▷▷20100426

Penunggu jambatan !

" Ally, akak balik rumah kaulah malam ni. Tengok sekarang dah pukul berapa ni, banyak lagi nak print saman ni." rungut Kak Salmah.

" Ikutlah kak, macam tak biasa pulak." kata Ally.

" Alaaa, Kak Sal tu takut nak balik malam-malam ni sorang. Bukan orang tak kenal dengan Kak Sal." Katie berseloroh.

Selepas bercakap itu mereka mulai membuat kerja semula. Bukan saja mereka bertiga di pejabat, malah ada beberapa pekerja lain juga bersama menyiapkan kerja. Katie beberapa kali dah menguap. Kak Sal pula asyik melihat jam di dinding.

" Takpa.. kan Encik Zol kata malam ni otie double. Elaun makan nanti dia campur sekali tau! " salah seorang rakan kerja memberi kata semangat.

" Sejuk kan? Dari tadi hujan tak berhenti." Kak Sal tak habis-habis membebel.

" Kak, biarlah hujan tak berhenti. Jom kita berhentikan kerja kita. Saya dah periksa semua, dah siap." Ally mulai kemas meja.

Kak Sal dan Katie tak sabar-sabar nak balik. Lepas je berkemas diorang dah tercongok kat depan pintu ofis. Ally pun tutup pintu ofis. Memang dah lewat sangat ni, dari hujan lebat sehingga hujan hampir berhenti.

" Hujan lebat betul kan, baru sekarang renyai-renyai." kata Katie.

" Ni yang aku risau ni, kalau hujan macam ni jalan masuk ke rumah kita banjir ni. Silap-silap kita kena pusing dan ikut bukit dan jambatan besi." Ally memperlahankan radio.

" Apa? Jambatan besi, Ally. Janganlah banjir." Katie menadah tangan seperti berdoa.

" Kenapa dengan jambatan besi tu?" tanya Kak Sal kehairanan.

" Sekarang ni dah pukul 11 lebih. Kalau banjir kena pusing memang tepatlah pukul 12 tengah malam kita sampai kat jambatan besi tu. Orang kat taman tu semua dah kata, jambatan besi tu ada penunggu." terang Katie.

Kak Salmah memandang ke arah luar. Hujan renyai-renyai meyakinkan Kak Salmah yang jalan masuk rumah Ally memang banjir. Ally memperlahankan kereta kerana ada orang beri isyarat agar menggunakan jalan lain. Sah! Jalan depan tu dah ditutupi dengan air dan sekarang mereka tiada pilihan lain selain dari mengikut jambatan besi itu.

" Eiii..gelapnya kat sini. Selalunya orang takkan jalan kat sini. Diorang sanggup meredah banjir ataupun tunggu air surut baru pulang." bebel Katie.

" Ssyyyyytss.. Katie ni diamlah. Tu ke jambatan besi tu? Ally bawa perlahan-lahan." Kak Sal mula ketakutan.

Ally memang membawa kereta perlahan. Bila kereta dah melalui suku jambatan, hati Katie dan Kak Sal makin berdebar. Ketika itu, suasana sunyi betul, yang kedengaran hanyalah bunyi tayar yang bergolek atas jambatan besi.

DESHUUUUMMMM!!!

" Ya Allah! Bunyi apa tu Ally, kita langgar apa ni?" Kak Sal bertempik.

Katie yang duduk kat depan dah melompat ke belakang dan memeluk Kak Salmah. Ally memegang dada. Memang terkejut gila. Hati Ally berdebar tak terkata.

Ally memberanikan diri keluar dari kereta. Manalah tahu Ally terlanggar orang ke? Tak ke kesian kalau tak tolong. Kaki Ally memang menggigil. Ally ke hadapan kereta, takde apa-apa. Ally menonggeng untuk melihat bawah kereta. Tak ada apa-apa pun tapi tadi memang bunyi berdentum seperti melanggar sesuatu. Ally pun mengambil keputusan untuk teruskan perjalanan pulang. Bila Ally bangun je..

" Ya Rasul! Ada lembaga putih berdiri di belakang Ally!" Ally tergamam.

" Kenapa kacau orang ni?" tanya Ally dalam ketakutan kerana terkejut tadi.

" Siapa nak kacau, orang nak lepak kat sini je. Lagi pun orang kata kat sini ada lembaga selalu lepak, jadi setiap hari aku tunggulah nak jumpa tapi takde pun." kata lembaga putih itu.

" Tak apalah, kalau gitu bagilah kami lalu." kata Ally dengan secara lembut.

" Sebelum tu, kau ada nampak tak lembaga tu?" tanya lembaga tu.

" Takde juga. Saya pergi ya." kata Ally lagi sebab tak sanggup nak menengok muka dia yang hodoh.

Ally pun naik kereta dengan berharap Ally tak payah bergaduh dengan benda tu. Kak Salmah dengan Katie tutup mata sambil baca ayat-ayat al-Quran tapi dalam hati, Ally nak tergelak pun ada. Apa punya bodohlah lembaga tu, orang cerita pasal dia yang menunggu kat jambatan besi tu. Dia lagi mahu tanya.


* Ally mempunyai 1 kelebihan, di mana dia dapat melihat makhluk halus, berkomunikasi & boleh menghalaunya.

seram tak? tak seram? buat-buatlah seram. tak nak seramkan jugak? ada aku kesahh? kihkihkih. lawak sangat la tu!

0 komen kat sini !: