▷▷20100719

Hari Ahad meragut aku ! [ part 1 ]

Jumaat lepas, mak aku turut serta dalam pengambilan anak angkat. ni kali ketiga mak aku amik anak angkat. kali ni, sorang je, perempuan. nama dia ZATUL umo baru 20. diorang ni sume datang dari UiTM SEGAMAT. dekattt je. sabtu siang, anak angkat mak aku yang pertama datang. nama dia HAPIPAH. aku panggil dia PAH je. study kat UTHM BATU PAHAT. umo baru 21.


SABTU MALAM 17 JULAI 2010


aku join diorang ni sume pegi tengok pertandingan karoke. mula-mula macam syiok. lama-lama bosan la pulak. bukan pe, diorang ni asik nyanyi lagu patriotik yang sama. bosan derr. sampai tertido aku dibuatnya. last-last aku ajak PAH balik dulu. ingat nak tengok tv, tapi TER online pulak. 


ada jugak jengah KAPET GB, tapi sayang kelihatan tade orang di situ. makanya, aku habiskan masa dengan edit gambar pastu pastu tengok tv cite FIRST DAUGHTER. tapi sumenya tak selesai, sebab aku da mengantuk tahap tak bole ngantuk lagi da, terus tido kira-kira jam 1 lebih pagi.


AHAD PAGI 18 JULAI 2010

da la bangun agak lewat. cis bukan agak, tapi sangat lewat. ngantuk gilagilagila lahh! bukan sembarangan punya ngantuk. pastu aku pun mandi dan siapkan la saki baki kerja rumah yang ditinggalkan khas untuk aku buat!


AIR OH AIR


geng-geng PAH kat kolam air panas


da siap sume keje rumah, aku pegi KOLAM AIR PANAS kat PEKAN AIR PANAS. aku pegi dengan PAH. kat sana geng-geng PAH ada sama. sume da berpeluh sebab berendam dalam air panas tu. aku celup kaki je. malas nak basahkan badan dengan air panas tu. tak tahan derr.


ni la upacara tu. diorang akan tenggelamkan budak yang diorang pegang tu. si baju pink tu yang ada baca-baca apa tah. air ni, serius panas gila weyh. menggeletik diorang bila ditenggelam dalam air panas tu


tengok-tengok macam ada upacara pulak. sekelompok kaum india kena berendam dalam air panas tu lepas dibaca mantera. ceh. tak hingin derr nak kongsi air. kitorang pun blah keluar dari kolam tu. terus pecut ke AIR TERJUN TAKA MELUR. dalam kampung aku je. hujung kampung la tapi.


ni la air terjun tu. tu tu tah siapa tah yang eksaited sangat nak berenang2. LALALALA!


kali ni mandi air sejuk pulak. pehhhhh! aku ni bab-bab air terjun, memang paling eksaited! KAHKAH! buat aksi bukan-bukan kat tempat air tu terjun. berani betul air tu. siap ajar budak-budak ni berenang lagi walhal aku sendiri baru-baru je pandai berenang. KAHKAH! malu la weyhh jadi orang kampung tapi tak pandai berenang.


yang paling besh bila aku dapat apungkan diri dalam keadaan terlentang. kembang kuncup lobang idong aku bila aku dapat buat macam tu tapi orang lain tak boleh! KAHKAH! oke, riak di situ! cis. aku ni sebenarnya HANTU air terjun. takkan nak balik selagi keadaan tak memaksa aku untuk balik. masa tu aku balik pun sebab orang makin ramai, dan hari macam nak hujan dan dan si PAH tu da lapar.


PERPISAHAN


balik-balik terus bilasbilas badan, terus pegi makan kat dewan serbaguna kampung. majlis perpisahan dengan anak angkat yang baru ni. aku datang nak makan je. KAHKAH! main-main mata dengan ... erk tade-tade. aku tak miang! KAHKAH! amik-amik gambar bagai, pastu terus balik rumah.



BERSAMBUNG ..

3 komen kat sini !:

Da LovaC said...

ok gua komen..best lu enjoy hari ahad?..ok..ckup x?bhahhahhaha

Bukan Eciz said...

KAHKAH. gua syak, lu tak baca. KAHKAH

ardinihumaira said...

bestnya pegi kolam air panas. dni lom penah ke sana...