▷▷20120220

Assalamualaikum.

Oke harini da 20 Feb 2012 kan. semalam, 19 Feb 2012, genaplah hubungan aku dengan si Pais 2 tahun 11 bulan. bulan depan, kitorang genap 3 tahun la kan. bagi aku, hubungan cinta aku dengan dia paling lama pernah aku jalinkan. semuanya sebab kesabaran yang dia hadapi. hehe.

oke, disebabkan semalam genap itu ini, so kitorang keluar jalan2. ke Kluang Johor, pegi tengok wayang, pastu jalan2 kat ayer hitam. pastu singgah kat Batu Pahat Johor. oke, hebat tak? 3 DAERAH terus kitorang jalan2? haha.

mana taknya, daerah2 ni sebelah2 je. nak pegi satu sama lain, memang kena lalu satu sama lain. so, jalan jela kan. so aku taknak banyak cite sangat. aku jamukan dengan beberapa keping gambar. tenkiuuuu~

















▷▷20120216

Hello 2012!

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini aku masih lagi bernafas di dunia yang fana ni. tahun ni, 2012 usia aku dah pun menjejaki 24 tahun pada 23 Januari yang lepas.

Masa tarikh tu, orang berbangsa cina tengah sibuk meraikan perayaan diorang. so sume dok sibuk main bungapi sana sini. aku pun terasa meriah la kan. tapi bukan pasai aku duk nak beraya, tapi sebab terasa dorang sambut birthday aku pulak. keh keh keh~

Tahun ni, dan juga beberapa bulan tahun lepas, macam2 dugaan yang aku tempuh. macam2 ragam. Alhamdulillah, semuanya menyeronokkan. aku bekerja di sebuah butik Peace, di mana butik ni menjual pakaian wanita dari pakaian dalam sehingga ke jubah, seluar, baju kurung dan juga blaus. the best part nye, pakaian ni sume dari size xs sampai size xxxxxxL tau!


ada la dalam dua bulan aku keje kat situ. merasa 3x gaji. haishh. bila da keje kdai baju ni, kat rumah memang penuh la dengan koleksi baju, baju, baju, seluar dan sebagainya. heheh. biasala kan. keje kdai makan, perot yang diisi. keje kdai kasut, rak kasut yang diisi. bila keje kdai baju, ofkos la almari yg diisi kan, takkan la dapo lak yang diisi lak. macam tak logik kan? heheh.

seronok sebenarnya keje kat sini. jumpa mcam2 pelanggan. pujuk pelanggan. eh memang besh la. lagi besh bila kite dapat komisyen tu. bila dapat gaji. terasa tau gaji tu hasil titik peluh sendiri. hasil semburan air liur yang penat becakap dengan pelanggan. heheh.

kenapa aku berhenti? haishh. macam ni. ada sedara mak aku tu. kekurangan pekerja kat tempat dia kt KLIA. so, dia tawarkan aku kerja kat tempat dia. actually, bukan tawarkan, tapi memaksa! hahah. siap nak suruh aku berhenti serta-merta kat tempat keje lama dia.

nak taknak, aku kena ikot ckp mak aku kan. yela, dia rapat sangat dengan sedara dia tu kan. kesian la konon sebab dia kekurangan pekerja. ikotkan aje ler. so masuk tahun 2012, bulan januari, aku pun gerak ke KLIA. keje kat sana. actually, aku demam masa p sana. so aku keje dalam keadaan demam. tak syok la kan. da la segan gila nak mengadap warga asing ni.



sume pakat mat saleh. tapi bila da lama2 keje kat situ, rasa konfiden gila nak speaking. broken2 pun broken la. janji depa paham apa aku ckp. hahah! kadang2 dorang sendiri broken english kan. contoh mcm yg datang dari CHINA atau JEPUN. kena guna bahasa isyarat tau. sebab dorang langsung tak reti ckp english. dah tu, nak ckp KANTONIS or JEPUN lak dengan kita. tau la muka ala2 amoi kan! hahah!!

oke tak. tak macam amoi langsung! melayu tulen! :P

so, aku ni memang terer buat bahasa isyarat. sanggup pe! sebab pe tau! dorang ni kaya2 bai! skali beli tak main puluh2, mesti ratus2. smpai pat lima ratus. ada skali tu jepun tu, aku da siap2 ckp harga sume pat ratus lebih. dia bole kuakan selai je rm50. aku mintak lagi beberapa keping. dia kuakan lagi selai. last2 aku suh dia kuakan selai demi selai smpai cukup. peh mamat tu! kalo aku jaat, aku da mintak lebih2. hahah! duit malaysia dia, tebal gila! sume note rm50. hoho!

so hakikatnya, keje kat situ memang besh. sebab mengadap pelanggan yang tak pernah marah. sumenya senyummmm belaka. kita tegur sikit, dia punya ramah, smpai aku sndiri dah blur nak balas apa! aah! aku memang terer english kan! hahah!

oke lah! cukup cukup cukup! aku malas nak cite lagi. yang beshnye, aku skang tak kering duit la. walaupun, err.. aku tak keje situ lagi! hahah! ada la sebab musababnya. tapi aku masih bekerja. :D oke papai!


