▷▷20100627

Aku sayang kakak aku, tapi.....

Okey di pagi hari yang hening lagi dingin dihiasi hujan renyai-renyai ouch sangat sejuk, aku memulakan taipan pertama untuk hari ini!


pagi tadi aku bangun paling awal. 5.25 pagi! yeahh! sebelum subuh. bangun, terus mandi. basuh kain. basuh pinggan. kemas dapur. then, buat nasi goreng. lalalala~


kemas ruang tamu, sidai kain, siap semua! tiba-tiba kakak aku bersuara. 


"abah, ikan goreng semalam tade lagi ke?'
abah: "tade dah. abah da makan habis. nak bagi kucing makan ke? bagi jela ikan bilis"
"kucing tak suka ikan bilis la!"


tiba-tiba makcik sorang tu mencelah, "goreng la ikan bilis tu. sama je rasa dengan ikan goreng"


kakakku tiba-tiba marah, "KUCING TAK SUKA IKAN BILIS LAHHHH!!"


darah makcik sorang tu da mula nak mendidih, "dah tu! tak payah bagi makan terus!! suruh goreng ikan bilis pun MALAS!!"


abah menasihati makcik sorang tu, "awak ni. cuba cakap baik2 dengan akak tu. dia tu dah la tengah runsing. baru kehilangan 'AYAH' 'MAK' dia."


makcik sorang tu diam je. tak melawan. tapi hati da menyumpah seranah. arghhh! geram. nak bagi kucing makan pun nak demand. kira nasib baik la makcik sorang tu tinggalkan sikit nasi untuk dia bagi kucing dia makan!


bila mak mula masuk campur, habisss pagi tadi dihiasi dengan KEBEBELAN mak aku. kakak aku kena marah sebab pasal ikan bilis pun nak marah2. makcik sorang tu pun sama je kena marah. sebab dengan kakak nak kurang ajar. 


tatawu la kenapa dengan makcik sorang tu. tiba-tiba hangin pulak pagi-pagi. makcik tu memang panas baran. lalala~ susah la nak bendung kemarahan tu.


okey, actually, kakakku itu ada satu penyakit bernama AUTISME. iaitu akalnya tidak serupa jasad dan umurnya. erk, cmne ek? ala-ala lembab? bukan. okey, kalau dia 20 tahun, perangai dia macam budak 7 tahun. lebih kurang cmtu la.


sebab tu, aku tak manja. walau aku anak bongsu. sebab aku ada akak yang aku terpaksa layan serupa adik. tapi baran aku ni buatkan aku layan dia jadi betul2 macam adik. jahat kan aku ni?


dan 'MAK' 'AYAH' akak aku tu, ialah arwah atok jantan dan arwah atok yang baru meninggal 19 jun yang lepas. dari kecik lagi arwah bela akak aku. kalau aku yang ta bape rapat dengan arwah ni da cukup sedih dengan kehilangan arwah, apatah lagi akak aku kan?


tapi akak aku, effect dia lambat sikit. masa dapat tau arwah da tade, dia selamba je. tapi da seminggu ni, baru nampak dia termenung. agaknya, dia baru terasa kehilangan. kesian kat dia kadang-kadang. tapii....


BARAN AKU NI BELUM ADA PENYEMBUHNYAAA!!! arghhh!


11 komen kat sini !:

ardinihumaira said...

comelnyeee blog kamu! ^__^

pssst... kekadang kita memang emo kan.. tapi jangan la marah akak kamu tu. sian dia.. kang dia takmo kawan kamu kang aaa...

~Ann~ said...

makcikkkkkkkkkkkk.. relax ko. haha.

Eciz said...

@ardinihumaira

tanak kawan sudahhh! lalala~

erk comel ke belog ni? tenkiuuuuu.

.o0. <- idung kembang la. lalalala~

Eciz said...

@~Ann~

lalalala. ngah cuba rilex la ni. ;p

KuBi said...

jgn gaduh2, kang papa pelempang kang!! isk!!

fyna said...

='( asl i emo? adoi..

syAzAnA said...

ykeh eciz. sian kakak ko. jgn buli kakak ko taw. hehe. =)

Eciz said...

@KuBi

papam lempang, kite tumbuk papam. lalalala~

Eciz said...

@fyna

erk. mgkn u dpt rasakn apa yg kakak i rasa.

i mmg jahat..

Eciz said...

@syAzAnA

lalalala~ aku tak buli dia. dia yang buli aku. tu yg aku hangin. buwekkkkk!

ZiErWa zAiNaL said...

ye ke?...sedeynye dgr..


kalau sudi komen la entry saya..
lebih baik tunjukkan diri dr sorokla