▷▷20100528

Bloglist aku tak aktif?? nyah kau!


Salam! haihhh ni nak mengeluhh ni. pasal korang la sape lagi kan. aku ni macam da letih je bila tengok senarai dalam bloglist aku, masih sama tajuknya!


tak aktif langsung! tak semua, tapi hampir semua! lempang nak? lempang. miakakakak jangan mare.


aku cuma nak recycle balik miakakak recycle fulak. nak refresh balik laa bloglist aku. dalam seminggu ni. aku akan perhati satu persatu blog tuu. 


kalau dapati tak aktif, maka out! miakakak. *hey kau hengat kau femes ke nak takutkan orang? miakakakak sebab aku pikir aku tak femes la aku nak out je blog yang tak aktif tuu.




yang aku pasti sangat2, dalam BLOGLIST BEST tu memang aktif miakakak. sebab tu aku letak kat situ, aktif komen kat entry aku pun ye jugakk agagagag KIPAS nii.


yang mantop tuu hmm, okey la diorang femes ekekek tapi tak femes lagi di mata aku miakakak.




yang cun dan cantik tuu pun i like! tapi ada jugak namanya masih tak tertera bukan pe tak aktif hattoii. jadi, tak naik-naik la kann. payah jugak ekekek. 




tu yang aku pikir pasni nak out je mana-mana blog yang tak aktif tu. paling koman pun sedara-sedari, post entry 1hari 1kali pun okey la kan. 




kalau tade idea, meh dtg sini kita borak-borak. kira aktif la kann? ekekek. okey okey itu ajee aku nak cerita baiii


Alahaii panas baran kuu


bila cerita pasal panas baran ni aku adalah seorang yang sangat sukar nak kawal sifat amarah aku nii.  meh aku senaraikan perkara yang luar jangkaan aku buat bila marah aku dah tahap mengaburi pemikiran waras dan penglihatan aku.


hatoii sakit kena lempang miakakakakak. tapi aku tak serupa dengan beruk tu kiakakakak


1- aku pernah lempang muka xbf aku sekuat hati sampai terpusing badan dia sekali sebab masa tu aku terlalu marah pada kawan baik aku. xbf aku tu kononnya nak pujuk aku tapi dia memang salah waktu aku memang terlampau marah akuu terus lempang muka dia. merah mata dia nak pukul aku balik tapi kawan aku tahan dia. dia terus balik. bila cerita balik dia cakap memang sakit sangat pukulan aku tu sebab orang tengah marah kan


2- hp aku yang dulu-dulu pernah berkecai sebab aku hempas kat dinding. masa tu aku bengang dengan sorang insan ni. selalunya aku baling hp gitu-gitu je. takut rosak. tapi hari tu aku terlampau marah jadi aku hempas sekuat hati aku. tak puas tengok hp tu masih hidup aku amik semula aku hempas lagi dan lagi sampai berkecai. 


alalala tumbuk cmtu laki ko gelak je miakakakak


3- aku pernah tumbuk hp aku sekuat hati sebab charger dia rosak. cocok punya cocok taknak jugak cas. punya lah geram aku tumbuk hp tu konon nak dia rasa sakitlahh. tangan aku takde sakit pun sebab tengah geram kan. hp tu cuma mati je hehe


4- aku pernah hempas laptop sebab aku marahkan membe kat sebelah. masa tu aku tengah mengadap laptop, tiba-tiba dia buat hal geram yang tak tertahan aku terus hempas laptop tu. pastu aku jerit kuat-kuat terus diam membe aku tuu hehe.


5- aku pernah tumbuk kepala aku sendiri sekuat hati sebab masa tu aku kena migrain yang terlampau sakit. tak tahan punya pasal aku terus tumbuk kepala sendiri. dah tu? aku terus terbaring tak boleh bangun. sakitttt. hehe


6- aku pernah hempas gayong sekuat hati sampai gayung tu melantun tinggi nasib baik tak pecah sebab aku tak ingat kenapa aku marah masa tu


7- aku pernah drive laju gila tahap da macam tak takut kemalangan [ sebab aku nii penakut high speed ] sampai orang kat sebelah yang tengah membebel kat aku boleh senyap tak berkata walau sepatah sampailah tiba kat rumah. baru dia sambung balik membebel. 


8- kalau internet lembap untuk kali ketiga aku akan hempas apa yang ada depan mata, biasanya bantal aku tumbuk kuat-kuat. tak pun terus tutup semuanya.


dari 1 hingga 7 zaman aku sekolah, masih belajar kurang matang tak sayang harta benda tak hargai orang. tapi yang no 8 tuu hihi yang sekarang la kira da matang sikit. 


dulu, aku sembur je apa nak cakap, buat je apa yang terlintas kat fikiran. masa tu amarah aku memang menguasai diri. tapi sekarang aku banyak buat terapi diri sendiri


- tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan sambil istighfar
- aku CUBA senyum walaupun biasanya gagal
- aku blah dari tempat yang menaikkan tempreture aku tuu
- aku buat keje lain layan benda lainn
- paling senang, aku TIDUR!


biasanya kalau dah okey, aku akan pergi balik tempat tuu baru boleh senyum dan buat semua secara sopan santun. kalau tak boleh jugak aku buat benda lain. 
kalau gaduh dengan SANGKEKASIH, biasanya dia akan lawan aku sampai aku naik hangin tinggiiiiiii lepas tu dia tinggalkan! dah sejuk aku akan cari dia sendiri. itulah dia sekarang. dulu dia tak paham. masa aku tengah angin, dia masih nak bergurau, nak pujuk ouhhh memang silap. aku ajar dia. tinggalkan je aku buat sementara, bila aku dah sejuk aku sendiri akan pergi cari dia. Alhamdulillah sekarang dia makin memahami. dan aku cuba untuk kurangkan panas baran ini..



Aku ada sakit kulit ke?

Ouhh yeahh baby. hari nii aku nak cerita fasal jari jemari comel aku *comel kee ekekek. hmm jari aku tak macam korang.


err means, jari tapak tangan aku tak macam korang. jari jemari aku disifatkan alah sabun. jadi, jari jemari aku tade cap jari alahaiii sedeynya akakk hattoii. 


bila cuaca ala-ala lembap gitu mulalah jari aku merekahh. masa tu, bila aku sentuh kulit, pehhh rasa macam kertas pasir kuikuikui.


bila cuaca panas, jari aku macam lembap. hmmm dia terbalik dengan cuaca la aku tengok. skang ni jari aku lembap. bila sentuh, lembuttt je tangan aku hehe.


tapi yang tak beshnya jari jemari aku ni mudah luka. bila da luka sakitnya tak terperiii tapi masih boleh tahan walau kening kerut-kerut gitu hihi.


bermula dari ibu jari kanan masa usia aku 12 tahun , tahun 2000. beransur dari satu jari ke satu jari. habis semua jari kanan, dia turun ke ruas-ruas jari. sampailah suku dari tapak tangan aku da tade ala-ala cap jari gitu huhu kesian tak? kira kalau tengok tangan kanan aku, da macam tangan orang tua. berkedut-kedut sebab tade kulit paling atas huhu tapak tangan lagi la kesian


skang tangan kiri pulakk. yang tinggal cuma satu jari je iaitu jari kelingking yang normal masih ada cap jari kesiannya akuu!


aku tatawuu apa masalah jari aku nii. masalah kulit kot. korang tawuu takk??