▷▷20110711

Novel dan transformer !

Assalamualaikum.
Haaaa. da dua tiga hari gak la aku tak online. bizi la. kan aku da gitau kat entry sebelum ni heheh. oke la. hari sabtu, aku dah teruja dgn novel baru yg aku baru beli, tajuknya Mikhail. mengisahkan tentang seorang lelaki yg berdendam kerana keluarganya dibunuh masa dia kecit. so, dia dibesarkan oleh sorang mat saleh, yg konon2nya selamatkan dia masa keluarga dia habis kena bunuh tu.



mat saleh tu pulak, ajar dia cara membunuh yg profesional. haaa last2 dia, dia melamar perempuan yg dia cintai pada pandangan pertama di mana perempuan tu adalah salah seorang yg terdapat dalam senarai mati dia. kononnya dia patut bunuh perempuan tu. tp, arghhh! panjang la weh nak citekan. hahah.

yg penting, aku memang sukakan cite2 yg mcm ni. tak kiralah kat tv ke, kat wayang ke, even kat novel sekalipun. aku suka cite yg penuh aksi. dan bunuh2. haha. novelis ni pun memang terkenal, RAMLEE AWANG MURSHID. novelis thriller no.1 di Malaysia. hikhik~

ramlee awang murshid - novelis thriller no.1 di Malaysia

pastu hari ahadnya pulak, aku pergi konvo kor suksis kt utm skudai. bole tahan lama la. bayangkan dari kul 8 smpai kul 2 lebih. huaaaaaaaa! tapi nasib baik ada novel ni. aku habiskan masa menunggu dengan baca novel ni.

so aku ada dunia aku sendiri kan. dunia jenayah! huwahuwahuwa! seronok weh. eh bukan seronok jadi penjenayah, tapi seronok baca cara dia membunuh, cara profesional dia, pastu cara polis siasat. perghhh! jadi masa 6 jam tu aku tak terasa langsung! hebat kan bila minda kita dah ada kat tempat lain.


betul la dalam drama Juvana kat tv3 pukul 9 malam tiap hari isnin tu, cikgu zakiah ada cakap. penjara tu adalah sebuah dinding konkrit yang hanya mengurung jasad seseorang pesalah. tapi seseorang pesalah dapat bebaskan minda dia dengan hanya membaca buku. sebab bila kita membaca, kita seolah-olah berada di tempat yg kita baca tu.


dah tu, bila da selesai semuanya, aku pun pergi lah wayang! seperti dijanjikan oleh diri sendiri, aku pegi tgk cite transformer!!! hoyeahhh! memang syiok habis weh. walau pun seat baris kelima dari depan, HAHAH! tapi, aku still memfokusi cite tu. ada beberapa babak jugak la buat bulu aku meremang. kihkih~ yg penting, sepanjang aku tak online, masa aku diisi dengan sesuatu yg menyeronokkan! yeeeeha!!

.sekian.


0 komen kat sini !: