▷▷20100424

Bila lupa kuasai diri


Lupa pada Allah



Ni paling common kot omputihnya, paling koman kot Melayunya. Nak ingat camne, tak nampak. Tak nampak walau seluruh alam ni Dia yang cipta, Dia yang beri kita mata untuk melihat alam ini tapi tetap tak nampak. Tak perasan, tak terfikir, tak pedulik dan otomatiknya takde la nak ingat kat Dia. Bila solat kita buat2 ingat walau dalam hati alpa, orang ajak pergi 'rumah Dia' korang ngelak. Lupanya kita.

Lupa asal-usul


Siapa Tanggang? Siapa kacang? Siapa? Kita2 la belaka tu. Yang anak tak ingat mak bapak, macam kacang lupakan kulit. Kena pulak mak bapak dah tak ada, lagi lah lupa. Nenek moyang apatah lagi. Lupakah kita Tok Adam tu moyang kita semua, diulangi, SEMUA! Siapa yang ikut mazhab Darwin tu lantaklah, dia ngaku keturunan beruk, korang tak tau le. Habis tu kenapa nak taksub dengan bangsa, keturunan atau warna kulit? Korang tak ingat ke yang korang semua asal dari tanah, dan nanti dibaham tanah juga akhirnya. Ni gaduh apa hal?

Lupa arah tuju


Yang kita ingat nak kenyang, nak senang, nak buat bangang, ada kita ingat tujuan kita dijadikan? Apa tugas umat Islam, takkan sekadar jadi isi alam? Ke mana kita nak pergi tiap hari? Pergi kerja aje ke? Pergi joli? Pergi mampos? Sori, bukan nak berkasar tapi itu la sebaik-baiknya. Ingat yang kita semua akan pergi juga akhirnya. Jadi sebelum pergi tak ke nak kena ready? Ke korang memang eveready? Dah pejam mata baru meraung nak celik balik, nak insaflah, nak beramallah, nak jadi insan kamil, lupakanlah..

Lupa diri


Malas nak komen, empunya diri pun saban hari lupa diri. Lupa yang diri ini hamba yang hina. Harapkan belas rahmat dariNya setiap masa. Bila lupa mulalah ingat diri ini yang berdiri sendiri, diri ini yang cari rezeki, diri ini yang menentukan nasib diri. Bila dah lupa diri, mulalah ingat nafas ni kita punya, nyawa ni kita punya, dunia ni kita punya. Sudahnya jelaslah diri yang jadi Tuhan, tu yang perangai sebijik macam firaun! Pasal tu Allah suruh berzikir, zikir tu maknanya ingat. Ingat sapa? Korang pikir la sendiri!
.. entry ini macam aku sedang marah & cuba insafkan org kan? aku tak marah, cuma nak bagi sedikit renungan, supaya korang renung2kan & selamat beramal! ;)

Memang dasar pembohong

Dalam sebuah kampung yang tidak ternama, terdapat sebuah keluarga, di mana ahli keluarga ini tersangatlah suka berbohong dan tidak sekali pun bercakap benar. Suatu hari, si isteri meninggal dunia. Si ayah & si anak menjemput orang kampung untuk kenduri arwah tapi malangnya, tiada seorang pun yang percayakan mereka, lalu tidak menghadiri majlis tersebut. Ini kerana mereka semua agak, ahli keluarga ni mesti nak tipu mereka lagi. Si bapak pun berkata pada si anak.

Bapak: Nak, mulai harini bapak takan bohong orang lagi. Bapak nak tobat.
Anak: Ye la pak. Saya pun tak nak bohong lagi pada orang. Saya pun nak tobat jugak.
Bapak: Nak, bapak tak dapat hidup tanpa mak kamu. Bapak nak terjun kat sungai.
Anak: Saya pun nak terjun kat sungai jugak tapi lepas bapak ye.

Si bapak pun terjun ke dalam sungai. Setelah 3 minit berlalu si bapak keluar semula kerana tidak tahan sejuk.

Anak: Kenapa bapak lama sangat?
Bapak: Waktu dalam air, bapak nampak kedai kopi. Bapak lepak2 lah kat situ, minum2.


Anak: Ooo. tak apa lah. Saya pulak nak terjun.


Ketika si anak terjun, kepalanya terkena pada batu dan banyaklah darah mengalir. Si anak pun cepat2 keluar. Si bapak hairan melihat keadaan si anak.

Bapak: Nape kejap sangat kamu kat bawah tu? Kepala kamu pulak tu nape?
Anak: Itulah bapak, minum kopi tapi tak reti nak bayar. Tuan punya kedai kopi tu belasah saya pak.


