▷▷20100426

Macam pelik, tapi tak heran derr

TEROWONG :
Para penduduk kampung Matigou di China rela menggali terowong tanpa mendapat upah hanya untuk memperoleh sarana jalan yang lebih cepat dan menyenangkan .
GITAR NANO :
Gitar nano ini adalah gitar terkecil di dunia yang mempunyai panjang 10 mikrometer , hampir sama panjang dengan sel manusia sedangkan talinya sepanjang 50 nanometer . Dihasilkan oleh para pengkaji di Universiti Cornell , Amerika Syarikat untuk mewujudkan generasi baru alat-alat muzik di dunia . Namun alat ini hanya boleh dimainkan dengan alat mikroskopik khas dan nadanya pun tidak mungkin didengar oleh telinga biasa .

BELALANG :
Belalang boleh melompat sejauh 40 kali ganda panjang badannya .

SURAT KHABAR :
Akhbar atau surat khabar pada umumnya dicetak di atas kertas berukuran A0 atau A3 . Tetapi akhbar terbitan First News ini dicetak di atas kertas yang berukuran sangat kecil bahkan lebih kecil dari kamus saku ! Menariknya , meskipun berukuran mini , hasil cetakannya cukup jelas dan rapi dari tulisan hingga gambar .

IKAN YU :
Ikan yu kehilangan gigi lebih dari 6000 batang setiap tahun dan gigi barunya tumbuh dalam waktu 24 jam.
TITANIC :
ketika Titanic karam, 2228 0rg berada di dalamnya. hanya 706 yang selamat dan adegan band yang terus bermain muzik ketika Titanic tenggelam adalah kisah nyata.
KALA JENGKING :
kala jengking boleh dibunuh dengan menyiramnya dengan cuka, mereka akan marah dan menyengat dirinya sendiri.
KUDA :
setiap patung memorial org di atas kuda, jika 2 kaki depan terangkat, maka orang tersebut tewas dalam pertempuran. jika satu kaki kuda yang terangkat, maka orang tersebut meninggal kerana luka dalam pertempuran dan jika 4 kakinya menginjak ke tanah, orang tersebut meninggal secara normal.
TOMATO :
pada tahun 1830an sos tomato biasa dijual sebagai ubat.
ZIRAFAH :
zirafah dan tikus boleh bertahan hidup lebih lama tanpa air daripada unta.
KELAWAR :
kelawar selalu membelok ke kiri jika terbang keluar dari gua.

Lirik itu menyentuh silamku ..

izinkan diriku meluahkan rasa

maafkanlah aku andai kau terasa

biarku paparkan apa yg terjadi

moga kau tak ulangi


sungguh tak ku sangka

kau berpaling tadah

setelah lamanya menjalinkan cinta

dalam diam2 kau sudah berpunya

tanpa aku menyedari semuanya


aku mendoakan agar kau bahagia

bersama si dia insan yg kau suka

percintaan kita tak sampai ke mana

setakat di bibir saja sayang


kau bina mahligai dari air mata

yang jatuh berderai di wajah sepiku

hancurnya hatiku bisa tak terkata

terhumban rasa diriku


oh aduhai ku masih ingati

janji manis dan saat romantis

kau pintaku supaya setia

akhirnya kau yang berubah


oh tuhanku tabahkan hatiku

temukanku dengan ketenangan

jiwa ini dibelasah hidup

tetapi apa dayaku


ku cuba pejam mata

tapi tak terlena

kerana ku masih teringat padamu

begitu payahnya nak ku melupakan

pernahkah engkau fikirkan

oh sayang


haihh. kenapa aku mengepost mende alahhh ni? sbb, sbb, sbb dia bestttttt! huahua. okey. terus terang, ini adalah lirik lagu! lagu Mahligaimu dari airmataku dari kumpulan Lestari. kenapa aku post lirik ni? sbb, liriknya da menyentuh hati aku yang kental lagi berupa konkrit tapi mudah cair apabila terkena panahan asmara! huahua. apa ke hal? huh, sbbnya yg sebenar, lirik dia mengingatkan aku pada seseorang. yang pernah melukakan hati sanubari comel aku ni! mari aku terangkan ye sedara-sedari.

