▷▷20100527

Suka ubah page belog!

Haiiii. aaarr fenat fenat! heh. macam-macam aku ubah kat belog aku hari ni. background masih sama. futihh suci ouch i like! yang berubah, hurmmm. let see together.


1- HEADER akakk la opkos kann kihkihkih yang diwar-warkan siang tadi.
2- then, tajuk tiap widget aku ada background tuu yang hijau-hijau tu hehe.
3- signature la apa lagii kan tak nampak budak pocoyo tuu besama namaku ekekek


haihhh sangat seronok tengok ada perubahan. amacam?? esok lusa aku post entry info lagi ekk. 

Header tukar lagiii !

sila ucapkan babaiiii pada header lama akuu. kenapa? kenapa tukar lagii?? errr aku tengok gambar utk home email banner bagai tu cantik fulak tulisannya ekekekek. jadi tiru la agagagag.


yes yes. korang suka takk?? tak suka?? suka jugakk!! penat buat! ;p


KOMEN SIKIT SUPAYA AKU TAWUU APA PATUT BUANG DENGAN APA PATUT BIARKAN AJEE. :D


Airmata ini untuk kucingku..

tadi blogwalking punya pasal, aku jumpa satu blog menceritakan kisah kucing-kucing dia. comel-comel belaka. tiba-tiba mengingatkan aku pada 'arwah' kucing aku. 


dulu, aku ada bela seekor kucing. hmmm kira-kira tahun 1998 gitu. masa tu aku darjah 4. kucing tu pemberian abang ngah aku. dia nak kawen. bini dia takut kucing. sebab tu dia bagi kucing dia pada aku.


masa abang aku nak bertunang, aku ada datang rumah bujang dia. masa tu kucing dia baru nak membesar. nakal sangat. semua orang dia kejar dan nak gigit. aku ni paling penakut la kan. sebab masa tadika dulu penah kena cakar dan digigit kucing. tu yang aku terus fobia dengan kucing.


bila abang aku nak serahkan kat aku, aku mula-mula taknak. yela, kucing tu tengah nakal. jantan pulak tu. nak tak nak, aku kena terima jugak. 


kucing aku tu kitorang bagi nama sitam. mata dia hijau. ekor dia pendek dan bengkok. masa abang aku jumpa dia, dia baru lahir kot. abang aku tengah jual burger.


abang aku tak ada susu nak bagi sitam. jadi, abang aku bagi tapak tangan. sitam pun jilat-jilat tapak tangan, dan nyonyot tiap ruas jari.


tiap kali dia nak tidur, mesti nak nyonyot ruas jari. jadi mula-mula aku geli sangat nak bagi sitam buat macam tu kat aku. yelah, aku ni penggeli orangnya. 


dengan mak abah aku, sitam macam nak tak nak je nyonyot dengan jilat. lama-lama aku terbiasa. masa aku nak tidur je, aku dengar pintu bilik diselak. tengok-tengok sitam dah naik katil. get ready nak jilat tapak tangan aku dan nyonyot tiap ruas jari aku. sampai dia tertidur.


bulu dia cantik. halusss je. sitam ni takut orang. kalau ada je orang datang rumah, dia mesti lari hilang entah ke mana. tetamu balik je, alih-alih dia dah muncul. lapar la tuu. 


tapi, jiran-jiran da biasa agaknya dengan sitam. jadi, diorang pun sama-sama bagi makan kat sitam. penah 1 hari tu, sitam nak lompat jauh. dari dalam rumah nak keluar. aku duduk kat depan pintu. agaknya dia dah target nak lalu betul-betul depan muka aku. sekali entah macam mana, aku terkedepan la sikit muka aku. apa lagi, terhantuk la muka aku dengan muka sitam. haha terhoyong-hayang sitam jalan. pening la tuu. kesian dia.


aku penah nak amik gambar sitam. masa tu dia landing baikk punya atas tv. comel sangat-sangat masa dia tidur. tapi incik abah tak bagi. dia kata, nanti mengagungkan binatang pulak.


sitam penah sakit teruk kat kaki. tak boleh langsung usik kaki dia. mesti dia nak cakar. kesian dia. aku penah dukung dia erat-erat, peluk kuat-kuat. rasa sayangggg sangat kat dia. dan masa tu la, dia jilat pipi aku. kaki depan dia usap pipi aku. seolah-olah, macam itu pertemuan terakhir kitorang. menitis air mata aku sekarang..


tak lama lepas tu, sitam hilang. hari-hari aku tanya incik abah, mana sitam. incik abah cakap tak tau. 


sampailah aku tingkatan 2. masa tu nak pegi sekolah agama darjah khas. malam tu aku mimpikan sitam. masa cerita kat incik abah, aku nangis. aku cakap rindu sangat kat sitam. kenapa tak balik-balik lagi.


incik abah pun cerita hal sebenar. sebenarnya, 2 tahun sebelum tu, dia jumpa sitam da mati. mulut berbuih. incik abah da tanam depan masjid. Ya Allah! terperanjat aku! sitam da mati! sumpah, aku rindu sangat kat sitam..


*air mata aku tak berhenti pulak ni..

Adakah SANGKEKASIH ada orang lain? :'( [sambungan]


harap maklummm ni entry sedih a.k.a meluah rasa tak sedap di hati uhuk uhuk

sequal
entry semalam ye. pagi ni aku mimpi lagi. kali ni, dia save no xgf dia as HAKIMI. aku ingat no xgf dia. then aku ngamuk la dalam mimpi tu. tapi bila bangun, aku termenung. sampai skang, aku masih terfikirkannya..



" Ya Allah, jika dialah jodohku, dekatkan kami, percepatkan jodoh kami, kekalkan jodoh kami Ya Allah! tetapi, jika bukan dia jodohku, jauh kan lah kami sejauh yang mungkin Ya Allah! sebelum aku menghadapi kecewa lagi. sakitnya kecewa itu Ya Allah! terpaling sakit.."