▷▷20100425

Di larang kentut !

Akhirnya Pak Ali yang sudah tua dimasukkan anak-anaknya ke rumah orang-orang tua. Baru saja dia masuk ke sana, seorang jururawat yang ayu sudah datang menemaninya duduk-duduk di anjung.
Begitulah, mereka berdua duduk bersebelahan sambil menatap matahari yang hendak terbenam. Tiba-tiba Pak Ali menyengetkan badannya ke kanan.
Si jururawat dengan cekap menangkapnya agar tidak terjatuh dan menegakkan badannya kembali. Beberapa saat kemudian kembali Pak Ali menyengetkan badannya, kali ini ke kiri. Kembali dengan tangkas si jururawat menegakkannya kembali. Begitulah terjadi selama beberapa minit.
Akhirnya si jururawat membawa Pak Ali kembali ke biliknya. Keesokan harinya, anaknya datang melawat.

" Bagaimana keadaan ayah di sini? " tanya anaknya.
" Seronok. Tilamnya empuk, makanannya enak, jururawatnya manis-manis. Tapi ada satu masalah "
" Masalah apa ayah? "
" Mereka tidak mengizinkan ayah kentut di sini "



Suami Isteri sama curang !


Mimi: Abang Joe.. jom la datang rumah I.. I rindu la.. lagi pun suami I pergi oversea tadi..
Joe: Baiklah, malam esok abang pergi tau.. nanti pandai la abang kelentong isteri abang tu.
Mimi: Oh ya.. sebelum datang esok, abang cukur misai kasi licin dulu tau. Abang tahu kan, I suka lelaki yang babyface!
Joe: Alamak.. yang ni susah sikit. Isteri abang suka abang simpan misai cari makan ni, nanti dia marah pulak.
Mimi: Alaaaa.. abang ni nak jumpa I ke, tak nak ni?
Joe: Okeylah! Okeylah sayang. Mimi punya pasal.. apa saja abang sanggup!

Keesokan paginya, semasa Joe hendak pergi ke pejabat dia telah berpesan kepada isterinya, dia terpaksa pulang lewat malam nanti sebab ada 'mesyuarat tergempar'. Semasa di pejabatnya, Joe telah bertindak mencukur misainya sampai licin. Malam itu Joe berdondang sayang dengan Mimi sampai dinihari.
Pukul 4 pagi, ketika Joe balik ke rumahnya, bilik tidurnya gelap. Perlahan-lahan Joe salin baju dan naik ke katil senyap-senyap.
Tiba-tiba isterinya tersedar lalu meraba-raba muka Joe yang licin dalam gelap sambil berkata:


" Kenapa kau tak balik-balik lagi Farid.. kejap lagi suami akak balik..!"

..huh. apa nak jadilah. suami isteri curang. heheh. yg kantoi dungunya, si isteri le. huhu! pdn muka si suami, sapa suruh curang jugak! tu lah balasan.

Mi Bandung kegemaran Suami curang ?

Selepas beberapa bulan, Shaari mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya, Ratna didapati hamil. Shaari tidak mahu rumah tangganya hancur. Dia mengambil keputusan menghantar Ratna balik ke Bandung melahirkan anak mereka di sana.

Shaari berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut sehinggalah berusia 18 tahun. Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Shaari menyuruh Ratna menghantar sekeping poskad menulis perkataan: 'Mi Bandung' setelah bayi mereka lahir nanti.

Poskad itu bagi memaklumkan Shaari supaya menghantar segala urusan perbelanjaan untuk anaknya. Suatu hari, setelah sembilan bulan berlalu, semasa Shaari pulang dari kerja, isterinya Salina menegur dengan muka mencuka.

"Bang ... abang dapat poskad peliklah hari ni," beritahu Salina berkerut-kerut.
"Oh, tak pe... bagi poskad tu kat abang. Nanti abang check dulu, apa ke benda yang pelik tu!" kata Shaari.

Salina pun memberi poskad itu kepada suaminya. Shaari terus membaca poskad tersebut. Serta-merta wajahnya bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!

Poskad itu berbunyi:


"Mi Bandung, Mi Bandung, Mi Bandung, Mi Bandung - dua ada telur, dua tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"