▷▷20100620

Selamat Hari Abah!

Tenkiuu sangat-sangat sudi jengah belog ni. Pasal apa pulak kali ni ye? Selamat Hari Abah!.? Hmmm. tak paham? JOM BACA ENTRY NI

Yay! harini hari bapa kan? aku sebut hari ABAH! aku lupa sebenarnya pagi tadi. tapi, anak angkat abah aku call dia, ucap hari bapa. 


masa tu abah aku cite kat mak aku depan aku. dia siap jeling aku. tanda macam nak suruh aku dengar la tu. hatoiiii! macam mana boleh lupa ni.


mula-mula ingat nak berblogging. tapi tak jadi pulok. aku sibuk siapkan kad untuk abah aku. buat punya buat, dah siap, aku terus turun ke bandar segamat. nak print out kad tu. macam ni lah rupanya!


tak la lawa mana. tapi ikhlas okey. HEHE! iloveu abah!

pastu aku beli kek. warna putih. perisa vanila kot. cantik sangat! huh. tak upload gambar lagi la. malesh. yang kek dalam gambar tu, masa birthday abah 18 april yang lepas.

balik terus aku surprise abah aku! ABAHHHH! SELAMAT HARI ABAH! hehe. beshnye tengok dia sengihhh je memanjang. lepas tu dia tenung je kad yang aku bagi tu. tatawu apa yang ditenungnya. yang penting, ilovemyabah & kek itu sangatt sedap!

SELAMAT HARI ABAHHHHH!!


1 komen kat sini !:

ZiErWa zAiNaL said...

bestnye..xleh nk smbut..

kalau sudi komen la entry saya..
Tip merawat hati yang telah dicuri