▷▷20100528

Alahaii panas baran kuu


bila cerita pasal panas baran ni aku adalah seorang yang sangat sukar nak kawal sifat amarah aku nii.  meh aku senaraikan perkara yang luar jangkaan aku buat bila marah aku dah tahap mengaburi pemikiran waras dan penglihatan aku.


hatoii sakit kena lempang miakakakakak. tapi aku tak serupa dengan beruk tu kiakakakak


1- aku pernah lempang muka xbf aku sekuat hati sampai terpusing badan dia sekali sebab masa tu aku terlalu marah pada kawan baik aku. xbf aku tu kononnya nak pujuk aku tapi dia memang salah waktu aku memang terlampau marah akuu terus lempang muka dia. merah mata dia nak pukul aku balik tapi kawan aku tahan dia. dia terus balik. bila cerita balik dia cakap memang sakit sangat pukulan aku tu sebab orang tengah marah kan


2- hp aku yang dulu-dulu pernah berkecai sebab aku hempas kat dinding. masa tu aku bengang dengan sorang insan ni. selalunya aku baling hp gitu-gitu je. takut rosak. tapi hari tu aku terlampau marah jadi aku hempas sekuat hati aku. tak puas tengok hp tu masih hidup aku amik semula aku hempas lagi dan lagi sampai berkecai. 


alalala tumbuk cmtu laki ko gelak je miakakakak


3- aku pernah tumbuk hp aku sekuat hati sebab charger dia rosak. cocok punya cocok taknak jugak cas. punya lah geram aku tumbuk hp tu konon nak dia rasa sakitlahh. tangan aku takde sakit pun sebab tengah geram kan. hp tu cuma mati je hehe


4- aku pernah hempas laptop sebab aku marahkan membe kat sebelah. masa tu aku tengah mengadap laptop, tiba-tiba dia buat hal geram yang tak tertahan aku terus hempas laptop tu. pastu aku jerit kuat-kuat terus diam membe aku tuu hehe.


5- aku pernah tumbuk kepala aku sendiri sekuat hati sebab masa tu aku kena migrain yang terlampau sakit. tak tahan punya pasal aku terus tumbuk kepala sendiri. dah tu? aku terus terbaring tak boleh bangun. sakitttt. hehe


6- aku pernah hempas gayong sekuat hati sampai gayung tu melantun tinggi nasib baik tak pecah sebab aku tak ingat kenapa aku marah masa tu


7- aku pernah drive laju gila tahap da macam tak takut kemalangan [ sebab aku nii penakut high speed ] sampai orang kat sebelah yang tengah membebel kat aku boleh senyap tak berkata walau sepatah sampailah tiba kat rumah. baru dia sambung balik membebel. 


8- kalau internet lembap untuk kali ketiga aku akan hempas apa yang ada depan mata, biasanya bantal aku tumbuk kuat-kuat. tak pun terus tutup semuanya.


dari 1 hingga 7 zaman aku sekolah, masih belajar kurang matang tak sayang harta benda tak hargai orang. tapi yang no 8 tuu hihi yang sekarang la kira da matang sikit. 


dulu, aku sembur je apa nak cakap, buat je apa yang terlintas kat fikiran. masa tu amarah aku memang menguasai diri. tapi sekarang aku banyak buat terapi diri sendiri


- tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan sambil istighfar
- aku CUBA senyum walaupun biasanya gagal
- aku blah dari tempat yang menaikkan tempreture aku tuu
- aku buat keje lain layan benda lainn
- paling senang, aku TIDUR!


biasanya kalau dah okey, aku akan pergi balik tempat tuu baru boleh senyum dan buat semua secara sopan santun. kalau tak boleh jugak aku buat benda lain. 
kalau gaduh dengan SANGKEKASIH, biasanya dia akan lawan aku sampai aku naik hangin tinggiiiiiii lepas tu dia tinggalkan! dah sejuk aku akan cari dia sendiri. itulah dia sekarang. dulu dia tak paham. masa aku tengah angin, dia masih nak bergurau, nak pujuk ouhhh memang silap. aku ajar dia. tinggalkan je aku buat sementara, bila aku dah sejuk aku sendiri akan pergi cari dia. Alhamdulillah sekarang dia makin memahami. dan aku cuba untuk kurangkan panas baran ini..



7 komen kat sini !:

hellioz said...

lu WAJIB pegi kelas anger management....
silap aribulan lu lambong anak lu sampai bulan dan bintang,,,,
gyahahahahaahahah~

Ieda Al-Habsyi said...

gila ganas ko dik, macam aku sebelum kawin dulu, hahahha!! takpe2 kita geng, sape buli akak, akak report kat ko ek :)

nabilah_2908 said...

uish...ganas betul..bagusla tu..kena pandai kawal perasaan....lama2 nnti okla.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
SPONGEBOB & PARTRICK

Lepat Pisang said...

Wow!ganasnye!lepat takutlah..he..he..insyallah bila dah kawin,kuranglah kemarahan awak ni..he..he..gurau jer..

Amir Izzat said...

wah! terkezut i..memang ganas.. ahha..

Amir Izzat said...

wah! terkezut i..memang ganas.. ahha..

lia lousy said...

sangat sangat sangat bahaya..
uish uish..
;p
i dulu pun kuat marah tapi tak lah masuk kategori panas baran.
heee..
jarang tengok perempuan garang sgt mcm niseca ;D