..huh. kalau da memang kaki klepet tu, memang sampai bila2 la tak boleh ubah. huhu



3 perkataan omputih

Seorang guru menyuruh seorang budak bernama Mikael yang kurang pandai & kurang bijak tahap nenek dewa dewi mencari 3 perkataan dalam bahasa omputih [ bahasa inggeris ye kawan2 ]. Dalam perjalan pulang, tiba2 Mikael terdengar satu perkataan "shut up you girl" lalu Mikael bertanya kepada kakaknya.

Mikael: Kak, "shut up you girl" tu bahasa apa ?
Kakak: Bahasa omputih.

Mikael pun berjalan pulang. Kemudian dia ternampak satu perkataan yang tertulis "monkey" lalu Mikael pun bertanya lagi.

Mikael: Kak, "monkey" tu bahasa apa ?
Kakak: Bahasa omputih la .

Keesokannya semasa dia nak naik bas ke sekolah, dia terdengar pemandu bas tu berkata, "No, lady first". Mikael pun bertanya.

Mikael: "No, lady first" tu bahasa apa ?
Pemandu Bas: Bahasa omputih la, takan bahasa arab pulak.

Di sekolah..

Cikgu: Mikael, kamu dah cari 3 perkataan yang cikgu suruh?
Mikael: Shut up you girl.
Cikgu: Ha? Kamu ingat cikgu ni apa ?
Mikael: Monkey.
Cikgu: Pergi berdiri di luar kelas!!
Mikael: No, lady first.

-- sesungguhnya, sungguh tidak sopan menzalimi cikgu itu. hehe. kesian cikgu tu, jadi mangsa keTIDAKPANDAIan Mikael kan? kan?



Anda hebat? Lawanlah kuasa Allah !

"Jika korang ingin melakukan maksiat kepada Allah, Janganlah korang makan rezeki Allah"
huraiannya..


Kita ni hari-hari makan dan minum siapa yg bagi rezeki? Kalau orang kata kita ni manusia yang tak mengenang budi kita marah. Namun begitu kita masih lagi berbuat apa yg dilarang dan dibenci-Nya?



"Jika korang ingin melakukan maksiat kepada Allah, carilah tempat yang tidak dilihat oleh Allah"
huraiannya..


Tau pulak malu buat maksiat depan orang tua, tok imam atau kengkawan yang ingat korang ni orang baik-baik. Tau pulak cari port takde siapa nampak bila nak buat benda tak senonoh tapi tau tak korang yang Tuhan nampak semua yang korang buat, tak kira kat mana korang berada waima dalam kubur sekalipun. Dah tu apa cerita? Apasal buat juga?


"Jika korang ingin melakukan maksiat, jangan menetap di bumi Allah"
huraiannya..


Kalau mak bapak halau kita dari rumah sebab kita ni jenis manusia yang tak kenang budi, boleh le korang bawak diri ke tempat lain dengan bongkaknya sbb dunia ni besar tapi kalau dengan Tuhan pun kita buat perangai tak senonoh, ada lagi ke tempat lain yang korang boleh berambus?


"Jika korang ingin melakukan maksiat, sila minta tangguh dari malaikat maut barang seminit dua dari mengambil nyawa korang"
huraiannya..

Adat le bila buat maksiat manusia mana ingat pada mati, seronok dengan hidup. Macam la kita tau umur kita panjang lagi, sempat tobat bila kederat dah tak kuat. Macam mana kalau malaikat maot datang mencabut nyawa masa korang tengah syok layan nafsu? Nak ke dia tunggu korang selesai dulu?


"Apabila malaikat munkar dan nakir menyoal korang, lawanlah dia jika korang mampu"
huraiannya..


Kat dunia kita terkenal dengan mulut laser, mulut nuklear, apa orang kata kita nak lawan. Sampai takde siapa berani tegur kejahatan yang korang lakukan tapi kat dalam kubur nanti mampu ke kita tunjuk terer bila diinterview oleh malaikat munkar & nakir? Agak-agak diorng takut ke dengan kehebatan mulut korang yang lancang dan kuat mencarut tu?


"Jika Allah mengarahkan kepada korang supaya masuk neraka Allah, jangan patuhi perintahnya"
huraiannya..


Kat dunia memang korang boleh tunjuk keras kepala, semua arahan korang berani lawan sampaikan perintah Tuhan pun korang lawan sebab Tuhan tu korang tak nampak. Jadi lagi le senang nak tunjuk lagak. Namun kat akhirat nanti boleh ke korang lawan bila diperintah masuk neraka? Jika korang tak mampu berbuat demikian, kenapa korang boleh berterusan menderhaka dan memaksiati Allah?

Belog baru .

Assalamualaikum..

Akhirnya. siap jugak belog baru aku ni.
Template je bertukar.
Dan beberapa style yg telah ditukar.
Marilah jengah2 selalu belog aku.
Dan tinggalkan komen anda tentang wajah baru belog saya ni ye~ ;)