▷▷20100717

Macam pelik, tapi tak heran derr ( Part 3 )

1. Perkataan page pada istilah PageRank bukanlah berasal dari perkataan page yang bererti halaman dalam bahasa inggeris, tetapi berasal dari nama kedua penciptanya, iaitu Larry Page.



2. Stanislawa Walasiewicz dari Poland memenangi acara lumba lari 100 meter di Sukan Olimpik 1932 di Los Angeles, Amerika Syarikat dan menjadi atlet wanita pertama yang melepasi had masa 12 saat.

3. Penduduk Arab Saudi adalah pengguna minyak wangi terbanyak di dunia per kapita, iaitu sekitar 0.95 liter bagi setiap orang, lelaki, perempuan dan kanak-kanak.


4.  Sehinggalah tahun 1950-an, orang-orang Tibet membawa mayat mereka ke bukit, memotong-motongnya hingga kecil dan memberikannya kepada burung-burung sebagai makanan.

5.  Lintah pertama kali digunakan dalam pengubatan sekitar 2,500 tahun yang lalu. Air liur lintah mengandungi zat yang mencegah pengentalan darah manusia.


6.  Seekor ulat sutera mampu memintal benang sutera hampir 2 kilometer panjangnya.

7.  Rata-rata setiap warga Amerika menggunakan 53.07kg kentang, 52.63kg daging, 46.36kg sayur-sayuran segar, 32.29kg buah-buahan segar dan 286 biji telur per tahun.


8.  Burung hantu adalah satu-satunya burung yang menurunkan kelopak mata bahagian atasnya untuk berkedip. Burung-burung yang lain mengangkat kelopak mata di bahagian bawah.

9.  Seekor gajah dapat menghabiskan sekitar 227kg rumput dan 227 liter air dalam sehari.

10.  Sebahagian besar kemalangan yang berlaku dalam lumba basikal menyebabkan kecederaan di kepala. Perkara ini boleh dicegah apabila pelumba basikal tersebut memakai topi keselamatan.


11.  Sebagai sutradara atau pengarah, Clint Eastwood tidak menggemari cahaya yang terlalu banyak, yang dianggap beliau seperti televisyen. Ia lebih menggemari efek filem noir, khususnya dalam filem-filem thrillernya.

p/s: SELAMAT BERKONGSI!


Aku takkan follow kau!


Aku tak follow kau, kau, kau dan kau jugak! aku cuma follow mereka yang aku kenali, korang kenali dan mereka yang kenali aku. LALALALA!

skang, dalam list yang aku follow, cuma mereka yang aku betul-betul kenali atau mereka yang BIASA masuk belog aku. tenkiuu ~

apa guna follow ramai-ramai, tapi tak pi baca entry diorang kan? tak jengah pun. rasa macam bersalah. so, aku terhadkan kefollowan aku pada yang tertentu atau pada yang betul-betul menarik minat aku untuk teruskan membaca di belognya.

dan dan, belog yang ringan jugak terpilih. entry menarik atau belog tak serabut jugak jadi pilihan aku. belog yang berat, yang aku buka, nak tunggu dia habis load, aku sempat makan, sempat minum, buang air, mandi, buang air lagi, tido, termenung, tapi load tak habis-habis lagi, dengan itu aku buat keputusan, itulah kali terakhir aku masuk belog dia. KUANG KUANG KUANGGGG!


jadi, tolonglah. jangan mintak aku follow kamu ye. aku sendiri akan tentukan siapa aku nak follow. sape-sape yang tinggal jejak kat belog aku, pasti, diulangi, PASTI aku akan kunjungi belog dia. dan pada tu, aku buat keputusan, samada nak follow ke tak.

yang betul-betul special, aku takkan follow, tapi terus aku masukkan ke dalam bloglist aku. itu memang dalam pantauan sentiasa. mekasihh. erk, sapa-sapa yang aku biasa masuk belog dia, tapi tade dalam bloglist, aku follow korang le tu. sebab kadang2 bloglist ni tak dapat detect belog korang la. so, useless kan letak kat bloglist?

-sekian-