Peguam cara: Makcik Fatima, makcik kenal saya?
Makcik Fatima: Ya, saya tahu benar siapa kamu sejak kecil lagi. Kamu suka berbohong dan mengata di belakang kawan-kawan kamu. Aku juga tahu kamu ada menyimpan perempuan simpanan di luar dan aku berasa amat kasihan dengan isterimu. Selain itu, kamu suka bercakap besar. Yang sama sekali tidak berasas dan benar.
Peguam cara tersebut terpegun. Lain yang ditanya, lain pula jawapan yang diterima. Untuk mengatasi kekejutannya itu, dia bertanya dengan selamba.
Peguam cara: Makcik Fatima pasti juga mengenali Tuan Hadi, Peguam bela?
Makcik Fatima: Oh ya, tentu saja. Bahkan ibunya dulu sering meninggalkannya bersamaku waktu dia masih kecil. Tak jauh beza dengan kamu, Hadi juga mengecewakan. Dia pemalas, suka menggoda perempuan dan hidupnya seolah-olah tanpa hala tujuan.
Habis sahaja Makcik Fatima berbicara, hakim memanggil peguam cara dan peguam bela untuk menghampirinya..
" Jika kamu berdua menanyakan kepadanya adakah dia kenal denganku..kamu berdua akan aku masukkan ke dalam penjara kerana menghina mahkamah. Mengerti????," kata hakim dengan tegasnya.
..haha. takut la tu kalau2 Makcik Fatima bongkarkan semua rahsia dia. almaklumlah, Makcik Fatima kan, saksi serba tahu! haha
2 komen kat sini !:
hehe agak2 makcik fatima tu pengasuh dia ke siapa ye
Makcik Fatima tu jiran diorang kot. haha. atau pun bomoh. haha
Post a Comment