkkk. 1st result jugak nokk!! sebelum ni jangan harap nak jumpa le kat 1st page tu. entry pun tak naik kalau search NISECA je. apa ke kembang la idong aku nokk!

see lagi? see the laut nokk! i loikee!

ni sume berkat doa mak abah serta kawan-kawan, euuuuw aku geli noks. bukanbukan, ni sume korang la punya pasal! rajin menjengah belog aku. peh peh. tenkiuu sangat lahhh! meh meh kembangkan idong sesama. -0o- << see? my l0bang id0ng kekembangan.

apaapa pun, aku takkan siakan korang oke. jangan jemu ye jengah belog ini walau sentiasa betukar wajah. entry tatap tak sama. ada je lain cite nye. w0keh? ilapu. tenkiuuuu!

-sekian-



▷▷20100719

INCEPTION meragut jiwa kacau aku !





kitorang tengok cite INCEPTION pukul 6 petang. mak abah aku duk tunggu dalam keta je. diorang sanggup tunggu dari masuk wayang tu. huhu. nak buat macam mana kan. aku nak hantar PAH sendiri, dia tak caya. dia nak hantar jugak. ngehehe.


oke yang tak beshnya, aku duk seat baris ke 4 dari depan screen!! tak penah-penah tengok screen secara mendongak weyh. subtitle tu sebaris kepala kitorang. cis cis. akak aku da mual da. aku ni, mungkin sebab terlalu fokus pada cite tu, makanya, tade la aku pening lalat mahupun pening ulat sutera. erk.


cite INCEPTION ni mula-mula dia agak boring. yela, tak paham kan. cite pasal apa sebenarnya ni. rupanya cite pasal mimpi. dia bole control mimpi dia dan bole masuk dalam mimpi orang. kira diorang ni buat sesuatu projek atau nak curi suatu maklumat dengan cara masuk dalam mimpi orang tu la. 


ni dalam mimpi pertama diorang


bagi aku, cite tu bermula masa cite tu da pertengahan. kira diorang nak buat mimpi dalam mimpi dalam mimpi. sampai 3 peringkat tu. guna sedatif. aku syak, sedatif tu macam ubat tido kot. so, macam-macam aksi la ada. memang menarik perhatian aku. bunuh-bunuh. tembak-tembak. tumbuk-tumbuk, cium? tadokkk! KAHKAH!


ni dalam mimpi kedua. diorang terapung2 ni sebab dalam mimpi pertama diorang dalam van. van tu dikejar penjahat. jadi bawak van terhoyong-hayang. dalam mimpi kedua diorang rasa mcm terbang2 la. KEHKEH!


senang cite, ending cite ni, bole dikatakan yang jahat pun bole jadi insap disebabkan mimpi dia. yang SAITO tu la, konon dia ni macam jahat, tapi dalam mimpi yang pertama dia kena tembak, dalam mimpi ketiga dia mati. so, diorang ni kalo mati dalam mimpi, hanyut gitu. kena bina hidup sendiri dalam mimpi tu sorang-sorang. sampailahhh dia tua. hidup sorang2.


ni dalam mimpi ketiga. kena berperang bagai. KIHKIH!


bila terjaga pada alam nyata, sumenya termenung. mana taknya, dalam mimpi, diorang alami macam 10 tahun. tapi diorang tido untuk beberapa jam je. aku tertarik la dengan cite ni. walaupun, sepanjang cite ni, ada la dalam 3 pusingan, aku bersin tanpa henti. diulangi, TANPA HENTI!!


sebenarnya, bukan orang dalam cite tu je termenung, aku pun termenung jugak! KAHKAH! memang jenis aku terbawak-bawak sesuatu cite besh tu keluar. ke dunia aku. mula da aku fikir masa tu, aku mimpi ke? punyalahhh teruk anak CIK MAD DAUD ni! 


pelakon utama dalam utama ialah JACK DAWSON! sapekah? yang memegang watak JACK DAWSON dalam filem titanic tu. yang jadi pelukis tu. yang watak utama tu la. I JUMP U JUMP tu! dari mula2 dia terdampar kat pantai dalam cite INCEPTION ni pun, bila dia bukak mata je, hah! JACK! itu dalam hati aku! KAHKAH! tapi muka dia lain sikit la. nampak matang gitu. tapi dia la yang pandai masuk dalam mimpi orang.


OKE SETEL


oke, itu saje yang berlaku sepanjang hari semalam dan semalam lagi. sebab tu aku tadok online. masa diisi dengan penuh saat berharga!! serius, ia saat yang sangat menyeronokkan!!