▷▷20110929

Haih la nasib

Assalamualaikum. hai. harini aku kurang sikit la mood kan. pasai keje je sebenarnya. oke, sebelum2 ni aku selalu berhenti kerja sebab aku yang tak tahan dengan kerja tu kan. so, aku berhenti terus.

yang sekarang ni, aku bukan taknak dengan kerja ni. cuma, memang aku rasa kerja ni susah, tapi susah bila ada bos sahaja. kalau tak ada bos, aku rasa senang je keje aku. semuanya berjalan dengan lancar.

sampaikan semalam, aku ada buat kesilapan la. terhilangkan check list hostel yang dia beri 3 minggu lepas. benda tu dah lama. dan ada copy pun dalam komputer. tapi dia tak puas hati sangat sebab aku cuai la kan. 

habis aku nak buat apa lagi? aku kena cover balik la kan keje aku? so, aku buat la balik. beria-ia aku buat keje semalam weh. tiba2 harini, aku rasa macam aku dah siap semua kerja yang dia suruh aku buat. semangat aku nak pegi keje.

awal2 aku dah datang kerja. semangat kot! tengah2 buat kerja, tiba2 dia kol. (sebenarnya dia balik penang). dia tanya pasal kerja check list hostel tu la kan. aku ingat apa yang aku buat tu, dia dah oke la kan. rupanya dia suruh aku cek satu persatu hostel. itu memang tak kisah. masalahnya semalam, dia ckp, "awak ingat balik apa awak tulis dalam check list tu, dan buat balik pada check list yang baru ni".

jadi mende yang dia ckp tu, aku da buat. tapi tak sangka, mende lain lak yang dia suruh sebenarnya. salah paham la sebenarnya kan. dia marah2 aku dalam phone. dia kata aku tak berubah. masa tu, blur gila aku. aku rasa macam tak patut je dia cakap aku tak berubah sedangkan aku dah beria-ia buat keje yang dia suruh.



nak rasa apa ek masa kena marah tu? aku ketawa je masa tu. aku cakap dalam hati, mak aih "apa yang aku buat semalam jadi sia-sia belaka. dengan penatnya, dengan balik lewat sebab nak setelkan keje dia semata-mata, sakit pinggang lagi, sakit kepala lagi, jadi SIA-SIA sahaja"




bila hujung-hujung dia marah tu, dia cakap "saya rasa awak tak sesuai keje kat sini lah. saya rasa baik awak hantar surat resign sahaja maaa". aku terus cakap "OK!" dengan penuh semangat!

sebab masa tu, aku rasa tak berbaloi dah aku nak keje sini. apa yang kita buat, dia tak hargai. dah tu, apa yang dia nak, kita tak tunaikan, itu yang dia lebihkan marahnya. sudahnya, dia suruh aku berhenti. memang terbaik punya bos. 

dan untuk pengetahuan korang semua, inilah satu-satunya bos yang SURUH PEKERJANYA BERHENTI SEBAB DIA SENDIRI TAK TAHAN DENGAN PEKERJANYA ATAS SEBAB YANG TERLALU KECIL. weh! aku keje sini baru 3 minggu weh. semua masih baru bagi aku. dia selalu ckp, "kesalahan bagi saya, bukan masalah". tapi dia jadikan kesalahan aku sebagai alasan untuk dia berhentikan aku kerja. 




buat penat je aku bertahan kerja dengan dia. tahan kena marah hari2. tahan kena bebel berjam2 lamanya. aku rasa penat bila pikir balik apa yang aku cuba pertahankan selama ni. bagi dia senang, sorang blah, sepuluh ada lagi nak kerja. inilah masalahnya bila aku tak pernah bekerja di bawah naungan sorang yang digelar KAFIR LAKNAT! dapat masalah fahaman bahasa atau penyampaian. okelah. harini hari last aku keje. entah berapa je gaji yang aku dapat pun aku tak pasti. dapat RM10 pun berbaloi dari dapat habuk je kan. 

tapi kalau betul dapat RM10, aku hamun dia la! hahahahaha! hengat aku robot ke kuli batak? buat keje penat2, bayo takat lepas sekali makan je. oke babai. assalamualaikum. nasib la kome baca kali ni panjang gila. aku nak sangat meluahkan perasaan secara bertaip.


