▷▷20120704

"Zaman Sekarang"

Bismiallahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum

Kemain lagi aku kan? asik update aje. orang asik kata, aku ngulor, tak buat keje. masalahnya, aku ni bekerja dengan budak2. jadi bila budak dah balik, aku dah takde keje. tinggal nak tunggu waktu balik aje. tadi masa duk lepak2 dengan senior dan cikgu cikgi, dorang ade bercerita serba sedikit pasal student skola ni.

makin rosak katanya. bukan apa, sedang pregnant. baru tingkatan 4. dan kata cikgu tu lagi, kali ni da yg ketiga kalinya. 2x dia gugurkan. astaghfirullah. apa nak jadi dengan semua org zaman sekarang? muda2 dah rosakkan diri. mcm takde agama je gayanya. hmmmm.

yang aku nak ceritakan semuanya adalah berkenaan "zaman sekarang". banyak sangat kita denga org ckp, "budak zaman sekarang" "anak zaman sekarang" "artis zaman sekarang" dan yg sewaktu dengan yang berkaitan dengan "zaman sekarang".

yang buat aku tertanya-tanya tu, kenapa mesti zaman sekarang? zaman dulu tak eh? zaman dulu lagi lah, zaman agama tak cukup kuat. bukti agama tak cukup kuat? skola, pakai skirt pakai seluar pendek dan takde pun yang pakai tudung. tapi ada tak denga, kes zina, kes khalwat, kes buang bayi, kes jual anak, kes pelacur berleluasa mcm zaman sekarang?

padahal zaman sekarang ni banyak dah yang diwajibkan. pakai tudung ke sekolah, pakai seluar panjang dan banyak lagi. tapi kes2 yg aku cakap tu makin berleluasa pulak. aku dapat rasakan ini semua kesan didikan yang tak cukup kuat dari zaman dulu yg tak kuat agamanya. tak pasal2 zaman sekarang jadi mangsa. tak pasal2 zaman sekarang jadi makin murah harga dirinya, makin melupakan segala azab yg Allah janjikan pada hamba2Nya yg menderhakai tuntutan agama.

ya aku sedar, aku bukanlah seorang gadis dan anak yg baik. memang terlalu banyak kesilapan dah aku buat sepanjang 24 tahun hidup ni. tapi itu semua dah bagi aku cukup pengajaran dan pelajaran daripada karma yg aku terima. syukur, balasan diturunkan dalam dunia lagi. tak dapat aku bayangkan jika balasan di akhirat yg Dia bg. Nauzubillah!

maka sedarlah anak2 dan adik2 yg baru nak berjinak2 mengenali lelaki yg bukan mahram, baru konon nak berkapel, hentikanlah sebelum semuanya terlambat. lebih baik mencegah dari merawat. menyesal kemudian tak guna. ingatlah, Allah itu Maha Melihat, Maha Mengetahui. dan ingatlah, janji Allah itu benar. takutlah dengan balasan Allah yang Maha Dahsyat itu. Astaghfirullah!!


3 komen kat sini !:

Rafi Nilhan said...

zaman sekarang dgn dulu lain cerita..

kalau dulu paper berita harian besa meja..

haha

Bukan Eciz said...

Hahaha. Betul tu. rege nasikk lemak 30 posen je

Ardini Humaira said...

kawen cepat2 :D