▷▷20100309

Laman Sosialkuu~

Bosan ouh bosan.

Kenapa? Sbb aku ni mudah sgt bosan.

Aku ni pendiam. Tak pandai bergaul sgt.

Bila cuba nak bergaul, org tak layan.

Maka, dengan pantas aku jadi bosan. Huhu~

Jadi, tak hairanlah, kalo banyak laman sosial yg aku tahu, pernah kunjungi, pernah join tapi jaranglah lekat.

Kecualilah ianya ada keseronokan tersendiri.

Laman sosial yang aku masih lagi lekat sampai sekarang ialah,

MYSPACE! sbb, aku boleh buat apa je dgn myspace. aku ni suka edit mengedit. sejak aku tahu cara nk edit & bikin page sendiri, aku makin seronok dgn myspace. aku buat itu buat ini. memang seronok. aku join myspace ni sejak 1 April 2006 lagi. disebabkan itu jugaklah, myspace masih di tempat pertama utk aku sign in! ;)

kedua, BELOGGGG! sbb, aku boleh meluahkan rasa di hati. geram, gembira, rindu, sedih & macam2 perasaan yg ada. aku jadikan belog ni ala2 diari hidup aku. yg boleh dikongsi oleh semua lapisan masyarakat. belog juga boleh di edit page nye. sbb tu aku suka layan belog ni. sekurang2nya, aku tak lah bosan sangat. hehe. belog ni tak payah nk sign in pn tape, kalo sekadar nk tgk perkembangan terbaru kat page. hehe. biasanya, aku akan buka email dulu. kalo ada org komen, baru aku sign in belog ini.~ ;)

ketiga, FACEBOOK! pada mulanya, disebabkan game2 & kuiz2 yang ada. aku jd khayal dgn facebook. lama2, jadi tempat terkumpulnya kawan2 lama aku. kawan dari sekolah rendah yang ramai. tu yg buat aku makin syok nk sign in facebook. kalau korang nak tahu, facebook aku ni, aku hanya akan approve kawan yang aku kenali. means, kawan2 sekolah atau kawan2 yang pernah beramah mesra dengan aku. sbb tu, aku tak letak icon friend request. icon friend request hanya akan dpt ditunjukkan pada org yang pernah add kawan2 aku. means, friend of friend. kalau dia bukan salah seorang dari kawan2 aku, maknanya, dia juga bukan kawan aku. aku akui, jarang org add aku. dan aku akan ignore je kalau ada sapa2 yang tak letak muka sebenar dia. hehe. sorry guys yang cuba nk add aku tu ye. hehe. so, facebook ini hanya akan buka utk contact dengan kawan2 lama aku. tu je. ;)

hanya itulah laman sosial yang aku lekat sampai sekarang. yang lain, mcm FRIENDSTER, TWITTER, TAGGED, HI5, FLICKR, YM & apa2 lagi yang aku tak senaraikan tu, mmg le tak lekat. sbb membosankan. hehe. FYI, semua yang aku senaraikan tu, semuanya ada account aku. hehe. ;))


Ahhha ~ Akk merapu lagiii

Lokasi: Bilik belakang, rumahku syurgaku.
Mood: Keboringan tahap boring.

Hadeis. Da 2 hari ni aku tak keje.
Bosan dokkkk ~
Tapi ahad lepas mmg syok.
Bkn pasal apa, pasalnya aku dapat melepaskan gian nk rosakkan lagu.
Wahhh~ Bunyi cm besh je kn?

AKU PERGI KARAOKEEE~~

Aku tau la suara aku ni up sikit dari siti nurhalijah tu.
Tu yg malas nk tunjuk kat semua.
Bila nyanyi, mmg tak ingat duniawi.
Apatah lagi orang keliling.
Kadang2 rasa kesian kat diorg terpaksa tahan telinga.
Yelah, dengarkan suara aku yang terlampau 'enak'.
Hadeis. Maka diorg pun nyanyi sama utk menutup kesedapan suara aku.
Punyalah baik hati diorg ni.
Nyanyi pnya nyanyi, tak sedar da 2 jam kitorg hentam.
Seronok gila bai.
Yang penting, aku mmg suka rosakkan lagu.

Lirik lain yang keluar, lain yang aku sebut.
Besar suara penyanyi, mcm katak aku buat suaranya. (atau suara mmg mcm katak?)
Whateverlah kak oii. Yang penting suara akk mmg merdu tahuu~
Para sepupu aku semua tak berpuas hati, sbb semua lagu aku nyanyi.
Lagu diorg pn aku hentam, walaupn aku tak reti nk nyanyikannya.
Haha. Kan akk da ckp, akk kalo nynyi tak ingat duniawi & org keliling.

