▷▷20100424

Memang dasar pembohong

Dalam sebuah kampung yang tidak ternama, terdapat sebuah keluarga, di mana ahli keluarga ini tersangatlah suka berbohong dan tidak sekali pun bercakap benar. Suatu hari, si isteri meninggal dunia. Si ayah & si anak menjemput orang kampung untuk kenduri arwah tapi malangnya, tiada seorang pun yang percayakan mereka, lalu tidak menghadiri majlis tersebut. Ini kerana mereka semua agak, ahli keluarga ni mesti nak tipu mereka lagi. Si bapak pun berkata pada si anak.

Bapak: Nak, mulai harini bapak takan bohong orang lagi. Bapak nak tobat.
Anak: Ye la pak. Saya pun tak nak bohong lagi pada orang. Saya pun nak tobat jugak.
Bapak: Nak, bapak tak dapat hidup tanpa mak kamu. Bapak nak terjun kat sungai.
Anak: Saya pun nak terjun kat sungai jugak tapi lepas bapak ye.

Si bapak pun terjun ke dalam sungai. Setelah 3 minit berlalu si bapak keluar semula kerana tidak tahan sejuk.

Anak: Kenapa bapak lama sangat?
Bapak: Waktu dalam air, bapak nampak kedai kopi. Bapak lepak2 lah kat situ, minum2.


Anak: Ooo. tak apa lah. Saya pulak nak terjun.


Ketika si anak terjun, kepalanya terkena pada batu dan banyaklah darah mengalir. Si anak pun cepat2 keluar. Si bapak hairan melihat keadaan si anak.

Bapak: Nape kejap sangat kamu kat bawah tu? Kepala kamu pulak tu nape?
Anak: Itulah bapak, minum kopi tapi tak reti nak bayar. Tuan punya kedai kopi tu belasah saya pak.


..huh. kalau da memang kaki klepet tu, memang sampai bila2 la tak boleh ubah. huhu



0 komen kat sini !: