▷▷20100712

Gadis Terbilang suka kutuk orang

 Apahal aku cakap cmtu? KAHKAH! tade la. malam tadi, aku turun kapet. saje tolong menolong orang melolong kapet sorang-sorang mcm si GT tu. KAHKAH! tup-tup masa tu, cite SMALLVILLE ada kan. apa lagi. kitorang beborak. ni beberapa yang aku snap untuk tatapan korang.
ni part si clark kent tu bole raba si sepupu chloe. ciss terus kitorang memanaskan kapet dengan cite 18sx kitorang bak kata HP cis cis.

diikuti cite HEROES. si HP tu la tak habis2 suka cite tu. kitorang selitkan sikit. peh peh membayangkan macam2. KAHKAH!


pastu ni sambungan cite HEROES tu. dok nak cakap dengan mesin atm la apa bagai KAHKAH! pastu sesi HP kutuk GT then GT kutuk HP memang bole dijodohkan ni. KAHKAH!

bila cite SMALLVILLE masuk balik tiba2 kutuk puji watak2 dalam tu. kitorang becerita ni spontan sambil tengok cite tu. KAHKAH!

oke last sekali gosip artis. mana taknya, tengah sedap2 tengok cite tu, tiba2 iklan, kebetulan iklan bekisahkan si PASA SANDAL dengan TIZ ZAQYAH tu yang lagi sedap becerita.

masa kitorang beborak ni, ada la beberapa yang mencelah. si HYPER PLASMA, kak NANANANA dengan TUAHFADZLI. tapi kemencelahan dorang tak lama bila cite SMALLVILLE ditayangkan semula kat tv pas iklan. KIHKIH!

yang penting si HYPER PLASMA dengan GADIS TERBILANG, lu orang memang ampagas. KAHKAH!


p/s: dan sebab ini jugak la, SANGKEKASIH majuk sbb aku tak layan dia dan dan dan dia skang tak sihat masih majuk. kesian dia. ;(((

▷▷20100711

Shoutmix diremove sebab kau!!

Haiiiii. tenkiuuu sudi baca. kali ni aku nak bagitawu yang aku skang da remove SHOUTMIX dari belog aku. bukan pe. para manusia sia sia ni memang tak reti bahasa melayu sungguh. duk sepammmm je. bagi link youthsays bagai.


memang aku mencik. nak marah nak marah nak marah. da banned bagai. tatapppp la ado. apehal?? da sangap sangat ke huweyhh?? nak sangat orang kelik. iklankan kat belog sendiri sudeh kawan.


jadi dengan jahat serta kejaminya aku remove jela SHOUTMIX tersebut. see?? sebab kau kau dan kau jugak laa aku remove. kesian mereka mereka dan mereka tu nak sepam merapu sebut sebut nama eciz comel tu. cis cis.


bila aku tak layan kat SHOUTMIX, ada yang kata sombong bagai eii mencik betui. kang ada hati nak layan, klik-klik youthsays fulok! mencik betui bila niat murni disalahgunakan cis! dah dah. ni je yang ado kat belog aku. apa2 hal, drop komen je. LALALALA. babai!


eh eh jap, ada info ni.



Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan 
sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa 
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk 
menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh 
kawan kita.

KAHKAHKAH!


Bagi pendapat tentang belog aku !

Oke. entry kali ni ringkas je meh. sila baca sejenak dan bagi pendapat serta komennnn!!



korang tengok ni. load time, 0.1 saat. oke da bole peh di situ. tapi, ada tapi oke, tapi tapi tapi size belog aku weyh!! 124.67kb pehhhh!! besar tu!

nak tanya la korang kan. korang guna pakej apa ye? broadband ke atau streamyx atau apa? he. pastu pastu, korang guna browser apa? MOZILLA?? INTERNET EXPLORER?? GOOGLE CHROME??

bukan pe, pandangan aku dengan pandangan orang lain berbeza kan? bagi aku, belog ni da oke. load pun da laju balik. hah sesi puji belog sendiri berlaku mekasih ye kawan-kawan.

sebab aku guna streamyx kelajuan bole tahan dan guna browser google chrome. jadi belog aku bole nampak sepenuhnya. maka, cun la kan. dah dah sesi puji belog sendiri berlaku lagi. ciss.

jadi jadi jadian, apa pendapat korang? belog aku lembab gila load?? nampak buruk beno? hishh. harini kekentalan pasti kena berlaku. sebab aku tawarkan diri, untuk korang kutuk belog aku. 

BAGI KOMEN OKE!!

p/s: tenkiu pada ZACK_ENTRY dan TUAHFADZLI sebab bagi idea untuk entry ni dan dan dan tolong untuk aku mengurangkan keberatan belog ni.  

▷▷20100710

Janda yang dahaga!

Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kematian suami.... Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik. 

Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan karenah pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya... Walaupun.... hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam... Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu... 

Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi.... beliau bangun dari katilnya... badannya terasa panas.... tekaknya terasa haus.... beliau terasa begitu dahaga sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur,... sampai saja didapur... beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk.... beliau tuang kedalam cawan dan meminumya... Setelah meminum air tersebut.. beliau kembali kedalam bilik dan tidur semula... Sekian... Terima Kasih Itulah kisah seorang janda yang dahaga........... 

Wah, sepenuh hati korang mambaca ye. KAHKAH! 


credit to: GELIHATI


▷▷20100709

Kantoi la pulak

* Sepasang suami isteri yg telah mempunyai 3 orang anak, sedang 
berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya 
kepada suami beberapa soalan. 

* Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak? 
* Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana, 
anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang 
pun adalah orang yang sediakan. 

* Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia 
duduk rumah kita. 
* Suami : Yelah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong 
macam tu saja? 

* Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita? 
* Suami : Ya yang, sbb takkan abang nak buat bilik lain khas 
untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak. 

* Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita? 
* Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org 
lain pulak. 

* Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita? 
* Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli 
sebulan. 

* Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya? 
* Suami : Takkan itu abang n bagi kakak & adik awak. Jadi, 
drpd tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja. 

* Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya? 
* Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon, 
kasut dia saiz kecil drpd awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia 
kidal... 

* Isteri: @#$%????!!!!! 
* Suami: (Dalam hati)Alamak!!


credit to: GELIHATI