▷▷20100503

Peribahasa Moden

IBARAT MENYAMUN BALAI POLIS

Bermaksud sengaja mencari nahas tak memasal atau buat kerja tetapi tak kena dengan tempatnya dan akhirnya menyusahkan diri sendiri. Memang takkkk la.

BAGAI HENPON DENGAN TOPAP

Bermaksud sering memerlukan di antara satu sama lain. Ye la kalau ada henpon tapi tak de topap tak guna jugak. Lain le kalau pakai henpon botol air. huahuahua

SEPERTI MEMAKAI HENPON CANGGIH DI TEMPAT TAKDE LINE

Bermaksud berlagak tak kena tempat atau nak menunjuk-nunjuk kat orang tetapi takde orang nak tengok. hahaha hampeh

TAKDE NASIK, MI SEGERA PUN BULEH JUGAKK

Bermaksud baham la apa saja janji buleh mengisi perut yang kebulur atau mengelak dari mati kelaparan atau orang tak banyak kerenah. vanyak vagus ini olanggg

JADI JAGA KAT BALAI POLIS

Bermaksud orang yang membuat kerja yang sia-sia atau orang yang membuat kerja tak berfaedah atau orang buat kerja bangang. hatoiiii buang masa okeyy

IBARAT KERETA CANGGIH DENGAN LAMPU ISYARAT

Bermaksud sehebat mana pun seseorang itu tetap akan tewas dengan peraturan yang dibuat oleh manusia. tawuuu tape teman-teman

SEPERTI MAT REMPIT DI DEPAN POLIS

Bermaksud orang yang hanya pandai berbuat baik di depan orang tetapi berperangai di sebaliknya sebaik sahaja berpaling. memang nak kena babab orang mcm nii okeyy

MARAHKAN BINI BOIKOT MAKAN NASIK

Bermaksud orang yang keras kepala atau degil tetapi enggan mengaku kesilapan yang dibuatnya dan sanggup menyusahkan diri sendiri. memang nak kena hempukkk

TAK DAPAT BAYAR HUTANG BANK, AH LONG DIPERSALAHKAN

Bermaksud orang yang suka menyalahkan orang lain walaupun sendiri yang salah. hatoiii tak verguna sungguh ini olangg

6 komen kat sini !:

syahirul said...

Bagai panggilan video call di tempat takde 3G ~ Bermaksud berlagak tak kena tempat atau nak menunjuk-nunjuk kat orang tetapi takde orang nak tengok. hahaha hampeh...


ahahahaa..

niseca said...

hahaha. itu sangat kena okeyyy. tenkiuuu komen. nah seposen. ;D

pawaka19 said...

wah mane dpt ni?

niseca said...

haha. nak cakap, buat sendiri boleyyy takk? huahua. taklahhh. dpt kat majalah Ujang keluaran 1 mei 2010. jom beliiii. ;D

Amir Izzat said...

hahaha...lawak2... cik niseca..cmney nak wat border tuh? ajar2..

niseca said...

da ajar dahh tadi. tatauu vetol ke takk. sbb tak jumpa niii dia punya entry yg betul2 ajar tuuu. cuba dulu tawuuu? ;D