▷▷20120427

Peristiwa spontan apabila kesabaran dihiris. (peh ayat aku!)

Masa zaman aku kecit2 dulu, aku paling2 kuat merajuk. Sebelum merajuk, aku akan mengamok dulu. Maknanya, aku panas baran la kan? Memang mudah panassss. Dan bila dah remaja pun, baran aku tetap ada.

Penah dulu, dulu laaaaa. Ade sorang budak. Main2 kat tepi aku. Betul2 kat tepi aku. Kalo main diam2 takpe. Ni, tau jela budakkkk. Mulut kalo tak menjerit, bukan main namanya. Itu tido! Dia duk pekik lolong ape sume. So, aku menten cool lagi. Tiba2 tengah dia syok main, terlibas kepala aku. Mintak maap lah kan, aku terus bangun, aku lempang muka dia sekuat hati. Meraung dia serupa mcm dia pekik lolong tadi. Tapi lagi kuat rasanya. Mak pak dia apa lagi, nak marah aku dah kan? Tapi aku menten je, aku ckp, anak ko tak reti hormat org tua! Aku terus blah.

Tapi itu dulu. Zaman aku tak kenal terapi macam mana nak control marah. Skang ni, ya! Memang aku sedang belajar, SABAR, tahan marah, dan bla bla bla. Ni kisah semalam. betul2 semalam terjadi. Masa aku p rumah sorang insan ni la. Ada anak umo 6 7 tahun gitu. Dia ni punya nakal, Ya Allah! Hanya Tuhan yg tahu kenapa mcm tu skali dia nakal.

Hal nya sama. Aku ngah sedap duduk tengok tv kan. Yela, melayankan mak aku dengan bla bla bla ni berborak. Si budak ni, ngah main trompet tau. Bukan trompet betul. Ala2 trompet. Tapi kalo ditiup tu, anjing denga, memang meraung dia lari ketakutan. Punya la kuat kan.

Dah la dia tiup tu sebelah telinga aku. Aku senyum je dengan perangai dia ni. Sabar kan! Mak aku kata jangan main dekat dengan akak. Dia lagi p dekat dengan telinga aku, dia p tiup. Angin aku masa tu, dah sampai dada aku rasa. Tapi takpe, aku sabar. Aku senyum je pandang mak aku.

Tiba2 dah tiup, dia spontan nak p libas kepala aku dengan trompet. Mula2 tak kena. Kali kedua dia nak libas lagi, belum sempat kena, aku pun spontan bangun, aku tangkap tangan dia dua2, aku baringkan dia, kaki aku tahan kaki dia dua2, aku henyak tangan dia kat perut. Aku denga sore dia ilang sebab senak kot. Masa tu dia dah nangis. Aku lepaskan, dia nak terajang aku. Aku cuma tangkap je kaki dia. Dia terus bangun sambil jerit, "AKU NAK AMBIK PISAU, AKU NAK BUNUH KAU!!"



Dia lari p dapo terus weh. Nasib baik mak aku, makcik aku, makcik dia dengan mak dia sempat tangkap dia. Meronta2 serupa orang kena sampuk. Kuat budak tu meronta. Dalam kepala otak aku masa tu, kalo dia amik pisau, aku terajang dulu. Apa guna kaki panjang kan? Tapi aku pelik, aku hanya senyum aje. Aku tak kata apa2 pun. 

Masa ngah meronta tu, dia pandang tepat muka aku, dia jerit, "BABI KAU! KAU BABI!!". Spontan skali lagi, aku terus meluru ke dia, aku nak sepak mulut dia. Tapi dia ngelak muka. Mak aku pun duk tarik2 tangan aku. Abih tu lagilah dia ngamok kan. Agaknya dia tak sangka kot, aku boleh buat dia mcm tu. Dia tengok, aku senyap, senyum, lembut dengan dia. Tiba2 mengganas dengan dia. Tentulah dia lagi marah kan. Sapa tak bengang weh. Hal libas aku satu. Dia dok BABI kan mak dia, BABI kan mak aku, masa tu je darah aku dah naik. Tapi aku tahan. Tak sangka berlarutan pulak.

Budak tu, makcik dia pujuk2 smpai dia tido. Masa nak balik, aku mintak maap kat mak dia. Sebab spontan je aku kejekan anak dia. Tapi anak dia tak kena cubit, tak kena lempang, apa semua tak kena. Cuma aku genggam tangan dia sekuat hati jela. Mak dia kata, takpe. Kadang2 kena ajar dia tu. Masa tu aku terfikir, baran aku, masih lagi pada tahap lama. =.=' Okebai.

1 komen kat sini !:

Chikova_Airashii said...

perghh mmg thp bahaye baran ko dow..
aku hari tu pun mase nk beli kek, ade anak org tu nakal gile duk lari2 tumbuk2 blakang aku..kt pinggang lak tu..aku dh la tengah piyed pain..sakit gile babi..mak dye bleh biar jee..
aku rase mcm nk benam je kepale budak tu dlm kek, tp sib bek xbuat lg..hohooo