▷▷20100426

Stesen Radio yg belum berani org buat

POT PET FM

24 jam stesen radio akan menyediakan topik perbualan dan sesi sembang-sembang sahaja. Satu lagu pun tidak akan kedengaran melalui siaran radio ini. Mau bernanah telinga mendengarnya.
IKLAN FM

Tak perlu lagi risau mendengar radio yang banyak menyiarkan iklan atau promo. Ni dia radio yang menyiarkan iklan 100 peratus. Mau cair tahi telinga kita mendengarnya.
ULANG-ALIK FM

Stesen radio yang ini akan menyiarkan lagu-lagu mereka secara berulang-ulang sampai gegendang telinga pendengar naik bosan, boring dan apa-apa saja bo.. yang diorang rasa. Mau aje rasa nak bo layan radio ni.
TESTING FM

Radio yang ini hanya akan membuat ujian untuk penyiaran sahaja tetapi tidak akan membuat penampilan sebenar mereka. Sesuailah untuk buat testing pendengaran atau testing sound system radio aje.
SEBERANG FM

Stesen radio ini hanya akan menyiarkan lagu-lagu dari seberang sahaja. Bukan seberang dari Indon saja tau tapi meliputi Seberang Jaya, Seberang Takir dan lain-lain seberang tapi tak termasuk Kuala Berang.

PERADUAN FM

Bagi kaki peraduan, stesen radio ini memang sesuai buat diorang. Masalahnya nak menembusi talian untuk menyertai peraduan memang azab. Tetapi itulah thrillnya dan yang paling penting, jangan sesekali lupa kata laluannya.

..huh. nasib baik tak ada stesen2 radio cm ni. kalau tak, memang takan wujud lagi radio tau! huhu

2 komen kat sini !:

nonna manis said...

heheh lawak n bernas idea radio2 diatas ni

Bukan Eciz said...

haha. thnx. ;)