dalam diam2 kau sudah berpunya - yeahh! itu yang utama! aku dicurangi! hanya Tuhan yang tahu, perasaan mereka yang diduakan setelah diri yang baik serta sopan ini telah diduakan! huaaa! cerita lama..

aku mendoakan agar kau bahagia, bersama si dia insan yg kau suka - huh! masa tuu, takde masa nak pikir doa untuk hengkauu! malah, segala mahaki, hamamun! semua hengkauu dapat! venchiiii!

hancurnya hatiku bisa tak terkata - hah! tawuu tape! hancur hati nii tawuuu takk? sampaikan aku venchii kat orang lelaki dalam masa beberapa bulan disebabkan hengkauuu!

janji manis dan saat romantis - semuanya palsuu pasu vase mangkukkk segala tipuuu ! saat romantis da lenyap da huweyhhh!

begitu payahnya nak ku melupakan - ya! susah aku nak lupakan. bukan hengkauu! tapi segala perbuatan hengkauu yang sangat keji ituuu!!

maaf?? dah. aku dah maafkan dah. sejak kematian arwah ayah kau 2 tahun lalu, aku maafkan segala kesilapan kau. dah takdir aku. tu semua pengalaman buat aku. pengalaman boleh mendewasakan seseorang kan? dah 3 tahun berlalu. aku pun dah bahagia dengan pilihan aku, kawan baik aku! dah setahun aku dengan dia. bertambah bahagia. terima kasih untuk segalanya. ;)

Aku bikin kembarku sendiri !

ni hasil editan aku. sesaje je nak edit. dr kecik ag aku teruja sangat nak kembar. tp, takdir Illahi menyiratkan, aku hanya dilahirkan menyendiri. maka lahirlah aku sebagai seorang yg sendiri. tp Tuhan tu Maha Adil. Dia membuatkan aku rasa teringin sgt ingin ada kembar, maka Dia anugerahkan aku 1 bakat di mana aku boleh edit gbr. :) Alhamdulillah. walaupun ta secantik & seindah org yg pandai edit, tp memadai utk aku merasai yg aku ada kembar walau hanya di dalam photo.

maka, ini lah hasil 'kembar'ku. :)

says: tade kembar, ada gbr kembar pun jadi le. :p

Penunggu jambatan !

" Ally, akak balik rumah kaulah malam ni. Tengok sekarang dah pukul berapa ni, banyak lagi nak print saman ni." rungut Kak Salmah.

" Ikutlah kak, macam tak biasa pulak." kata Ally.

" Alaaa, Kak Sal tu takut nak balik malam-malam ni sorang. Bukan orang tak kenal dengan Kak Sal." Katie berseloroh.

Selepas bercakap itu mereka mulai membuat kerja semula. Bukan saja mereka bertiga di pejabat, malah ada beberapa pekerja lain juga bersama menyiapkan kerja. Katie beberapa kali dah menguap. Kak Sal pula asyik melihat jam di dinding.

" Takpa.. kan Encik Zol kata malam ni otie double. Elaun makan nanti dia campur sekali tau! " salah seorang rakan kerja memberi kata semangat.

" Sejuk kan? Dari tadi hujan tak berhenti." Kak Sal tak habis-habis membebel.

" Kak, biarlah hujan tak berhenti. Jom kita berhentikan kerja kita. Saya dah periksa semua, dah siap." Ally mulai kemas meja.

Kak Sal dan Katie tak sabar-sabar nak balik. Lepas je berkemas diorang dah tercongok kat depan pintu ofis. Ally pun tutup pintu ofis. Memang dah lewat sangat ni, dari hujan lebat sehingga hujan hampir berhenti.

" Hujan lebat betul kan, baru sekarang renyai-renyai." kata Katie.

" Ni yang aku risau ni, kalau hujan macam ni jalan masuk ke rumah kita banjir ni. Silap-silap kita kena pusing dan ikut bukit dan jambatan besi." Ally memperlahankan radio.

" Apa? Jambatan besi, Ally. Janganlah banjir." Katie menadah tangan seperti berdoa.

" Kenapa dengan jambatan besi tu?" tanya Kak Sal kehairanan.

