"Jika korang ingin melakukan maksiat kepada Allah, Janganlah korang makan rezeki Allah"
huraiannya..
huraiannya..
Kita ni hari-hari makan dan minum siapa yg bagi rezeki? Kalau orang kata kita ni manusia yang tak mengenang budi kita marah. Namun begitu kita masih lagi berbuat apa yg dilarang dan dibenci-Nya?
"Jika korang ingin melakukan maksiat kepada Allah, carilah tempat yang tidak dilihat oleh Allah"
huraiannya..
huraiannya..
Tau pulak malu buat maksiat depan orang tua, tok imam atau kengkawan yang ingat korang ni orang baik-baik. Tau pulak cari port takde siapa nampak bila nak buat benda tak senonoh tapi tau tak korang yang Tuhan nampak semua yang korang buat, tak kira kat mana korang berada waima dalam kubur sekalipun. Dah tu apa cerita? Apasal buat juga?
"Jika korang ingin melakukan maksiat, jangan menetap di bumi Allah"
huraiannya..
huraiannya..
Kalau mak bapak halau kita dari rumah sebab kita ni jenis manusia yang tak kenang budi, boleh le korang bawak diri ke tempat lain dengan bongkaknya sbb dunia ni besar tapi kalau dengan Tuhan pun kita buat perangai tak senonoh, ada lagi ke tempat lain yang korang boleh berambus?
"Jika korang ingin melakukan maksiat, sila minta tangguh dari malaikat maut barang seminit dua dari mengambil nyawa korang"
huraiannya..
huraiannya..
Adat le bila buat maksiat manusia mana ingat pada mati, seronok dengan hidup. Macam la kita tau umur kita panjang lagi, sempat tobat bila kederat dah tak kuat. Macam mana kalau malaikat maot datang mencabut nyawa masa korang tengah syok layan nafsu? Nak ke dia tunggu korang selesai dulu?
"Apabila malaikat munkar dan nakir menyoal korang, lawanlah dia jika korang mampu"
huraiannya..
huraiannya..
Kat dunia kita terkenal dengan mulut laser, mulut nuklear, apa orang kata kita nak lawan. Sampai takde siapa berani tegur kejahatan yang korang lakukan tapi kat dalam kubur nanti mampu ke kita tunjuk terer bila diinterview oleh malaikat munkar & nakir? Agak-agak diorng takut ke dengan kehebatan mulut korang yang lancang dan kuat mencarut tu?
"Jika Allah mengarahkan kepada korang supaya masuk neraka Allah, jangan patuhi perintahnya"
huraiannya..
huraiannya..
Kat dunia memang korang boleh tunjuk keras kepala, semua arahan korang berani lawan sampaikan perintah Tuhan pun korang lawan sebab Tuhan tu korang tak nampak. Jadi lagi le senang nak tunjuk lagak. Namun kat akhirat nanti boleh ke korang lawan bila diperintah masuk neraka? Jika korang tak mampu berbuat demikian, kenapa korang boleh berterusan menderhaka dan memaksiati Allah?
2 komen kat sini !:
wah..bagusnye....insaf jap..hehe
insaf jap je? haha
Post a Comment