▷▷20100330

Hina kan orang gemuk ni?

kenapa aku cakap macam tu?
sebabnya, seingat & sekuat memori aku, 3x aku dikutuk baekkk punya.
pertama, ada org cakap aku gemuk macam badak sumbu.
kedua, ada org cakap badan aku mcm tong air batu.
ketiga, terlatest, ada org cakap, muka aku mcm ikan buntal, tak comel langsung.

utk yang kali pertama dikutuk, aku menangis sekuat hatiku.
hanya faiz yang mendengar tangisan itu. tapi aku hanya menangis.
utk kali kedua, aku hanya tersenyum. dan terfikir, gemuk sangat ke aku ni?
bila kali ketiga, aku tersenyum. dan terfikir, betul jugak ek. tapi, tiba2 aku menangis.

kenapa? sebab, aku terfikir, apa ke hinanya menjadi orang yang gemok ni?
apakah aku ni pernah meminta-minta duit dari diorang utk aku makan?
adakah aku membuatkan mereka tak boleh tidur sebab tak cukup ruang utk tidur?

aku menangis semahu-mahunya. air mata ni meleleh dengan sendiri. tak henti-henti.
kenapa lah, aku gemok? kemudian di hina.
boleh tak aku beritahu mereka, yang aku ni manusia biasa?
ada hati dan perasaan? kenapa nak samakan dengan binatang?
kalau bergurau, boleh dipertimbangkan. tapi, ini bukan gurauan.

faiz tahu, aku terluka. dia jua yang pujuk aku.
dia cakap, ini cabaran utk aku.
sememangnya aku mahu turunkan berat badan.
tak apalah, tunggu lah. insyaAllah, aku berjaya sahut cabaran ni. ;))

▷▷20100326

Ohh 100 riyal ku!

3 jam penuh menanti bonda tercinta . akhirnya, muncul jua bonda akakk ni.
" Makkkkkk..!! "
huh. akakk ke tu yg menjerit? tidak. tidak. akakk menjerit dalam hati. maka, berlari keBABYan la akakk mendapatkan mak.
" hishhh. mak makin lawo la. telekung ni mak beli kat mana? lip lap lip lap tau. da susut la makkk "
haishhh. ini ke anak yg mengambil berat tentang mak nya? mungkin tidakk. tapi itulah akakk. suka tgk luaran dulu. baru tanya dalaman. hadoi.
" mak sihattt? mcm mana dekat sana? seronokkk? "
akhirnya. adakah akakk yg bertanya soalan itu? percayalahhh. ;D

blup blap bla bla bla. kami pun naik kereta. huh. dlm kereta, penuh debaran.

" makkk. mak beli apa je dekat sana makk ? " soalan pertama akakk tau!
" ada lah sikit-sikit ." mak akakk jwb selamber. akakk tak puas hatiiii.
" sikit je?? ala makk. bape je habis beli belah makk?? " direct akakk tanya tauu.
" hehehehe. jgn tanya leee " makkk. nape jwb mcm tuu? akakk dah sukaa niiii.
" 3oo? " hah! terus masuk hargaa.
" 3oo? sikit sangat. ada la dlm 2 ribu lebihh. hehehe " gedebukk! bunyi akakk jatuh ke tu?? haha. akakk terperanjat paham?? wow!
** " ni ada baki lagi "
hah. mak keluarkan duit riyalnya. akakk rampas duit tu. sila paham. RAMPAS! haha. akakk kira-kira, ada balance 254 riyal lagi. sedang akakk syok kira, tiba2..

.. tangan kanan akakk. tangan halal. tangan menyuap nasi ke mulut. tangan berjabat salam. dah! cukup. merapu dah akakk.
sedang mengambil 1 keping duit riyal bonda! 100! apa ni? begitu kejam?? selebihnya, akakk pulangkan. mak simpan duitnya tanpa periksa bakinya.


akakk tersenyum bangga. dpt meRAMPAS 100 riyal makk. haha. berdosa kah aku? OF COURSEEE!!

blup blip blip pin pin pon pon! kami sampai ke rumah. borak2. gosip2. tidur..

esoknya. sedang enak akakk meneguk air paling sedap, air masak, tiba2 dengar mak berkata2 dalam biliknya.