" Sekarang ni dah pukul 11 lebih. Kalau banjir kena pusing memang tepatlah pukul 12 tengah malam kita sampai kat jambatan besi tu. Orang kat taman tu semua dah kata, jambatan besi tu ada penunggu." terang Katie.

Kak Salmah memandang ke arah luar. Hujan renyai-renyai meyakinkan Kak Salmah yang jalan masuk rumah Ally memang banjir. Ally memperlahankan kereta kerana ada orang beri isyarat agar menggunakan jalan lain. Sah! Jalan depan tu dah ditutupi dengan air dan sekarang mereka tiada pilihan lain selain dari mengikut jambatan besi itu.

" Eiii..gelapnya kat sini. Selalunya orang takkan jalan kat sini. Diorang sanggup meredah banjir ataupun tunggu air surut baru pulang." bebel Katie.

" Ssyyyyytss.. Katie ni diamlah. Tu ke jambatan besi tu? Ally bawa perlahan-lahan." Kak Sal mula ketakutan.

Ally memang membawa kereta perlahan. Bila kereta dah melalui suku jambatan, hati Katie dan Kak Sal makin berdebar. Ketika itu, suasana sunyi betul, yang kedengaran hanyalah bunyi tayar yang bergolek atas jambatan besi.

DESHUUUUMMMM!!!

" Ya Allah! Bunyi apa tu Ally, kita langgar apa ni?" Kak Sal bertempik.

Katie yang duduk kat depan dah melompat ke belakang dan memeluk Kak Salmah. Ally memegang dada. Memang terkejut gila. Hati Ally berdebar tak terkata.

Ally memberanikan diri keluar dari kereta. Manalah tahu Ally terlanggar orang ke? Tak ke kesian kalau tak tolong. Kaki Ally memang menggigil. Ally ke hadapan kereta, takde apa-apa. Ally menonggeng untuk melihat bawah kereta. Tak ada apa-apa pun tapi tadi memang bunyi berdentum seperti melanggar sesuatu. Ally pun mengambil keputusan untuk teruskan perjalanan pulang. Bila Ally bangun je..

" Ya Rasul! Ada lembaga putih berdiri di belakang Ally!" Ally tergamam.

" Kenapa kacau orang ni?" tanya Ally dalam ketakutan kerana terkejut tadi.

" Siapa nak kacau, orang nak lepak kat sini je. Lagi pun orang kata kat sini ada lembaga selalu lepak, jadi setiap hari aku tunggulah nak jumpa tapi takde pun." kata lembaga putih itu.

" Tak apalah, kalau gitu bagilah kami lalu." kata Ally dengan secara lembut.

" Sebelum tu, kau ada nampak tak lembaga tu?" tanya lembaga tu.

" Takde juga. Saya pergi ya." kata Ally lagi sebab tak sanggup nak menengok muka dia yang hodoh.

Ally pun naik kereta dengan berharap Ally tak payah bergaduh dengan benda tu. Kak Salmah dengan Katie tutup mata sambil baca ayat-ayat al-Quran tapi dalam hati, Ally nak tergelak pun ada. Apa punya bodohlah lembaga tu, orang cerita pasal dia yang menunggu kat jambatan besi tu. Dia lagi mahu tanya.


* Ally mempunyai 1 kelebihan, di mana dia dapat melihat makhluk halus, berkomunikasi & boleh menghalaunya.

seram tak? tak seram? buat-buatlah seram. tak nak seramkan jugak? ada aku kesahh? kihkihkih. lawak sangat la tu!

Ohh duit simpananku !

Hiahhhhh! hambek kau! beranilah paw aku! heheh. itu ayat aku, kalau-kalau ada orang cuba rampas duit aku ni. kat atas ni, jumlah simpanan aku dalam masa 22 tahun aku hidup. setelah berpenat lelah, aku kerja, hari-hari pergi sekolah, abah aku bagi duit, aku simpan. aku simpan dan terus simpan. habis sekolah, aku kerja. semata-mata, nak kumpul duit. dan sekarang, ini hasilnya. penat tau aku kumpul! hellllllooo! hah! sumpah aku tipu pahamm? aku yang BOHROSS boley pulak menyimpan banyak ni? menyimpan tu ada la, tapi mustahillll sebanyak ini weyhhh! duit syiling banyaklah. huahuahua. serius tak lawak!

