▷▷20100319

* Happy 1st Anniversary Sayang *

Setahun yang lalu..

Tanggal 130209
aku ditakdirkan berhubung semula dengan seorang kawan lama bernama Muhammad Faiz bin Moh@Mohd Shah. mula-mula aku sangkakan dia sombong tau. rupanya, dia ni seorang yang pemalu. dan masa-masa aku menggelar dia sombong, dia sedang setia dengan kekasihnya. ahhh. tak kuasa akak nak tahu. kuang kuang kuang. dia cakap, dia dah banyak kali tukar nombor handphone, tukar handphone, tapi satu nombor je masih tetap berada dalam simpanannya, iaitu, malas akak nak cakap, AKAK LAH SAPA LAGI KANNN. kuikui. kami jadi semakin rapat bila, xbf aku bernama Shahridzuan memutuskan hubungan dengan aku. huihui. akak sedih juga masa tu. yela kan, orang tak nak dengan kita. INGAT AKAK KISAH SANGAT?? hukhuk. tapi tak apa, dah ada yang baru pun. tapi belum la couple kan. ala-ala angau gitu. tak kuasa akak. kihkih~

Tanggal 190309
aku datang ke rumah faiz. hanya untuk bertemu dia. kebetulan, mak aku nak jumpa kawan dia. berhampiran dengan rumah faiz. masa tu, kami malu-malu sangat. macam orang yang kali pertama berjumpa. :)
dan hari ini juga, aku ditabalkan sebagai kekasih hati faiz. kami COUPLE! seronok!
ni sikit lah dialog kami yang aku masih ingat. errr, akak copy paste je dari posting setahun lalu. ngehngeh;

aku : ko kata, kalo jumpa, nak declare. [dgn selamba+sipu2]
dia : [tersipu2] err. a'ah ek. err. [merah suda muka nya] hahaha. [tb2 gelak.!]
aku : merahnya muka. hahaha. [tolong gelak sama]
dia : ermm. sudi tak kau jadi kekasih hati aku? [selamba tp muka merah padam]
aku : err. mestilah sudi. [tesenyum malu]
dia : [dgn selamba] mak aih. jiwang smcm. mcm klaka plak. hahaha
aku : tahu xpe. hahaha

masa tu, kami ber HAHAHA saja. malu lah katakan. ahh. tak kuasa akak tau. muka masing2, mmg merah padam. dia tu dah lah pemalu, i likeee!! haha. ha, ni lah gambar kami setahun yang lalu.

see? muka kami. pergh! memang malu-malu. tak boleh control memek muka. haha. yes yes.

Tanggal 200309
ditakdirkan, aku kena pergi ke kampung tengah. tidur rumah makcik kawan sekampung aku. kerana, 2 hari aku kena pergi kursus kawin.[aku mentionkan KURSUS KAHWIN?] ngeh ngeh. utk persediaan masa depan je. bukannya tak sabar-sabar okey. kalau itu pun, ye jugak kot. alahhh. malas akak. hakhak. sambung cerita, bila sampai je di segamat, aku terus jumpa dengan faiz. seronok. berjalan saja kerja kami. tapi aku tak selesa, dengan badan melekit nya, dengan bapak aku asik call. normah pulak nak balik lambat. jadi, aku singgah ke rumah faiz. hilangkan rasa boring. lepak kat luar jela bertemankan angin sepoi-sepoi bahasa tamil. hekhek. bila semuanya kawan aku dah setel, aku boleh balik. maka aku balik dengan rasa malu dengan makcik normah. rupanya, nothing yang berlaku.