" eh, mana duit lagi 100 riyal aku ni? " hah! terbeliak mata akakk. air yg akakk minum jd tak sedappp! gulp!
" ni mesti.. eca..!! eca..!! awak ambik duit 100 riyal mak ye? " ahhh. terkantoi di situ. mana mak dpt hidu ni? tangan! kau ke yg bgtau mak? hampeh! mrh tangan? apa suda jd? biol? lantak kan..
" a'ah.. " begitu selamber akakk menjawab. hamboi hamboi hamboi. tak rasa bersalah ke kakk oiiii?
" bak sini . ni ambik yang lain kalau nk buat kenangan pun " hadoi. melepas. tak bulehhhhh. tak nak tukarrrr.
" tak nak lah. bia la eca simpan. bukan nak tukar duit malaysia punnnn " dlm hati ku, adoiiiiiii. nak tukar jugakkk!

.. mak diam? ertinya?? mak bagi le tuuuu!! hahahaha. maka, duit ni, jadi halal!!! akakk dah suka di situ!!

pon pon pon ponnnnnn. haha. esoknya, akakk bercadang nak ke labis. mau beli sedikit barang. borak punya borak sama mak. tiba2..

" hmm. nanti awak tukar jela duit tu. awak ambik la duitnya. " kau tengok di situ!!! mak akakk lah the best u know!! hahah! akakk memang suka!!

jadi, akakk bolehlah tukar duit ni dengan rasa penuh TAK bersalah okey! haha. bkn apa, akakk tengah kering. almaklum, cuaca panas kan. maka, semuanya kering. yg akakk peliknya, knp badan akakk tak kering2? arghh! jagalah!
okeylah. itu saje yg akakk nak kongsikan. seronoknyaaa! jangan jelesss. ;p



▷▷20100320

Selamat tinggal faiz . T_T

Tit tit [ bunyi nada msg hp ]

** Terima kasih untuk segalanya. saya sayang awak. tapi saya lebih sayangkan masa depan saya.. **

... ha?? knp dia hantar msg mcm ni?
[ reply ]

** Kenapa ni sayang? ada masalah ke? **
** Kita mesti berpisah untuk masa depan yang lebih terjamin **
** Kenapa? ayg kacau abi ke selama ni? **
** Maafkan saya. bye **

... uhhh. pilunya hati ini tak terperi. setelah setahun bersama, ditinggalkan macam tu aje. apakah ini agenda dia selama ini? membuatkan aku menyayanginya sedalam hatiku, kemudian tinggalkan aku terkontang-kanting? apakah malang..

[ terus call ]

aku: sayang. kenapa ni?
dia: tak ada apa-apa. jangan panggil aku sayang.
aku: kenapa ni?? [ nada pilu.. ]
dia: kita memang tak serasi. aku tunggu je saat ni. aku sabar je setahun ni.
aku: kenapa buat macam ni?.. [ tersedu.. ]
dia: dah. dah! jangan nak nangis pulak!
aku: ... sampai hati.. [ terus menangis.. ]
dia: dah! bye. [ off call ]!

... semalam aku gembira bagaikan dunia labis ini aku yang punya! tapi hari ini, dia buatkan aku menangis dan terus menangis. hujan ini tidak henti, bagaikan menuruti hati yang terlalu pilu ini.

***

Tok tok tok [ bunyi pintu bilik diketuk ]

eca..! eca..! [ hah! suara abah! ]
eca..! ooooo eca..! bangun..! sembahyang subuh..!!

... aduhhh. mimpi rupanya! apalah. punyalah excited semalam, mlmnya boleh mimpi kena tinggal. adoi! abah ni, potong betul. baru nak feel menangis. kihkihkih~

sebenarnya, aku terfikir-fikir, hari ni faiz akan meninggalkan aku. uhhh. tinggalkan tempat je. dia nak balik jitra dahhhh. hekhek. jgn mareeee ~

▷▷20100319

* Happy 1st Anniversary Sayang *

Setahun yang lalu..

Tanggal 130209
aku ditakdirkan berhubung semula dengan seorang kawan lama bernama Muhammad Faiz bin Moh@Mohd Shah. mula-mula aku sangkakan dia sombong tau. rupanya, dia ni seorang yang pemalu. dan masa-masa aku menggelar dia sombong, dia sedang setia dengan kekasihnya. ahhh. tak kuasa akak nak tahu. kuang kuang kuang. dia cakap, dia dah banyak kali tukar nombor handphone, tukar handphone, tapi satu nombor je masih tetap berada dalam simpanannya, iaitu, malas akak nak cakap, AKAK LAH SAPA LAGI KANNN. kuikui. kami jadi semakin rapat bila, xbf aku bernama Shahridzuan memutuskan hubungan dengan aku. huihui. akak sedih juga masa tu. yela kan, orang tak nak dengan kita. INGAT AKAK KISAH SANGAT?? hukhuk. tapi tak apa, dah ada yang baru pun. tapi belum la couple kan. ala-ala angau gitu. tak kuasa akak. kihkih~