Hah! nak tanya soalan BONOS ni, kalau korang dapat duit banyak ni, apa ke benda yang korang akan buat? kalau aku? KOMPOM la aku akan sedekahkan separuh daripadanya ke AKAUN BANK aku. huahuahua! lepas tu, separuh daripadanya pulak? dengan baik hatinya, aku akan sedekahkan pada semua penjual-penjual baju, seluar, kasut, selipar, aiskrim, nasi ayam, beg tangan, beg baju, jam tangan, jam dinding, jam randik, sarung bantal, dan kesekelian makhluk yang dijual di dunia ni! huh! baik tak aku? heheh. tapi itu angan-angan kosong aku la.

Actually korang, 1st time aku tengok gambar ni, mata aku berpinar-pinar, apa tuu? mata aku bersinar-sinar, air liur separa meleleh, hingus on the way nak menjunam! hadoi! memang suka! sangat tajam pandangan mata aku pada uwang-uwang ni tawuu? sesungguhnya, aku memang MATA DUITAN! dan dan dan, gambar ni pun, da hampir setahun, bertakhta menjadi wallpaper di laptop aku yang diberi nama, HUBIZ ni! maap SANGKEKASIH, gambarmu tak dapat ditayangkan atas sebab keMATADUITan saya ni sayangg! hehe. ilapu DUIT! auuuw! ;D




Ohhhh para handphone2 ku

alahaiii. ni lah hp CANGGIH aku sekarang okey. Sony Ericsson Z530i. hp ni da 4 pengguna termasuk aku. pengguna pertama, iaitu anak buah aku yg pertama, Umi Humaira binti Zahid. Umur dia sekarang da 14 tahun. tapi masa dia guna hp ni, umur dia baru 12 tahun! huh. kecil2 da pdai guna hp ye. masa tu, aku guna hp lain. tapi sayangnya, hp tu da kena curi. so, tak dapek den nak tolong. nak beritahu ni, hp ni sekarang, da mcm2 ragam. bahagian nak cas tu, da rosak. so, susah nak cas skang ni. pastu, the latest kerosakan ialah, dia susah nak tarik line. buat sakit hati betul. skang fungsinya, utk hantar gambar je pada SANGKEKASIH. hadoi hadoi.
Ni pulak hp kedua aku. merangkap hp pengganti pemberian abah ku! Nokia 1202. huh. lebih baik guna hp mcm ni. dari yg mahal2, canggih2. hp ni lagi pantas, tahan lasak, khas utk orang yang ganas mcm aku ni. so, skang, aku banyak guna hp ni je. agak2 SANGKEKASIH da rindu sangat, kenalah tuka hp lama, then send mms pada dia. pengubat rindu katanya. alahaiiii busukku. okeylah. itu saja yang aku nak cerita. baiiiii!

pictures credit to : MR. GOOGLE EMSEM !

Ohh, nasi ayam buatkan aku ponteng diet??

[credit to MR.GOOGLE EMSEM]
erkkkkk! ahhhh. Alhamdulillah. kenyang dah perut. abah mak baru je balik ni. dengan baik hatinya, diorang belikan aku nasi ayam. ohhh. itu makanan kegemaran aku okey. mana pegi DIET hakuu? halluu! perut aku ni, nak jugak isi berkhasiat! so, harini aku melanggar segala pantang larang bersalin aku. huahua. bersalin hapanya! pantang dalam diet la! tak nampak? betapa lemaknya, karbohidratnya dan yang penting, betapa LAZATNYA makanan di atas? haha. sedap huweyhh! see? aku melawan segalanya hanya kerana makanan kegemaran aku ni. hehe. sapa suruh mak abah aku belikan nasi ayam ni. kan aku dah TERmakan dengan sengaja plus pelahap! huahua. sila salahkan mereka, bukan keluarga mereka. adeih! jadi, hilang segala kebuluran, kebosanan, dan cuma tinggal kerinduan tahap gaban pada SANGKEKASIH! sayanggggg, sat ag iii call uuu okeyy? iii da topup tawuuu? abah lah belikannn. babaiiii. ;)



