▷▷20100717

Macam pelik, tapi tak heran derr ( Part 3 )

1. Perkataan page pada istilah PageRank bukanlah berasal dari perkataan page yang bererti halaman dalam bahasa inggeris, tetapi berasal dari nama kedua penciptanya, iaitu Larry Page.



2. Stanislawa Walasiewicz dari Poland memenangi acara lumba lari 100 meter di Sukan Olimpik 1932 di Los Angeles, Amerika Syarikat dan menjadi atlet wanita pertama yang melepasi had masa 12 saat.

3. Penduduk Arab Saudi adalah pengguna minyak wangi terbanyak di dunia per kapita, iaitu sekitar 0.95 liter bagi setiap orang, lelaki, perempuan dan kanak-kanak.


4.  Sehinggalah tahun 1950-an, orang-orang Tibet membawa mayat mereka ke bukit, memotong-motongnya hingga kecil dan memberikannya kepada burung-burung sebagai makanan.

5.  Lintah pertama kali digunakan dalam pengubatan sekitar 2,500 tahun yang lalu. Air liur lintah mengandungi zat yang mencegah pengentalan darah manusia.


6.  Seekor ulat sutera mampu memintal benang sutera hampir 2 kilometer panjangnya.

7.  Rata-rata setiap warga Amerika menggunakan 53.07kg kentang, 52.63kg daging, 46.36kg sayur-sayuran segar, 32.29kg buah-buahan segar dan 286 biji telur per tahun.


8.  Burung hantu adalah satu-satunya burung yang menurunkan kelopak mata bahagian atasnya untuk berkedip. Burung-burung yang lain mengangkat kelopak mata di bahagian bawah.

9.  Seekor gajah dapat menghabiskan sekitar 227kg rumput dan 227 liter air dalam sehari.

10.  Sebahagian besar kemalangan yang berlaku dalam lumba basikal menyebabkan kecederaan di kepala. Perkara ini boleh dicegah apabila pelumba basikal tersebut memakai topi keselamatan.


11.  Sebagai sutradara atau pengarah, Clint Eastwood tidak menggemari cahaya yang terlalu banyak, yang dianggap beliau seperti televisyen. Ia lebih menggemari efek filem noir, khususnya dalam filem-filem thrillernya.

p/s: SELAMAT BERKONGSI!


13 komen kat sini !:

ardinihumaira said...

eh.... ada yang ke-12 tau...

12- dni suka tdo tapi bila tdo banyak dni tak suka..


hehe cmana tu ;p

Umie Nadhirah said...

nice sharing ^^

Kie-yu said...

heee..nk menyibuk gak :D

13 - aku suke bace mende2 mcm ni
buatlah bebanyak lagi.

nabil_potter said...

info menarik :)

♥ ♥ ♥ ctiey ♥ ♥ ♥ said...

byk rupenya yg kite xtaw ae..
hu2..
menarik2!
yg plg mnarik org tibet..
hu2..


btw..sudi2 la jenguk my blog ae...
sudi la juge folow skali ye..
tq!..

http://owlkieranaa.blogspot.com/

~Ann~ said...

macam pelik ker? haha.. ok macam jer la kan. haha

ZACK ENTRY said...

pekara yang pelik tapi tak heran ialah eciz budak nakal selalu tukar layout..tak heran der..=p

Faizal The Newscaster said...

waa layout sudah tukar..
hari tu gelap..hari ini cerah..hehehe

wah sampai clint eastwood pun ada dalam ni.. old skool..

p/s : smlm tersilap post entry daa..hajat nak schedule dulu..hahaha

Spek PinK said...

wah..kloapak mata burung hantu cumil..kalo pakai eyeshadow mesti mgancam burung hantu tu.. hehe.. xpasal2 lak~ :p

E.d.Y said...

wah..banyak yang tak tau...

Hasrol Nizam said...

banyak nya org arab guna minyak wangi..hehe..


Dari gopeng ke taiping. oh kisah bas lompat

ARC™ said...

thanks for the info!

nabilah_2908 said...

warga Asia menggunakan berpa kg beras per tahun..? (^_^)

jom ke APA KATA HATI pulak,
CREAM PUFF