▷▷20100525

10 JANGAN dalam menyelesaikan masalah

Katakan dengan jelas apa yang kamu fikirkan dan jangan cuba utk berbelit-belit serta bersastera.


Cuba fokus pada masalah yang berlaku sahaja. Jangan mengungkit-ungkit masalah lain, apalagi yang tiada kaitan sama sekali.


Jangan minta dia yang fikir apa yang patut kamu lakukan. Sebaliknya kamu yang memberitahunya apa yang boleh dilakukan utk memperbaiki situasi kerana kamu lebih rasional dari dia yang sedang marah.


Jangan mencampuradukkan dengan masalah peribadi atau keperibadian si dia.


Jangan memaksa si dia melakukan apa yang kamu mahu.


Jangan membabitkan atau menyalahkan orang lain dalam permasalahan yang kamu hadapi andai itu tidak benar.


Jangan mengeluarkan kata-kata yang kesat sekalipun kamu terlalu marah padanya.


Jangan menceritakan masalah kamu pada orang yang kamu tidak berapa kenali kerana itu akan memanjangkan lagi masalah.


Jangan terus mengelak atau lari dari menyelesaikan masalah. Beranilah utk berhadapan dengannya.


Semasa berbincang jangan terlalu emosional sehingga banyak masa dihabiskan dengan menangis dan sesi meluahkan perasaan sedangkan jalan penyelesaian masih menemui jalan buntu.

3 komen kat sini !:

INCHIK PIPI PAU PANAS said...

satu lagi tertnggal jangan berbohong....

entry ni banyak membuka minda sy dlm menyelesaikan mslh dgn my boyfie...

terima kasih..

INCHIK PIPI PAU PANAS said...

macam mane ek...saye rasa dlm situasi sekarang,saya lah "dia" tu bukan "kamu"...tapi ikhlas sy cakap....saya sayangkan dia...

macammana ek eciz?

Bukan Eciz said...

@NU.YA.RA

haa itu betul. jangan berbohong. sama2 la kita berkongsi ilmu ye. ;)

macam mana tu ye. saya ta bape paham sebenarnya. macam mana pun, keikhlasan dan kejujuran perlu ada dalam setiap perhubungan. kepercayaan itu keutamaan! ;)) chill