▷▷20100622

Cite Dil Se menggamit kenangan!

Tenkiuu sangat-sangat sudi jengah belog ni. Pasal apa pulak kali ni ye? Cite Dil Se menggamit kenangan!.? Hmmm. tak paham? JOM BACA ENTRY NI

Kali ni, aku nak bercerita tentang lelaki yang penah bertakhta di hati aku masa aku, errr errr darjah 4!! KAHKAH! kecik-kecik da pandai sayang-sayang kan? kan? 


ahh lantak! aku ingat lagi masa tu. ada sukan sekolah. sebelum tiba harinya, kan ada praktik tiap-tiap petang kan. aku suka datang tengok. sebab dekat dengan rumah aku. sukan yang paling aku suka masa tu, lompat jauh.


bila da hari-hari aku datang, ada la mata yang memerhati aku kan. aku ni, bukan perasan pun kalo ada orang perati aku ke kan. buat dekkk je. KEHKEH!


satu hari tu, ada sorang kakak tu bagitawu aku. ada sorang brader tu kimsalam kat aku. aku ohh kan je. tak amik port pun. tapi kan, hari-hari pulak brader tu kimsalam kat aku. agaknya, dia nak sangat aku balas kot.


last-last, aku cakap kat kakak tu, " suruh dia jumpa kite je baru kite balas salam dia " erkk. boleh pulak cmtu ek. KEHKEH! brader tu pun jumpa aku. tapi waktu petang. masa sukan tu.


aku dok kat tepi tebing. tengok orang lompat jauh. sekali dia pun duduk sebelah. tanya aku tengah buat apa. haihhhh nak aje aku cakap, tengah cuci kapal terbang. KAHKAH!


last-last dia ngaku dia yang selalu kimsalam kat aku. macam biasa. aku ohhh kan je. KEHKEH! nak dijadikan cite, dengan pantas, dia cakap nak COUPLE dengan aku! hattoiii! aku buat-buat tak dengar. padahal da tekejut gila!


sebenarnya, budak tu adalah kaki macam-macam kaki. kaki ponteng, kaki gaduh, kaki pukul, eh sume kaki yang jaat la! tu yang aku tekejut. apa hal budak samseng ni suka kat aku. aku ni kan nerd. eh nerd la sangat! nakal sikit-sikit je. KAHKAH!


tah aku tak ingat kenapa. aku boleh terima dia. jadilah kitorang pasangan couple yang tah hapa-hapa! KAHKAH! yang beshnya apa tau. dia ni suka gaduh kat lua sekolah. betul-betul berhadapan dengan tempat aku tunggu bas sekolah.


tapi sejak dia COUPLE dengan aku. dia tak berani nak gaduh lagi dah. takut aku MEMBEBEL. apa ke hebat sangat BEBELAN aku agaknya. sampaikan, ada 1 masa tu, dia gaduh. dia tak perasan aku ada duduk tersorok sikit. bila aku bangun, dia nampak, dia terus menyorok belakang pokok besar. KAHKAH! 


bila saat dia nak pindah ke KEDAH, dia bersalam dengan semua konco-konco dia. aku nampak, aku bergenang je air mata. tengok dari jauh. bila kawan-kawan dia cakap dia nak jumpa aku, aku tanak. tatawu kenapa. dia sempat bagi aku 1 keychain. tulis nama aku dan dia. ada puisi jiwang baii!


masa dia pegi, aku sedih gila. gila-gila ah! aku tengok je dia kua dari sekolah. tatawu dia nampak ke tak. ada la dalam 2 minggu dia baru pindah, kerap jugak dia call aku. lepas tu, senyap terus. agaknya bil melambung kot. mana taknya, utara dengan selatan tuuuu!


kadang-kadang, ada jugak terdetik hati ni, kata rindu kat dia sangat. nak buat macam mana. tu sume zaman kanak-kanak. skang tatawu la dia hidup lagi ke tak. kat mana dia. macam mana rupa dia bila da dewasa ni. skang, umur dia 23! nama dia, KHAIRUL HAKIM!


bila tengok video clip, CHAIYA CHAIYA dari filem hindustan DIL SE, aku mesti teringat kat dia sangat-sangat. sebab masa dia baru pindah, aku suka tengok cite tu. pastu gaya SRK masa tu sebijik macam dia. lagu tu pengubat rindu aku pada dia.


sekali tadi, TV3 beritawu sabtu ni ada cite tu. terusssss teringat kat KHAIRUL HAKIM tu. tapi tak lah rindu sangat. sebab semua rindu ni da jadi milik SANGKEKASIH. yang pasti, kalau lah aku dapat contact dengan dia semula, akulah manusia paling gembira dalam dunia dalam masa 24 jam!!

5 komen kat sini !:

ZiErWa zAiNaL said...

haha..lawak je.
sume tu kenangan..
memg best la lau jumpe blik..hehe

kalau sudi komen la entry saya..
ape kena mengena?

Frodo Baggins said...

yeah ini dia khairul hakim datang!!!

hahahahhahha


>>___<<

@ien_R@z said...

haha.. so sweet..
moga2 dpt jmpe dia kembali.. leh la imbas kembali nanti.. ekekeke =P

.aira. said...

HAHA, sgat seronok zaman mude mude *skrang pon maseh mude yee, hee :)

cinte monyet mang takkn lupe xD

jempot lihat blog and tingglkan jejak anda di entri ni :D
aiz batu campur - tips mengelakkan perut buncit, haha

KuBi said...

eciz gatai wakakakaka!!