Tanggal 190309
aku datang ke rumah faiz. hanya untuk bertemu dia. kebetulan, mak aku nak jumpa kawan dia. berhampiran dengan rumah faiz. masa tu, kami malu-malu sangat. macam orang yang kali pertama berjumpa. :)
dan hari ini juga, aku ditabalkan sebagai kekasih hati faiz. kami COUPLE! seronok!
ni sikit lah dialog kami yang aku masih ingat. errr, akak copy paste je dari posting setahun lalu. ngehngeh;

aku : ko kata, kalo jumpa, nak declare. [dgn selamba+sipu2]
dia : [tersipu2] err. a'ah ek. err. [merah suda muka nya] hahaha. [tb2 gelak.!]
aku : merahnya muka. hahaha. [tolong gelak sama]
dia : ermm. sudi tak kau jadi kekasih hati aku? [selamba tp muka merah padam]
aku : err. mestilah sudi. [tesenyum malu]
dia : [dgn selamba] mak aih. jiwang smcm. mcm klaka plak. hahaha
aku : tahu xpe. hahaha

masa tu, kami ber HAHAHA saja. malu lah katakan. ahh. tak kuasa akak tau. muka masing2, mmg merah padam. dia tu dah lah pemalu, i likeee!! haha. ha, ni lah gambar kami setahun yang lalu.

see? muka kami. pergh! memang malu-malu. tak boleh control memek muka. haha. yes yes.

Tanggal 200309
ditakdirkan, aku kena pergi ke kampung tengah. tidur rumah makcik kawan sekampung aku. kerana, 2 hari aku kena pergi kursus kawin.[aku mentionkan KURSUS KAHWIN?] ngeh ngeh. utk persediaan masa depan je. bukannya tak sabar-sabar okey. kalau itu pun, ye jugak kot. alahhh. malas akak. hakhak. sambung cerita, bila sampai je di segamat, aku terus jumpa dengan faiz. seronok. berjalan saja kerja kami. tapi aku tak selesa, dengan badan melekit nya, dengan bapak aku asik call. normah pulak nak balik lambat. jadi, aku singgah ke rumah faiz. hilangkan rasa boring. lepak kat luar jela bertemankan angin sepoi-sepoi bahasa tamil. hekhek. bila semuanya kawan aku dah setel, aku boleh balik. maka aku balik dengan rasa malu dengan makcik normah. rupanya, nothing yang berlaku.

Tanggal 220309
aku nak balik ke labis. hah. ada aku beritahu tak? yang jauhnya labis dan segamat ialah kira-kira 40km. huish. jauhnyeeee. ngeh ngeh. sangat jauh bagi aku dan si faiz ni. tapi sebelum balik ke labis, sempat jumpa faiz. kat rock garden. bertenggek atas moto masing2. hehe. saje melepaskan rindu. dpt tgk muka pun jadila. :D then balik. :)

Tanggal 040409
q dtg ke rumah. siapa q? ouh. kawan aku le. baik juga. comel. sopan. heii, akak puji dia ke? alahh. akak saje je nak glamourkan beliau. masalahnya, belogg akak ni, GLAMOUR KEE? hukhuk. berbalik pada cerita, aku terus turun segamat. dpt jumpa faiz lagi. kali ni, double date. aku dengan faiz. q dengan apiz. siapa apiz? kawan faiz yang faiz kenalkan pada q. ala-ala kenen-kenen gitu. hikhik. baik kan kami? ahh. tak kuasa akakkk. yang ta saba nak jumpa ialah kami. maklumlah, rindu gila. :D rindu sangat kat cintaku itu. mula2 lepak kat nanyang. pastu lepak kat rock garden. aku dengan faiz jalan2. kejap je. patu lepak sama2 dengan q. amik2 gbr kejap. :) patu, balik.

