▷▷20100330

Hina kan orang gemuk ni?

kenapa aku cakap macam tu?
sebabnya, seingat & sekuat memori aku, 3x aku dikutuk baekkk punya.
pertama, ada org cakap aku gemuk macam badak sumbu.
kedua, ada org cakap badan aku mcm tong air batu.
ketiga, terlatest, ada org cakap, muka aku mcm ikan buntal, tak comel langsung.

utk yang kali pertama dikutuk, aku menangis sekuat hatiku.
hanya faiz yang mendengar tangisan itu. tapi aku hanya menangis.
utk kali kedua, aku hanya tersenyum. dan terfikir, gemuk sangat ke aku ni?
bila kali ketiga, aku tersenyum. dan terfikir, betul jugak ek. tapi, tiba2 aku menangis.

kenapa? sebab, aku terfikir, apa ke hinanya menjadi orang yang gemok ni?
apakah aku ni pernah meminta-minta duit dari diorang utk aku makan?
adakah aku membuatkan mereka tak boleh tidur sebab tak cukup ruang utk tidur?

aku menangis semahu-mahunya. air mata ni meleleh dengan sendiri. tak henti-henti.
kenapa lah, aku gemok? kemudian di hina.
boleh tak aku beritahu mereka, yang aku ni manusia biasa?
ada hati dan perasaan? kenapa nak samakan dengan binatang?
kalau bergurau, boleh dipertimbangkan. tapi, ini bukan gurauan.

faiz tahu, aku terluka. dia jua yang pujuk aku.
dia cakap, ini cabaran utk aku.
sememangnya aku mahu turunkan berat badan.
tak apalah, tunggu lah. insyaAllah, aku berjaya sahut cabaran ni. ;))