▷▷20110922

Dapat kerja (Part 3)

Assalamualaikum. haaaaaaaa. amacam korang harini. aku oke sokmo. tak oke pun, oke kan aje. dari jadi gila ye dak? oke, kali ni aku nak sambung part 2 dari cite pasai dapat keje yang lepas. nak sedap cite, lai lai lai baca kat sini dan sini


dalam hari jumaat macam tu, bos kat sungai way kol aku, dia kalau boleh nak aku datang untuk test komputer lak sebab masa interview aritu dia lupa nak test. tapi aku kat johor kan. gila jauh semata-mata nak buat macam tu. dia kata, takpela,  besoknya dia akan kompomkan semula.

masa tu, aku da buat keputusan nak keje je kat melaka tu even takde basic. sebab da kompom2 aku dapat keje kan. lagi dekat dengan segamat. besoknya, 10/9/2011 (sabtu), bos kat sungai way call semula. dia bagitau yang aku dapat keje kat sungai way tu. terus aku ubah fikiran. nak keja kat sungai way tu. sebab dia siap ada hostel weh. cuma keje dia bukan mudah la.

dan, 12/9/2011 (isnin) aku lapor diri kat sungai way ni. dapatlah aku keje kat sini. da seminggu lebih la aku keje. dalam masa seminggu ni, macam2 jadi weh. boleh dikatakan hari2 kena marah dengan bos. bos ni garang gila, masa temuduga lembut gila kot. ramah gila. sume gila la.

hari2 aku kena sakit kepala. tapi ntah kenapa, aku masih nak bertahan. mungkin sebab aku da pergi jauh2 kan. hehehe. yang ni, aku dapat update panjang gila sebab bos takde. dia p china. bercuti kot. tapi aku bukan mengular ye. aku punya keje da siap. hehehe. sampai senior da tatau nak bagi aku keje apa. hahaha. eh, sory le, update panjang bebenau lak kan. sebab tu aku buat tiga part. hehehe. oke la, ni aje la yang aku nak cite sepanjang tempoh aku tak update tu. babaiiiiii.

▷▷20110921

Dapat kerja (Part 2)

Assalamualaikum. haaaaaaaa. amacam korang harini. aku oke sokmo. tak oke pun, oke kan aje. dari jadi gila ye dak? oke, kali ni aku nak sambung part 2 dari cite pasai dapat keje yang lepas. nak sedap cite, lai lai lai baca kat sini


pastu aku terpikir, aku ada gak la kenalan kat area selangor. so, aku berani2 kan diri search keje dari selangor. memang gila kaw2 punya banyak la kan. so, aku tengok jugak area mana aku nak apply tu. aku kena tanya membe2 aku, dorang tau ke mana lokasi yang aku pilih tu.

pastu, search punya cari, dari segi kemudahan keje nye, ada tolak kwsp ke tak, nakkan pengalaman ke tidak, last skali aku usha dia punya gaji. last2 aku ada terpikat dengan satu tawaran ni. kat sungai way sebagai kerani tadbir.

aku call, dia terus suruh datang interview. kalau korang nak tau, aku search keje tu kat mudah.my pada 5/9/2011 iaitu hari isnin. aku buat temujanji hari selasa. so hari isnin tu, terus bertolak ke selangor. sampai2 je, spupu ada kat sana, dia la yang tunjuk jalan dan kat mana tempat keje aku tu.

6/9/2011 (selasa) aku datang temuduga. temuduga selama 3 jam. perghhh taknak kebas lak kan bontot aku. ada iq test bagai. dengan berborak lagi. tah pape la kan. pastu, da siap temuduga, aku terus balik ke johor. dalam perjalanan balik ke johor, ada orang call suruh datang temuduga kat melaka pulak.

mula-mula mak aku tak bagi pergi sebab dia macam yakin, yang kat sungai way ni, aku akan dapat. tapi aku lak tak yakin. aku nak jugak pergi. last2 hari esoknya, 7/9/2011 (rabu) aku pergi jugak ke melaka untuk interview. pun sama gila lama. 3 jam weh. nak pecah montot aku kan. yang kat situ lak, aku terus dapat kerjanya. tapi tak ada basic.


▷▷20110920

Dapat kerja (Part 1)

Assalamualaikum semua. harini untuk pertama kalinya sejak 23 tahun ni, aku update belog dalam opis tempat aku keje. hehehe. yang sebelum2 ni aku tak dapat nak update sbb depa tak bagi bukak mende web lain selain dari web yg dikehendaki.

pastu aku keje kedai makan. mana sempat nak update kan. update makan ada la. hahah! hermm ni aku nak ceritakan la, aku keje kat mana, sejak bila dan mengapa.

asal2 nya aku cari keje kat mudah.my. mula-mula cari dalam area johor. yelah, aku kan stay kat johor. tapi kat johor ni tak banyak sangat peluang pekerjaan. memang tak banyak. search hari2 pn tak guna. kalau ada pun demand bagai. gaji ciput jugak, hehe.

*nak sambung part dua lah nanti. :P