▷▷20121029

Fuhh rindu siot nak update


Assalamualaikummmmmm..

Aiyakkk. bole post entry lagi ke ni?? haha. bukan pe. ada kat 5 tahun gak la aku tak ngepost kan? bukan pe, sblm ni eksaited kan update guna ipad. tulah belagak lagi. dulu senarnya aku paling tak suka menaip guna touchscreen ni. bila dapat ipad, aku eksaited la nak menaip guna ipad tu. sampaikan nak update blog pun eksaited semacam.

tapi lama2 makin malas. hihihihi. kesian incik laptop. terbiar begitu sahaja. padahal dulu2 dialah peneman sejati aku. movie segala. alahaiiii rindu bangat sama laptop. haa ni ngah update guna laptop ler. antara mende yang paling aku suka ialah menaip. guna keyboard yang senyap adalah bukan minat aku. sbb aku takleh dengar bunyi keyboardnye. hehehehe

Macam mana dengan keje aku? Alhamdulillah. semuanya berjalan dengan lancar. semakin serasi nampak gayanya. bulan sembilan ritu, aku pergi kursus induksi. kursus yang wajib untuk semua kakitangan awam yang baru. seronok sangat. dapat kawan baru. masa mula2 nak pergi mcm tak syok. bila dah balik, rasa nak pergi kursus lagi. hehehehe

pastu awal bulan sepuluh lak, aku pergi exam SPA lak. exam ni pulak untuk pengesahan jawatan la. exam ni boleh bawak buku. tapi disebabkan aku takde bukunya, aku pun menghafal la segala isi yang patut dibaca. alhamdulillah, senanglah bagi aku. tatau la keputusannya kan. keputusan belum keluar lagi.

apa lagi ek. haa ni dah nak cuti akhir tahun. mcm2 hal sebenarnya berlaku antara kami2 pembantu makmal ni. tapi kali ni tersangkut sikit sebab guru panitia sains kitorang, suami dia sakit. so hal tu terpaksa ditangguhkan kot. aku pun bukan suka sangat tukar makmal lain. dengan tukar orang yg duk sama dengan aku tu. tapi takpe, aku terima aje apa yg berlaku akan datang. hehehehe. haaaa sekolah aku dah dapat pengetua baru. pengetua tu aku kenal jugak la sebab dia pernah jadi cikgu kat sekolah lama aku.

orang kata pengetua tu baikkkkkkkk sangat. kita tengok la sejauh mana baiknya pengetua tu. hehehehe. okelah itu aje kot. kalo rajin, aku update lagi ek. babai.