▷▷20110922

Dapat kerja (Part 3)

Assalamualaikum. haaaaaaaa. amacam korang harini. aku oke sokmo. tak oke pun, oke kan aje. dari jadi gila ye dak? oke, kali ni aku nak sambung part 2 dari cite pasai dapat keje yang lepas. nak sedap cite, lai lai lai baca kat sini dan sini


dalam hari jumaat macam tu, bos kat sungai way kol aku, dia kalau boleh nak aku datang untuk test komputer lak sebab masa interview aritu dia lupa nak test. tapi aku kat johor kan. gila jauh semata-mata nak buat macam tu. dia kata, takpela,  besoknya dia akan kompomkan semula.

masa tu, aku da buat keputusan nak keje je kat melaka tu even takde basic. sebab da kompom2 aku dapat keje kan. lagi dekat dengan segamat. besoknya, 10/9/2011 (sabtu), bos kat sungai way call semula. dia bagitau yang aku dapat keje kat sungai way tu. terus aku ubah fikiran. nak keja kat sungai way tu. sebab dia siap ada hostel weh. cuma keje dia bukan mudah la.

dan, 12/9/2011 (isnin) aku lapor diri kat sungai way ni. dapatlah aku keje kat sini. da seminggu lebih la aku keje. dalam masa seminggu ni, macam2 jadi weh. boleh dikatakan hari2 kena marah dengan bos. bos ni garang gila, masa temuduga lembut gila kot. ramah gila. sume gila la.

hari2 aku kena sakit kepala. tapi ntah kenapa, aku masih nak bertahan. mungkin sebab aku da pergi jauh2 kan. hehehe. yang ni, aku dapat update panjang gila sebab bos takde. dia p china. bercuti kot. tapi aku bukan mengular ye. aku punya keje da siap. hehehe. sampai senior da tatau nak bagi aku keje apa. hahaha. eh, sory le, update panjang bebenau lak kan. sebab tu aku buat tiga part. hehehe. oke la, ni aje la yang aku nak cite sepanjang tempoh aku tak update tu. babaiiiiii.