▷▷20100425

Mi Bandung kegemaran Suami curang ?

Selepas beberapa bulan, Shaari mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya, Ratna didapati hamil. Shaari tidak mahu rumah tangganya hancur. Dia mengambil keputusan menghantar Ratna balik ke Bandung melahirkan anak mereka di sana.

Shaari berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut sehinggalah berusia 18 tahun. Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Shaari menyuruh Ratna menghantar sekeping poskad menulis perkataan: 'Mi Bandung' setelah bayi mereka lahir nanti.

Poskad itu bagi memaklumkan Shaari supaya menghantar segala urusan perbelanjaan untuk anaknya. Suatu hari, setelah sembilan bulan berlalu, semasa Shaari pulang dari kerja, isterinya Salina menegur dengan muka mencuka.

"Bang ... abang dapat poskad peliklah hari ni," beritahu Salina berkerut-kerut.
"Oh, tak pe... bagi poskad tu kat abang. Nanti abang check dulu, apa ke benda yang pelik tu!" kata Shaari.

Salina pun memberi poskad itu kepada suaminya. Shaari terus membaca poskad tersebut. Serta-merta wajahnya bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!

Poskad itu berbunyi:


"Mi Bandung, Mi Bandung, Mi Bandung, Mi Bandung - dua ada telur, dua tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"



1 komen kat sini !:

niseca said...

hahaha. tawuu tape weyhh! sengal punya laki. ;D