Putra Putri Kayangan

Kenapa tiba-tiba muncul gambar budak dua orang ni? hey hey! tak kenal ke? itu lah SANGPUTRAKAYANGAN & SANGPUTRIKAYANGAN ! hahah. itu aku cipta sendiri dalam dunia cinta aku sendiri. hadoi. jiwang nya aku kan? sebab aku da dilamun lah apa lagi. tak paham-paham? bila korang jumpa orang yang korang gila-gila punya sayang, trust me, korang akan jadi jiwang dengan tiba-tiba, walaupun korang tak tunjukkan pada orang lain. haih. dah. tujuan entry ni, cuma nak tunjuk, betapa cantik gambar yang edit. hapa? tak cahantek?? kau orang ingat senang nak potong2 gambar tu? suka-suka cakap tak cantik! potong kang! huahua. jahat aku ni. alaaahh. korang tak nak puji tak pe. aku je puji diri sendiri. so, cantikkkknyeee!! okey, tu je. baiiii. ;)

Merapu meraban melalut

Ohhhhh. uhhhhhh. emmmmm. haih? kenapakah dgn aku ni? meroyan? sahsau? tidakkk. aku kesejukan ni. dari tengahari tadi, hujan ni tak berhenti. naik menggigil badan comel aku ni. lemak2 aku pun da beku tahuuuu? mak abah aku pulak keluar. tah buat apa tah, tinggalkan anak kesayangan diorang ni sorang2. agak tak kesian agaknya. [walhal aku yang tak pelawa diri untuk ikut diorang!]

Dengan rindu kat SANGKEKASIH da semakin menebal. nak call, kredit pulak tak ada. haih. malang betul. si busuk aku tu tak mencukupi kredit nak call aku. kesian dia dan aku. terpaksa menanggung seksa rindu. rindu ke dia?? [rindu laaaahh!] kedai topup pulak tak buka. da 3 hari ni. si AHYAU ni asik merayau je! kau tau tak kedai kau tu laku? pegi tutup tu kenapa? kalau nak berjalan pun, buka jela kedai. bia kitorang topup sendiri. haa?? takut kena rompak? laaahh kau ni. kau tak tau ke?? kitorang ni jujur binti amanah?? dah dah! cik nisa! apa hal kau becakap sorang2? gilo?

Haa! tengok la. punyalah aku kebosanan, bercerita pun da merapu. almaklum, aku memang suka merapu meraban. huahuahua. apa ke lawaknya? haih. okey, tak lawak! tu yg berbelog ni. rindu pulak pada blogging. facebook jua. apa jela. sume jenis yang ada kat internet ni. kecuali yang itu haa! alaaahh. yang ituu! tak tau jugak? tuuu la. tut tut. tetttt! yang 1 colour tu la. apa lagi! aku memang tak minat okey! geli gelaman gelabah aku tgk! haih! aku ngaku ke aku penah tengok?? okey okey! memang aku penah tgk! tapi bukan sorang2 ye anak-anak! tgk dgn rakan-rakan. itu pun dipaksa. diheret! kelopak mata ni haa, diorang buka kan! supaya tgk! kalau tak tgk, kena cucuk! cucuk dengan pisau! yes! sumpah aku tipu! huahua. aku rasa tak lawak pun! jangan gelak, mekaseh. aku tgk dgn rela. da tgk, uweekkkkk! muntah! sumpah geli!!

okey okey! aku mula melalut. tak cukup2 ke mengaku kuat merapu. jangan sampai melalut pulak! tu lah aku. suka lari dari topik. bia bia bia! dah dah. sebenarnya, aku tak ada cerita khas, maka, ini endingnya. baiiiii! tak beshnya entry ni. miahahaha. tak lawak!



Oh! Auta cikgu ye?


Murid: Cikgu, adakah orang akan dihukum untuk sesuatu yang belum lagi dilakukannya ?
Cikgu: Oh! Tidak. Orang hanya akan dihukum untuk perbuatan yang telah dilakukannya sahaja.
Murid: Syukurlah cikgu. Saya belum membuat latihan yang diberi oleh cikgu semalam.


Suami yang lurus bendul

Lelaki dari Bangladesh bernama Fatir dan rakannya Amin sedang berbual.

Fatir: Esok saya nak balik Bangladesh, isteri saya mengandung tiga bulan.
Amin: Wah mesti awak gembira.
Fatir: Sudah tentu, sudah tiga tahun saya tak balik!
Amin: ???


