▷▷20100424

Bila lupa kuasai diri


Lupa pada Allah



Ni paling common kot omputihnya, paling koman kot Melayunya. Nak ingat camne, tak nampak. Tak nampak walau seluruh alam ni Dia yang cipta, Dia yang beri kita mata untuk melihat alam ini tapi tetap tak nampak. Tak perasan, tak terfikir, tak pedulik dan otomatiknya takde la nak ingat kat Dia. Bila solat kita buat2 ingat walau dalam hati alpa, orang ajak pergi 'rumah Dia' korang ngelak. Lupanya kita.

Lupa asal-usul


Siapa Tanggang? Siapa kacang? Siapa? Kita2 la belaka tu. Yang anak tak ingat mak bapak, macam kacang lupakan kulit. Kena pulak mak bapak dah tak ada, lagi lah lupa. Nenek moyang apatah lagi. Lupakah kita Tok Adam tu moyang kita semua, diulangi, SEMUA! Siapa yang ikut mazhab Darwin tu lantaklah, dia ngaku keturunan beruk, korang tak tau le. Habis tu kenapa nak taksub dengan bangsa, keturunan atau warna kulit? Korang tak ingat ke yang korang semua asal dari tanah, dan nanti dibaham tanah juga akhirnya. Ni gaduh apa hal?

Lupa arah tuju


Yang kita ingat nak kenyang, nak senang, nak buat bangang, ada kita ingat tujuan kita dijadikan? Apa tugas umat Islam, takkan sekadar jadi isi alam? Ke mana kita nak pergi tiap hari? Pergi kerja aje ke? Pergi joli? Pergi mampos? Sori, bukan nak berkasar tapi itu la sebaik-baiknya. Ingat yang kita semua akan pergi juga akhirnya. Jadi sebelum pergi tak ke nak kena ready? Ke korang memang eveready? Dah pejam mata baru meraung nak celik balik, nak insaflah, nak beramallah, nak jadi insan kamil, lupakanlah..

Lupa diri


Malas nak komen, empunya diri pun saban hari lupa diri. Lupa yang diri ini hamba yang hina. Harapkan belas rahmat dariNya setiap masa. Bila lupa mulalah ingat diri ini yang berdiri sendiri, diri ini yang cari rezeki, diri ini yang menentukan nasib diri. Bila dah lupa diri, mulalah ingat nafas ni kita punya, nyawa ni kita punya, dunia ni kita punya. Sudahnya jelaslah diri yang jadi Tuhan, tu yang perangai sebijik macam firaun! Pasal tu Allah suruh berzikir, zikir tu maknanya ingat. Ingat sapa? Korang pikir la sendiri!
.. entry ini macam aku sedang marah & cuba insafkan org kan? aku tak marah, cuma nak bagi sedikit renungan, supaya korang renung2kan & selamat beramal! ;)

2 komen kat sini !:

Alynn Notnot said...

thanks :) reminder ni!

Nisaeciz said...

yeah. sama2 kita renungkan ye. ;))