Tanggal 050409
hantar q ke basten segamat. da teruja jumpa faiz. 1x si mamat ni boleh buat muka pulak. kalau muka kacak tak apa, ni muka seposen yang memang mintak penampauu! ahh. gerammnya akak. mmg nak kena. aku teruslah balik. tak kuasa nak tunggu kat situ lagi. bai bai q. itu je aku cakap. sakitnya hati tak terperi. masa nak balik, sempat lagi aku kena ngorat! hadoi. tau jela, muka manis aku ni, bila masam mencuka, da rupa kucing tak lepas buang air besar. wahhhh. sopan ayat akakkk. ada sorang mamat tu tegur, kak, senyum sikit. bila aku dah senyum, comelnya diaaa. ni yang akak malas ni. orang dah puji. berjela senyuman akak. warkah kah kah. sila cakap akak perasan, cepat! haha. maka, dah balik rumah, seharian aku diamkan diri. nangis gak aku. geram punya pasal. bersalah betul dia. [PADAN MUKA!] konon2, rasa serik la nak jumpa. haha. tp, taley la. rindu kuasai diri. hadoi!

Tanggal 070409
mak aku ke jb. balik hari je. aku apa lagi. pg2 buat keje rumah siap2. tepat pukul 10pg, kuar jumpa faiz. semuanya berjalan lancar. jalan punya jalan, pk nak pegi bekok. 1x, ada pokok tumbang pulak. da ta dapat. last2, pegi taka melor je. haha. amik gbr kat citu. fun gila ah. besh2. hari ni, adalah hari indah tau [setelah bergaduh la]


Hari ini..

Aku menjadi insan yang paling di sayangi faiz. dah tak ada malu-malu. tapi berdebar-debar tetap ada. hari-hari bergaduh. kadang2 gaduh manja. kadang2 gaduh nak bertumbuk. uhhh~ kami memang nampak serius. pernah 2x gaduh di tahap ingin sangat melepaskannya pergi. aduhai. sakitnya hati. tapi tak berpanjangan. faiz lah yang selalu mengalah. dia memang baik orangnya. tak dinafikan, aku terasa diri ini tersangat bertuah memiliki dia. dia baik, jujur, setia. alhamdulillah, ciri-ciri lelaki idaman aku, ada pada dia. aku memang tak sempurna, untuk memiliki lelaki sempurna. tapi, aku kira untung pe, dapat dia. ngeh ngeh~ walau dia garang macam singa sedang lapo, tapi aku tetap sayangkan dia. abi, 2 tahun lagi kan? ayg tungguuuu~ tata. ;))

abi, HAPPY 1ST ANNIVERSARY SAYANG..!

▷▷20100309

Laman Sosialkuu~

Bosan ouh bosan.

Kenapa? Sbb aku ni mudah sgt bosan.

Aku ni pendiam. Tak pandai bergaul sgt.

Bila cuba nak bergaul, org tak layan.

Maka, dengan pantas aku jadi bosan. Huhu~

Jadi, tak hairanlah, kalo banyak laman sosial yg aku tahu, pernah kunjungi, pernah join tapi jaranglah lekat.

Kecualilah ianya ada keseronokan tersendiri.

Laman sosial yang aku masih lagi lekat sampai sekarang ialah,

MYSPACE! sbb, aku boleh buat apa je dgn myspace. aku ni suka edit mengedit. sejak aku tahu cara nk edit & bikin page sendiri, aku makin seronok dgn myspace. aku buat itu buat ini. memang seronok. aku join myspace ni sejak 1 April 2006 lagi. disebabkan itu jugaklah, myspace masih di tempat pertama utk aku sign in! ;)

kedua, BELOGGGG! sbb, aku boleh meluahkan rasa di hati. geram, gembira, rindu, sedih & macam2 perasaan yg ada. aku jadikan belog ni ala2 diari hidup aku. yg boleh dikongsi oleh semua lapisan masyarakat. belog juga boleh di edit page nye. sbb tu aku suka layan belog ni. sekurang2nya, aku tak lah bosan sangat. hehe. belog ni tak payah nk sign in pn tape, kalo sekadar nk tgk perkembangan terbaru kat page. hehe. biasanya, aku akan buka email dulu. kalo ada org komen, baru aku sign in belog ini.~ ;)

ketiga, FACEBOOK! pada mulanya, disebabkan game2 & kuiz2 yang ada. aku jd khayal dgn facebook. lama2, jadi tempat terkumpulnya kawan2 lama aku. kawan dari sekolah rendah yang ramai. tu yg buat aku makin syok nk sign in facebook. kalau korang nak tahu, facebook aku ni, aku hanya akan approve kawan yang aku kenali. means, kawan2 sekolah atau kawan2 yang pernah beramah mesra dengan aku. sbb tu, aku tak letak icon friend request. icon friend request hanya akan dpt ditunjukkan pada org yang pernah add kawan2 aku. means, friend of friend. kalau dia bukan salah seorang dari kawan2 aku, maknanya, dia juga bukan kawan aku. aku akui, jarang org add aku. dan aku akan ignore je kalau ada sapa2 yang tak letak muka sebenar dia. hehe. sorry guys yang cuba nk add aku tu ye. hehe. so, facebook ini hanya akan buka utk contact dengan kawan2 lama aku. tu je. ;)

hanya itulah laman sosial yang aku lekat sampai sekarang. yang lain, mcm FRIENDSTER, TWITTER, TAGGED, HI5, FLICKR, YM & apa2 lagi yang aku tak senaraikan tu, mmg le tak lekat. sbb membosankan. hehe. FYI, semua yang aku senaraikan tu, semuanya ada account aku. hehe. ;))


Ahhha ~ Akk merapu lagiii

Lokasi: Bilik belakang, rumahku syurgaku.
Mood: Keboringan tahap boring.

Hadeis. Da 2 hari ni aku tak keje.
Bosan dokkkk ~
Tapi ahad lepas mmg syok.
Bkn pasal apa, pasalnya aku dapat melepaskan gian nk rosakkan lagu.
Wahhh~ Bunyi cm besh je kn?

AKU PERGI KARAOKEEE~~

Aku tau la suara aku ni up sikit dari siti nurhalijah tu.
Tu yg malas nk tunjuk kat semua.
Bila nyanyi, mmg tak ingat duniawi.
Apatah lagi orang keliling.
Kadang2 rasa kesian kat diorg terpaksa tahan telinga.
Yelah, dengarkan suara aku yang terlampau 'enak'.
Hadeis. Maka diorg pun nyanyi sama utk menutup kesedapan suara aku.
Punyalah baik hati diorg ni.
Nyanyi pnya nyanyi, tak sedar da 2 jam kitorg hentam.
Seronok gila bai.
Yang penting, aku mmg suka rosakkan lagu.

Lirik lain yang keluar, lain yang aku sebut.
Besar suara penyanyi, mcm katak aku buat suaranya. (atau suara mmg mcm katak?)
Whateverlah kak oii. Yang penting suara akk mmg merdu tahuu~
Para sepupu aku semua tak berpuas hati, sbb semua lagu aku nyanyi.
Lagu diorg pn aku hentam, walaupn aku tak reti nk nyanyikannya.
Haha. Kan akk da ckp, akk kalo nynyi tak ingat duniawi & org keliling.

Yang penting akk nk beritahu, karoke mmgggg beshhhh!!

▷▷20100304

" Hanya satu persinggahan "

Salam

" Hanya satu persinggahan "
Apa yg korg semua akan fikir bila baca ungkapan atas ni?
Aku tahu korg akan fikirkan mcm2 andaian.
Okeylah. Pagi ni aku tade mood nk berteka-teki.
Maka, aku nk bagitau, ungkapan kat atas tu adalah satu tajuk lagu.
Yang dinyanyikan oleh sebuah kumpulan bernama "Ekamatra"
Tajuk lagu tu berkenaan satu hubungan yang tak menjadi.
Kira2 terputus di tengah jalan.

Apa yg korang rasa bila hubungan yg korang jalinkan
hanyalah di anggap satu persinggahan?
Setelah mcm2 yang korang lakukan untuk menghangat hubungan tu,
tapi korang hanya dipermainkan.
Mesti sakit hati korang kan?
Lagi2 bila pasangan hanya membisu,
tak contact dengan korang lagi.
Diam je tade apa2 respon.
Rupanya hubungan tu hanyalah satu persinggahan,
di mana, pasangan hanya cari anda bila dia terasa sangat bosan.
Bila dia tade teman, bila dia sakit, bila dia memerlukan seseorang.
Bila dia sedih, bila dia dipinggirkan, bila dia dalam kesusahan.
Barulah dia cari kita. Apa jenis manusia mcm tu kan?

Sangat menyedihkan bila berada dalam situasi itu.
Tapi tape, itu semua dugaan dalam suatu perhubungan.
Apa2 pun, suatu yang berlaku tu boleh buatkan kita lebih berfikiran matang.
Terimalah dengan redha setiap ketentuanNya~

Maka, aku nak bgitau, aku sangat tak suka
suatu yang di anggap
" Hanya satu persinggahan "