..aduh. si suami yang sangat lurus bendul. kesian..

Matahari gila

Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa.

Orang Gila 1: (sambil naik atas meja) Kamu tahu tak ?
Orang Gila 2: Tahu apa ?
Orang Gila 1: Aku ni matahari (sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi) lihatlah terang dunia ini disebabkan aku !
Orang Gila 2: (dalam hati) Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa .

Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku.

Orang Gila 2: Doktor, kawan saya tu mungkin bertambah gilanya.
Doktor: Kenapa ?
Orang Gila 2: Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat.
Doktor: Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun.
Orang Gila 2: Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ni nanti..
Doktor: ???



Saksi serba tahu

Satu kes sedang diperdengarkan di sebuah mahkamah. Saksi utama kes tersebut merupakan seorang wanita tua. Peguam cara mendapat giliran pertama untuk bertanya beberapa soalan kepada saksi.

Peguam cara: Makcik Fatima, makcik kenal saya?
Makcik Fatima: Ya, saya tahu benar siapa kamu sejak kecil lagi. Kamu suka berbohong dan mengata di belakang kawan-kawan kamu. Aku juga tahu kamu ada menyimpan perempuan simpanan di luar dan aku berasa amat kasihan dengan isterimu. Selain itu, kamu suka bercakap besar. Yang sama sekali tidak berasas dan benar.

Peguam cara tersebut terpegun. Lain yang ditanya, lain pula jawapan yang diterima. Untuk mengatasi kekejutannya itu, dia bertanya dengan selamba.

Peguam cara: Makcik Fatima pasti juga mengenali Tuan Hadi, Peguam bela?
Makcik Fatima: Oh ya, tentu saja. Bahkan ibunya dulu sering meninggalkannya bersamaku waktu dia masih kecil. Tak jauh beza dengan kamu, Hadi juga mengecewakan. Dia pemalas, suka menggoda perempuan dan hidupnya seolah-olah tanpa hala tujuan.

Habis sahaja Makcik Fatima berbicara, hakim memanggil peguam cara dan peguam bela untuk menghampirinya..


" Jika kamu berdua menanyakan kepadanya adakah dia kenal denganku..kamu berdua akan aku masukkan ke dalam penjara kerana menghina mahkamah. Mengerti????," kata hakim dengan tegasnya.



..haha. takut la tu kalau2 Makcik Fatima bongkarkan semua rahsia dia. almaklumlah, Makcik Fatima kan, saksi serba tahu! haha


Stesen Radio yg belum berani org buat

POT PET FM

24 jam stesen radio akan menyediakan topik perbualan dan sesi sembang-sembang sahaja. Satu lagu pun tidak akan kedengaran melalui siaran radio ini. Mau bernanah telinga mendengarnya.
IKLAN FM

Tak perlu lagi risau mendengar radio yang banyak menyiarkan iklan atau promo. Ni dia radio yang menyiarkan iklan 100 peratus. Mau cair tahi telinga kita mendengarnya.
ULANG-ALIK FM

Stesen radio yang ini akan menyiarkan lagu-lagu mereka secara berulang-ulang sampai gegendang telinga pendengar naik bosan, boring dan apa-apa saja bo.. yang diorang rasa. Mau aje rasa nak bo layan radio ni.
TESTING FM

Radio yang ini hanya akan membuat ujian untuk penyiaran sahaja tetapi tidak akan membuat penampilan sebenar mereka. Sesuailah untuk buat testing pendengaran atau testing sound system radio aje.
SEBERANG FM

Stesen radio ini hanya akan menyiarkan lagu-lagu dari seberang sahaja. Bukan seberang dari Indon saja tau tapi meliputi Seberang Jaya, Seberang Takir dan lain-lain seberang tapi tak termasuk Kuala Berang.

PERADUAN FM

Bagi kaki peraduan, stesen radio ini memang sesuai buat diorang. Masalahnya nak menembusi talian untuk menyertai peraduan memang azab. Tetapi itulah thrillnya dan yang paling penting, jangan sesekali lupa kata laluannya.

..huh. nasib baik tak ada stesen2 radio cm ni. kalau tak, memang takan wujud lagi radio tau! huhu