▷▷20110929

Haih la nasib

Assalamualaikum. hai. harini aku kurang sikit la mood kan. pasai keje je sebenarnya. oke, sebelum2 ni aku selalu berhenti kerja sebab aku yang tak tahan dengan kerja tu kan. so, aku berhenti terus.

yang sekarang ni, aku bukan taknak dengan kerja ni. cuma, memang aku rasa kerja ni susah, tapi susah bila ada bos sahaja. kalau tak ada bos, aku rasa senang je keje aku. semuanya berjalan dengan lancar.

sampaikan semalam, aku ada buat kesilapan la. terhilangkan check list hostel yang dia beri 3 minggu lepas. benda tu dah lama. dan ada copy pun dalam komputer. tapi dia tak puas hati sangat sebab aku cuai la kan. 

habis aku nak buat apa lagi? aku kena cover balik la kan keje aku? so, aku buat la balik. beria-ia aku buat keje semalam weh. tiba2 harini, aku rasa macam aku dah siap semua kerja yang dia suruh aku buat. semangat aku nak pegi keje.

awal2 aku dah datang kerja. semangat kot! tengah2 buat kerja, tiba2 dia kol. (sebenarnya dia balik penang). dia tanya pasal kerja check list hostel tu la kan. aku ingat apa yang aku buat tu, dia dah oke la kan. rupanya dia suruh aku cek satu persatu hostel. itu memang tak kisah. masalahnya semalam, dia ckp, "awak ingat balik apa awak tulis dalam check list tu, dan buat balik pada check list yang baru ni".

jadi mende yang dia ckp tu, aku da buat. tapi tak sangka, mende lain lak yang dia suruh sebenarnya. salah paham la sebenarnya kan. dia marah2 aku dalam phone. dia kata aku tak berubah. masa tu, blur gila aku. aku rasa macam tak patut je dia cakap aku tak berubah sedangkan aku dah beria-ia buat keje yang dia suruh.



nak rasa apa ek masa kena marah tu? aku ketawa je masa tu. aku cakap dalam hati, mak aih "apa yang aku buat semalam jadi sia-sia belaka. dengan penatnya, dengan balik lewat sebab nak setelkan keje dia semata-mata, sakit pinggang lagi, sakit kepala lagi, jadi SIA-SIA sahaja"




bila hujung-hujung dia marah tu, dia cakap "saya rasa awak tak sesuai keje kat sini lah. saya rasa baik awak hantar surat resign sahaja maaa". aku terus cakap "OK!" dengan penuh semangat!

sebab masa tu, aku rasa tak berbaloi dah aku nak keje sini. apa yang kita buat, dia tak hargai. dah tu, apa yang dia nak, kita tak tunaikan, itu yang dia lebihkan marahnya. sudahnya, dia suruh aku berhenti. memang terbaik punya bos. 

dan untuk pengetahuan korang semua, inilah satu-satunya bos yang SURUH PEKERJANYA BERHENTI SEBAB DIA SENDIRI TAK TAHAN DENGAN PEKERJANYA ATAS SEBAB YANG TERLALU KECIL. weh! aku keje sini baru 3 minggu weh. semua masih baru bagi aku. dia selalu ckp, "kesalahan bagi saya, bukan masalah". tapi dia jadikan kesalahan aku sebagai alasan untuk dia berhentikan aku kerja. 




buat penat je aku bertahan kerja dengan dia. tahan kena marah hari2. tahan kena bebel berjam2 lamanya. aku rasa penat bila pikir balik apa yang aku cuba pertahankan selama ni. bagi dia senang, sorang blah, sepuluh ada lagi nak kerja. inilah masalahnya bila aku tak pernah bekerja di bawah naungan sorang yang digelar KAFIR LAKNAT! dapat masalah fahaman bahasa atau penyampaian. okelah. harini hari last aku keje. entah berapa je gaji yang aku dapat pun aku tak pasti. dapat RM10 pun berbaloi dari dapat habuk je kan. 

tapi kalau betul dapat RM10, aku hamun dia la! hahahahaha! hengat aku robot ke kuli batak? buat keje penat2, bayo takat lepas sekali makan je. oke babai. assalamualaikum. nasib la kome baca kali ni panjang gila. aku nak sangat meluahkan perasaan secara bertaip.