▷▷20100816

Puasa ku diet mu?

Salam semua! oke. kali ni aku nak cite perihal aku di dalam bulan Ramadhan. hurmm. masa zaman sekolah dulu, aku ni ada gastrik. bila tiba puasa je, aku akan gastrik. kompius betui. agaknya kenapa la hai.


makin besar ni, makin kenal diri sendiri. oke sekarang aku baru tawu. jenis aku, waktu bersahur, aku tak boleh makan. memang tak boleh. sebab? bila aku makan waktu sahur, time puasa, perut aku akan jadi lapar yang melampau. smpai sakit dibuatnya. ala2 gastrik.


ouch. ini kategori pelahap. aku tak termasuk ye. :P


pastu, bila berbuka, nafsu makan aku jadi membuak-buak. sume mende aku nak sumbat. huh! dasat gak bila teringat masa dulu-dulu punya style puasa aku. patut laaaaa DEBAB! hahahaha.


skang ni, sume tu takde da. bila sahur, aku minum air masak, ngan sebijik kurma. tapi biasanya, minum air masak je. masa puasa, aku cool je. tak haus sangat, tak lapar sangat. bila buka pun, cool je. makan sume sikit gila. kadang rasa mcm tak caye je, aku bole makan sebanyak tu.


aduh. aku bersyukur dikurniakan badan yg sihat. cuma, nak kurangkan sikitt je lemak bukan mcm ni. kesian dia. ;(((


maksudnya, bayangkan pinggan tu, separuh je, nasi plus lauk plus kuih, cuma memenuhi separuh dari pinggan tu. hik hik. sikit kan? sikit laaaaa! air cuma secawan. tak lebih. tapi, sume tu, da buat perut aku rasa penuhhhhh sangat! hik hik. apekah petandanya?


yay! aku da bejaya. mendisiplinkan diri ini untuk tak makan banyak lagi. jadi, bulan puasa ni, boleh membantu aku, untuk teruskan proses diet. makanya, raya nanti, BOLEH KURUS HABIS tak?? insyaAllahhh!!!! wish me luck je la. hik hik.


-sekian-


Good Bye My Lover


Good Bye My Lover

bole tahan syahdu lagu ni. tp jangan risau jangan bimbang. saye masih macam biasa dengan SANGKEKASIH. lagu ni, saye penah hayati gila babai masa zaman kejatuhan saye. jatuh ke? jatuh sebab ditinggalkan oleh kekasih secara kejam. T__T

dan sekarang, saye dapat nikmati segala kebahagiaan hasil dari kejatuhan saye. Syukur pada Mu Ya Allah Ya Rabbi!

-anda perasan? bape lame tak jengah blog, tak update entry, bahasa AKU da tuka jadi SAYE! ada kemajuan ni. KAHKAH!

-sekian-

▷▷20100811

Pengacara Tv yang kurang ajar !

Salam. cuba korang bayangkan, kalo korang sakit. kritikal. pastu ditemuramah, pengacara tv layan korang mcm ni? apa yang korang rasa? kalo aku, sungguh, aku terus balik. takyah tunggu lagi dah. jom layan video ni.


satu je yang sesuai bagi pada dia untuk ending video ni, PADAN MUKA!

Madah istimewa dari eciz

Hari pose suda bermula! Alhamdulillah. kita dalam bulan paling mulia. :D oke ni saje nak bagi korang nikmati satu madah. sangat besh oke. kalo rase sesuai kasik kat fruitheart, sile la. copy paste je eciz tak kisah! :P


untuk perempuan


kaulah bidadari dalam hidupku
yang selalu hadir di dalam mimpiku
bunga yang selalu harum di hariku
anugerah Tuhan yang sempurnakanku
bila kau jauh aku selalu rindu
bila kau ada hatikan berbunga


ku akan slalu menjadi bintangmu
menerangi gelap dalam mimpimu
aku setia di sini mengusap tangismu
menemani sunyi dihatimu


untuk lelaki



kaulah jejaka dalam hidupku
yang selalu hadir di dalam mimpiku
kumbang yang selalu temani di hariku
anugerah Tuhan yang sempurnakanku
bila kau jauh aku selalu rindu
bila kau ada hatikan berbunga

ku akan slalu menjadi bintangmu
menerangi gelap dalam mimpimu
aku setia di sini mengusap tangismu
menemani sunyi dihatimu



-sekian-

▷▷20100810

Camat poce kawan-kawan !

Salam blogger semua. muah! tak pernah aku nak kiss kiss korang kan? tiba2 je rasa nak muah. hamek jela. takyah malu-malu. aku bagi sambil pejam mata. korang amik dengan tutup tinge tau tau! KAHKAH!


oke la. sebenanya, nak ucap kat korang. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. semoga di bulan yang mulia itu nanti, korang akan penuhi harian korang dengan ibadah serta amalan yang diberkati. huwah huwah! aku ke yang ucap ni? pelis la caye. hik hik!


jangan ponteng ponteng pose tau! oke la oke la. nanti korang buat kuih raye, sila sila pos kat aku. laju laju aku amik dan terus rasa. ekekek. lagi lagi kuih semprit a.k.a kuih dahlia. ouch! my peberet tu huweyhhhh!


-makkk kecurnya tengokkkk-

kalo pegi beraya rumah orang, ada kuih ni, aku habiskan sebalang sorang takde hal. ekekek. sungguh tak sinonoh la cicit sape la ni ades. hey hey hey apa ni cite pasal raye. besok baru nak pose oke. KAHKAH!

oke la oke la. SELAMAT PUASA kawan-kawan. ilapu tau! muah! hikhik.

-sekian-