▷▷20100706

Limau nipis kecik tapi kaya dengan KHASIAT!

Assalamualaikummmmmm! huh pagi yang dingin lagi menyejukkan rasa nak sambung tido tapi mata da segar bugar lalalala. cis hapa kau merefek ni ecot???


oke da. aku da lama tak post pasal tips atau segala mende info kan? lama gila bai. lamaaaaaaa. maapkan daku. walalalala.


oke, korang kompom da kenal sangat dengan menatang ni kan? cis, menatang fulak. buahan la dol. tu ha buah limau nipis halus mulus tu. mende ni banyak khasiat tau. macam2. oke2, jom kongsi sesama!



RAMBUT

1- menghilangkan kelemumur
cara:  potong sebijik buah limau nipis menjadi dua hingga empat hirisan. Gosokkan potongan limau nipis pada kulit kepala secara rata. Biarkan selama 15 minit lalu bilas.

2- mencegah rambut rosak
bahan tambahan: santan kelapa
cara: campurkan sebiji limau nipis dengan 4 sudu santan. sapukan campuran tersebut ke kulit kepala sambil diurut. biarkan selama 30 minit kemudian bilas. lakukan seminggu sekali agar hasilnya memuaskan.

WAJAH

1- menghilang kesan lebam bawah mata
cara: campurkan beberapa titis air perahan limau nipis dengan air suam. dengan menggunakan kapas, rendam di dalam air kemudian perah sehingga air tidak menitis. tutup mata dan letakkan kapas tersebut di kelopak mata.

2- mengurangkan minyak di wajah
bahan tambahan: sari mentimun dan sari bunga mawar
cara:  perahkan sebiji limau nipis dan campurkan dengan satu senduk sari mentimun dan beberapa titis sari bunga mawar. sapukan pada wajah dan biarkan selama 15 minit kemudian bersihkan. akhir sekali keringkan wajah dengan kain yang bersih.

3- mengatasi jerawat
bahan tambahan: serbuk belerang
cara:  potong limau nipis secukupnya. perah ke dalam mangkuk. kemudian, campurkan dengan satu senduk teh serbuk belerang. setelah siap, sapukan pada bahagian jerawat.

4- menghilangkan kedutan
bahan tambahan: minyak kayu putih dan kapur sirih
cara:  potong dan perah limau nipis secukupnya ke dalam satu bekas. campurkan 1 sudu minyak kayu putih dan 1/4 sudu kapur putih. kacau sehingga rata lalu sapukan pada wajah seperti bedak.

5- membersihkan wajah
bahan tambahan: kemiri
cara: tumbuk kemiri secukupnya hingga hancur. campurkan dengan air perahan limau nipis lalu kacau hingga rata. sapukan pada wajah kemudian biarkan selama 10 minit, lalu bilas. lebih baik dilakukan sebelum tido sebab kalau dibiarkan terlalu lama, kemiri akan meninggakan kesan kuning pada wajah.

6- menghilangkan bintik hitam
cara:  potong sebiji limau nipis menjadi beberapa hirisan. letakkan hirisan tersebut di kawasan yang bermasalah dan biarkan selama 10 minit. setelah itu, bilas menggunakan air yang suam. lakukan setiap hari hingga bintik-bintik hitam di kawasan tersebut hilang.

KULIT TUBUH

1- menghilangkan daki di kulit
cara: potong sebiji limau nipis menjadi empat bahagian, lalu gosokkan pada bahagian kulit yang berdaki. biarkan sampai kering lalu dibersihkan.

2- mengatasi panau dan kurap
bahan tambahan: akar tumbuhan landep
cara: cuci satu genggam akar landep sehingga bersih lalu tumbuk hingga halus. tambahkan dengan air perahan limau nipis. kacau sehingga rata. sapukan pada bahagian yang berkurap atau panau. lalu balutkan dengan kain.

KUKU DAN GIGI

1- membersihkan permukaan kuku
cara:  kupas limau nipis. gosok bahagian dalam kulit limau nipis pada permukaan kuku, lalu bersihkan dengan kain lembut. lakukan seminggu sekali untuk hasil yang maksimum.

2- menghilangkan kotoran di gigi
cara: kupas limau nipis. gosok bahagian kulitnya pada gigi, lalu kumur-kumur dengan air putih.




p/s: sekurang-kurangnya aku tolong korang jadi bersih tade la busuk sangat bau kambeng lalalala. larikkkkkkkkkkkkk

9 komen kat sini !:

Farid MOFASAD said...

pppprrrrruuuuutttttttttt




>>__________<<

nabilah_2908 said...

Limau nipis ni juga...boleh hilangkan bau badan..

bila mandi..gosok2kn limau tu di ketiak kita...hehehe ;)

ardinihumaira said...

dni suka basuh tangan dan kuku dengan limau nipis. harumm ;)

Eciz said...

cis komen dini dengan mofasad tak dapat nak publish la. pehal tah!!

ezany said...

wahh.. bagus gak petua ni.. thanks..

ZiErWa zAiNaL said...

thanx eciz...


kalau sudi komen la entry saya..
teruk sangat ke

Hasrol Nizam said...

byknye tips utk limau nipis ni.. ada satu lagi, boleh buat air limau yg sedap2.. :)

Eciz said...

@ZiErWa zAiNaL

same sameeeeeeee :D

Eciz said...

@Hasrol Nizam

cisss tawuuuuuu tape KAHKAH