Yang penting akk nk beritahu, karoke mmgggg beshhhh!!

▷▷20100304

" Hanya satu persinggahan "

Salam

" Hanya satu persinggahan "
Apa yg korg semua akan fikir bila baca ungkapan atas ni?
Aku tahu korg akan fikirkan mcm2 andaian.
Okeylah. Pagi ni aku tade mood nk berteka-teki.
Maka, aku nk bagitau, ungkapan kat atas tu adalah satu tajuk lagu.
Yang dinyanyikan oleh sebuah kumpulan bernama "Ekamatra"
Tajuk lagu tu berkenaan satu hubungan yang tak menjadi.
Kira2 terputus di tengah jalan.

Apa yg korang rasa bila hubungan yg korang jalinkan
hanyalah di anggap satu persinggahan?
Setelah mcm2 yang korang lakukan untuk menghangat hubungan tu,
tapi korang hanya dipermainkan.
Mesti sakit hati korang kan?
Lagi2 bila pasangan hanya membisu,
tak contact dengan korang lagi.
Diam je tade apa2 respon.
Rupanya hubungan tu hanyalah satu persinggahan,
di mana, pasangan hanya cari anda bila dia terasa sangat bosan.
Bila dia tade teman, bila dia sakit, bila dia memerlukan seseorang.
Bila dia sedih, bila dia dipinggirkan, bila dia dalam kesusahan.
Barulah dia cari kita. Apa jenis manusia mcm tu kan?

Sangat menyedihkan bila berada dalam situasi itu.
Tapi tape, itu semua dugaan dalam suatu perhubungan.
Apa2 pun, suatu yang berlaku tu boleh buatkan kita lebih berfikiran matang.
Terimalah dengan redha setiap ketentuanNya~

Maka, aku nak bgitau, aku sangat tak suka
suatu yang di anggap
" Hanya satu persinggahan "

▷▷20100226

Apa saja la. ;))

Salammm..~
Hai.. apa khabar sumenya?
Aku? Khabar tak baik la.
Musim panas ni, aku pun panas.
Makanya, demam le saya.
Kesian tak kat aku?
Bukan apa, kat kg aku, ada majlis besar.
Maka, kedai tempat aku keje sibuk jugak.
Time ni la, aku sakit.
Pergh~ Patutnya masa ni la aku dpt kumpul duit.

Pakwe aku nak balik nanti.
Ingat bolehlah keluar duit masa dating.
Asik dia je yang keluar duit.
Kesian kat dia. Dia skang bukan keje pun.
Study je. Tak dapat bantuan pulak tu.
Haish, kesian sangat kat dia.
Tapi dia taknak duit aku keluar.
Pakwe aku memang tak kedekut.

Macam2 da dia buat utk aku.
Aku tetap hargainya.
Cuma, aku ni insan biasa.
Tetap ada cacat celanya.
Kadang tu kesian kat dia, aku slalu buat perangai.

Hubungan aku dengan dia dah hampir setahun. terus terang aku cakap, kalau bukan kerana sifat penyabarnya, hubungan kami takkan kekal sampai sekarang. dia sangat2 penyabar. dia tahan segalanya, dia telan semuanya. betul cakap sepupu aku, sekali dia dah sayang, dia sayang betul2. tapi sekali dia dah benci, dia benci sampai mati. sbb tu aku selalu ckp, Faiz ialah insan yang tepat dalam hidupku. aku betul2 rasa dialah jodoh aku. dia tahan dengan segala perangai aku. dia betul2 sayangkan aku. dia betul2 perlukan aku. mcm tu jugak aku. aku cuma perlukan dia sorang je. aku tak boleh nak sayang org lain, atau contact dengan org lain. kalau aku tak msg dia atau tak dengar suara dia dlm 1 hari, aku rasa tak sempurna hidup aku. dia ada cakap, tunggu la 2 tahun lagi. aku sabar. mcm mana dia boleh sabar dengan perangai aku selama setahun ni, macam tu jugak aku akan sabar utk tunggu dia memperisterikan aku dalam masa 2 tahun lagi, insyaAllah. abi, ayg tunggu k. ayg tunggu abi sorang je tau! iloveu sayang. only u. ;))

▷▷20100203

. riang ria saya .!

. Haiiiii..!! .
. Wahhh . silonok nampak .
. Hehe , mana taknya .
. hari yg riang .
. tu la kn , ta sume hari itu indah .
. dan ta sume hari itu suck !.

. so so so, aku nk bgtau , hari ni , totally is mine !.
. esok tatau ag . ;))
. jd , aku rasa seronok la weyhhhhh..!! .

wahahahaha~ hambek ko. suka ni. ;D