Tanggal 220309
aku nak balik ke labis. hah. ada aku beritahu tak? yang jauhnya labis dan segamat ialah kira-kira 40km. huish. jauhnyeeee. ngeh ngeh. sangat jauh bagi aku dan si faiz ni. tapi sebelum balik ke labis, sempat jumpa faiz. kat rock garden. bertenggek atas moto masing2. hehe. saje melepaskan rindu. dpt tgk muka pun jadila. :D then balik. :)

Tanggal 040409
q dtg ke rumah. siapa q? ouh. kawan aku le. baik juga. comel. sopan. heii, akak puji dia ke? alahh. akak saje je nak glamourkan beliau. masalahnya, belogg akak ni, GLAMOUR KEE? hukhuk. berbalik pada cerita, aku terus turun segamat. dpt jumpa faiz lagi. kali ni, double date. aku dengan faiz. q dengan apiz. siapa apiz? kawan faiz yang faiz kenalkan pada q. ala-ala kenen-kenen gitu. hikhik. baik kan kami? ahh. tak kuasa akakkk. yang ta saba nak jumpa ialah kami. maklumlah, rindu gila. :D rindu sangat kat cintaku itu. mula2 lepak kat nanyang. pastu lepak kat rock garden. aku dengan faiz jalan2. kejap je. patu lepak sama2 dengan q. amik2 gbr kejap. :) patu, balik.

Tanggal 050409
hantar q ke basten segamat. da teruja jumpa faiz. 1x si mamat ni boleh buat muka pulak. kalau muka kacak tak apa, ni muka seposen yang memang mintak penampauu! ahh. gerammnya akak. mmg nak kena. aku teruslah balik. tak kuasa nak tunggu kat situ lagi. bai bai q. itu je aku cakap. sakitnya hati tak terperi. masa nak balik, sempat lagi aku kena ngorat! hadoi. tau jela, muka manis aku ni, bila masam mencuka, da rupa kucing tak lepas buang air besar. wahhhh. sopan ayat akakkk. ada sorang mamat tu tegur, kak, senyum sikit. bila aku dah senyum, comelnya diaaa. ni yang akak malas ni. orang dah puji. berjela senyuman akak. warkah kah kah. sila cakap akak perasan, cepat! haha. maka, dah balik rumah, seharian aku diamkan diri. nangis gak aku. geram punya pasal. bersalah betul dia. [PADAN MUKA!] konon2, rasa serik la nak jumpa. haha. tp, taley la. rindu kuasai diri. hadoi!

Tanggal 070409
mak aku ke jb. balik hari je. aku apa lagi. pg2 buat keje rumah siap2. tepat pukul 10pg, kuar jumpa faiz. semuanya berjalan lancar. jalan punya jalan, pk nak pegi bekok. 1x, ada pokok tumbang pulak. da ta dapat. last2, pegi taka melor je. haha. amik gbr kat citu. fun gila ah. besh2. hari ni, adalah hari indah tau [setelah bergaduh la]


Hari ini..

Aku menjadi insan yang paling di sayangi faiz. dah tak ada malu-malu. tapi berdebar-debar tetap ada. hari-hari bergaduh. kadang2 gaduh manja. kadang2 gaduh nak bertumbuk. uhhh~ kami memang nampak serius. pernah 2x gaduh di tahap ingin sangat melepaskannya pergi. aduhai. sakitnya hati. tapi tak berpanjangan. faiz lah yang selalu mengalah. dia memang baik orangnya. tak dinafikan, aku terasa diri ini tersangat bertuah memiliki dia. dia baik, jujur, setia. alhamdulillah, ciri-ciri lelaki idaman aku, ada pada dia. aku memang tak sempurna, untuk memiliki lelaki sempurna. tapi, aku kira untung pe, dapat dia. ngeh ngeh~ walau dia garang macam singa sedang lapo, tapi aku tetap sayangkan dia. abi, 2 tahun lagi kan? ayg tungguuuu~ tata. ;))

abi, HAPPY 1ST ANNIVERSARY SAYANG..!

3 komen kat sini !:

ohsugus said...

hehehe..korang romantik arr..

cik itahateru ♥ said...

congrates ok...
hup epy olwest...
=)

Nisaeciz said...

sugus; thnx sis. ;))

ita; yeah. thnx. ;))