▷▷20100604

Paklong, makngah, semoga Allah merahmati kalian. :((

Dalam bulan lepas. macam-macam yang jadi. Paklong aku masuk wad, sakit urat saraf, pastu sepupu aku punya laki kemalangan, dia patah tangan, kepala berjahit, yang kemalangan dengan dia tu, mati, pastu, aku pulak semput! 


ni masuk je bulan Jun, makngah aku pulak da kritikal masuk ICU. sebab tekanan darah tinggi sangat. dia kritikal sebab kuman da masuk badan. terus tak sedarkan diri.


semalam kali pertama aku masuk ICU. huh menggegel lutut tengok pesakit kat sana. dengan macam-macam mesin ada. keadaan sunyi sepi. hattoiii!


pesakit sebelah makngah aku tuu sakitnya sama dengan makngah aku. cuma dia muda, budak lagi. badan pun berisi. jadi antibodi dia kuat kot. dia sedar.


masa aku tengah tengok makngah aku, budak sebelah tu sedar. dia pandang aku, tenungggg je. pastu dia tiba-tiba selak kain dia. aku terkejut laa. haishhhh takkan nak goda aku plak kan! perempuan sama perempuan huweyhhhh AKAK less dengan orang lain je KAHKAHKAH!

bila nurse tanya, awak tak malu ke tunjuk 'ituu' kat pesakit depan tu dia kan laki. dia jawab, TAKDE HAL LAAA. hattoii. pastu nurse lagi sorang bersuara, APA?? TAKDE HALL??? DAH BIASA KE DIKK??

aku diamkan je. malu ada. kesian ada. bukan apa, dia sakit kan. macam tak patut nurse tu layan dia macam tu. aku rasa dia UNDER DRUGS tu yang macam mamai-mamai so cakap pun bukan-bukan. lagipun masa tu dia nak kencing, nurse tak bagi turun soh kencing je dalam pampers. 

harini aku tengok lagi makngah, budak sebelah tu dah normal balik. aku tengok dia macam malu-malu dengan aku. HEHEHE aku tak kisahh buat tatau je.

hmm. harini dikatakan makngah aku tenat. tengok-tengok dia demam. badan dia panas. memang terus tak sedar la. kesian sangat aku tengok makngah aku. muka da bengkak asik masuk air je kan. 

pastu aku lawat paklong aku dia baru lepas dibedah. masa masuk, tak cam langsung itu dia. sebab dia KURUSSSSSSS sangat! kalau kulit tu nipis, da tembus da tulang rusuk tu kat kulit. korang bayangkan orang afrika tahap miskin gila tu la, macam tu la badan paklong aku.


aku dah nampak tanda-tanda kat paklong aku tu. hidung dia. layuu dah. hmmmm. itu salah satu tanda-tanda orang nak pergi. hujung hidung tu nampak jatuh. yelah hidung dia mancung, memang ketara la nampak layu tu. 


takpelah paklong, kami redha jika andainya waktu paklong dah tiba. cukuplah paklong sengsara, seksa, derita dengan apa yang berlaku. :((


makngah pulak, aku tak nampak sangat kat hidung atau telinga, tapi aku nampak kat hujung ibu jari kaki. da turun. tak terjongket lagi. hmmm itu tak pasti sangat. masa aku dengar anak dia mintak ampun berbisik kat telinga dia, aku yang sebak. tapi aku tahankan je. tamo tunjuk orang air mata ni. 


apa-apa pun, semoga semuanya berbahagia hendaknya. yang nak pergi, biarlah pergi, kesian sangat-sangat tengok diri tu sengsara menahan derita. yang akan sembuh, sembuh lah dengan segera. aminn. :(((




3 komen kat sini !:

Cik Ct Fadzil™ said...

salam.. SUBHANALLAH... smua ni ujian dri ALLAH... moga mak & ayh sdara awk kuat mhdapi ujian ni.. em2 sy skong kata2 awk,
~> apa-apa pun, semoga semuanya berbahagia hendaknya. yang nak pergi, biarlah pergi, kesian sangat-sangat tengok diri tu sengsara menahan derita. yang akan sembuh, sembuh lah dengan segera. aminn. <~
wassalam..

pawaka19 said...

hidung jatuh tanda kematian? tak penah dengar teori tu

New Entry Pawaka19 Dot Com

"Tidur Ditandas Dengan Ayah"

zumiela7 said...

byk2 bdoa...dugaan tanda allah sayang kite...