▷▷20100524

10 sebab perempuan ditinggalkan



1- Sering lafaz kata cinta
Kamu sering kali melafazkan kata cinta dan sayang terhadapnya. sedangkan, sebaiknya kamu tidak boleh terlalu kerap melafazkan perkara-perkara tersebut kerana si dia mungkin jemu mendengarnya. lama-kelamaan si dia tidak akan peduli tentang kata-kata cintamu kerana apa yang si dia mahu tahu berapa banyak si dia cinta pada kamu dan bukan berapa banyak kamu cinta pada si dia. kalau cinta si dia kurag daripada cinta kamu, sah peluang untuk kamu ditinggalkan cerah!
2- Merayu
Biarpun kamu terlalu sayangkan si dia dan mahukan si dia sentiasa berada di sisimu, janganlah sampai kamu merayu padanya sehinggakan sanggup melutut. bunyinya seperti pelik, tetapi benar ia berlaku. percaya atau tidak 98% perempuan akan merayu supaya teman lelakinya sentiasa berada di sampingnya. lagi banyak dan lagi kerap kamu merayu, lagi jauh si dia akan tinggalkan kamu!
3- Buat si dia serba salah
Lelaki paling tidak suka sekiranya kamu membuatnya menjadi serba salah. sebagai contoh "Saya tidak boleh hidup tanpa awak. Saya tak ada sesiapa lagi selain awak" ataupun "Janganlah tinggalkan saya, kalau tidak saya akan cederakan diri saya". ayat-ayat sebegini bagi si dia adalag satu perangkap dan pastinya kamu tidak akan berjaya untuk menawan hatinya. malah lagi cepat si dia akan meninggalkan kamu kerana tidak mahu terikat dengan masalah kamu!
4- Menggunakan teman-temannya
Jangan sesekali kamu bercerita dengan kawan-kawan tentang perasaanmu terhadap si dia dengan tujuan untuk mendapatkan sokongan kawan-kawannya. walaupun teman-temannya menyokong kamu dan cuba menasihatkan si dia untuk sentiasa setia denganmu, namun harus diingat andai sekalipun si dia kekal bersamamu. si dia melakukannya bukan seikhlas hati yang akhirnya akan memusnahkan hubungan kamu kerana si dia tidak mampu untuk menipu dirinya selamanya. biarlah si dia bersama kamu atas keinginan hatinya yang ikhlas dengan sendiri tanpa diperngaruhi oleh faktor luaran seperti ini.
5- Menggunakan air mata
Jangan menangis di hadapannya! memang ramai perempuan yang melakukannya untuk meraih simpati. namun kamu perlu sedar yang jika menangis air mata darah sekalipun, kamu tidak mungkin dapat merubah hati seseorang. mungkin si dia akan merangkul kamu dengan mesra dan memujuk kamu, tetapi kemudian kamu tetap akan ditinggalkan. menangis terlalu banyak dihadapannya hanya akan menunjukkan kepada si dia bahawa dia berkuasa ke atas kamu, jadi jangan buat begitu!
6- Mendesak
Mungkin kamu tidak ada cara lain lagi utk pastikan si dia setia dengan kamu, jadi kamu terus mendesak dan mendesak. bagi kamu, cara tersebut menunjukkan kesungguhan kamu mencintainya sepenuh hati. namun kamu mungkin tidak sedar cara kamu itulah yang membuatkan si dia semakin jauh denganmu. si dia akan beranggapan, kamu cuba mengawal kehidupannya. oleh kerana mahu mengejar kebahagiaan sendiri, kamu tidak peduli perasaannya. sama ada dia bahagia ataupun tidak dengan kamu. daripada si dia masih ada rasa sayang denganmu, kerana sikapmu itu terus hilang semua perasaan sayang itu dan timbul pula rasa benci!
7- Memutuskan percintaannya
Diakui perasaan cemburu itu pasti akan wujud terutama andai si dia menjalinkan hubungan dengan orang lain. namun janganlah terlalu cemburu buta. mungkin si dia dan teman barunya hanya kawan biasa ataupun teman lama. selidiki dahulu sebelum menuduh yang bukan-bukan. harus diingat sikap kamu yang cemburu buta bukan sahaja akan mengeruhkan lagi keadaan, malah akan menambahkan perasaan bencinya padamu!
8- Menceritakan sejarah cinta
Mungkin tujuan kamu baik untuk berlaku jujur dengan menceritakan apa yang pernah berlaku antara kamu dan kekasih terdahulu. namun percayalah, lagi banyak kamu mengingatkan si dia dengan kisah-kisah lama, lebih jauh dia cuba menjarakkan diri daripada kamu. si dia sudah semestinya merasakan kamu masih tidak dapat lupakan kekasih lama kerana telah mempunyai memori indah bersama. jadi sebelum kamu meninggalkan si dia lebih baik si dia meninggalkan kamu terlebih dahulu..!
9- Bertengkar
Kebiasaannya apabila kamu dan si dia berbincang, perbincangan tersebut akan berakhir dengan pertengkaran. lebih mengeruhkan lagi keadaan apabila kamu suka mengungkit kesilapan terdahulu. akibatnya sampai bilapun masalah tidak akan selesai selagi kamu tidak cuba berlembut dengannya. sekiranya kamu benar-benar menyayanginya, bertolak ansur dan lupakan semua yang telah berlalu serta mulakan hidup baru.
10- Jangan hanya meyakinkan
Kamu sentiasa cuba meyakikan si dia bahawa kamu telah berubah dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang kamu lakukan. memang baik kamu berubah, namun tidak cukup dengan hanya meyakinkan tetapi kamu tidak pernah buktikan kamu berubah. apabila mulut sahaja yang bercakap tetapi perlakuan kamu tidak menunjukkan apa-apa, ia secara tidak langsung akan menghilangkan rasa percaya si dia pada kamu.


1 komen kat sini !:

Bukan Eciz said...

@Lepat Pisang

nape ni lepat? macam ada masalah je. kalau tade halangan, kongsilah dengan saya. saya boleh jadi pendengar yang setia. ;))