▷▷20100603

Kisah aku dan dia !!



ini entry CINTA harap maklum! tiba-tiba je nak cite pasal SANGKEKASIH walau dia tanak cite sal aku KEHKEHKEH!




perkenalan aku dengan SANGKEKASIH bermula pada haribulan tak ingat yang pasti tahun 2003! masa tu aku tingkatan 3 bersekolah di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' BENTARA DALAM SEGAMAT, JOHOR! pendekkan jadi SDBDS.


dia ni ditukarkan ke kelas aku. humm geng-geng dia skali la huh nyemak je buat penuh kelas aku KEHKEH. dan dia adalah paling pendiam plus pemalu okey.


aku?? huh dari dulu sampai sekarang ramah mesra KEHKEHKEH walau kadang-kadang pendiam. nak dijadikan cite, ada sorang SAHABAT aku bagitawuu yang si dia ni syok kat aku KAHKAHKAH budak itam tembam ni pun dia nakkk!


aku bohlayan je almaklum dia tade buat pengakuan kan kan. tak lama lepas tu aku dengar dia sudah bersama dengan TETTTTTT la kan. stop! tanak cite pasal tu!


2004 pulak aku dan dia ditakdirkan sekali lagi 1 sekolah di SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SEGAMAT! tapi kami tak pernah bertegur sapa, dia sombong aku lagiiiiiiiii la sombong! huh!


habis sekolah, cuba la nak contact dia kan, tapi dia BOHLAYAN siotttttt! p mati kau! start hari tu terus aku DELETE nombor dia dan tak contact dahhhhh MENYAMPAHHH!


2009 dia contact aku. hmmm aku tatau tu nombor dia tau. tanya punya tanya, ohhhhhh BUDAK SOMBONG ni rupanya. aku pun BOHLAYAN la balek kan. dia tanya, tade calon awek ke untuk dia, dia suka yang sporting, susah nak dapat, aku cakap apa tau MAAP AKU BUKAN AGEN CARI JODOH! KAHKAHKAH! puasnya rasa.


tapi masih mesej sama-sama. tak banyak sangat la. sampai satu malam, dia call aku. nak gayut. aku cakap, aku memang suka gayutttttt! dia cakap, bagussss dia pun bukan suka sangat SMS niii oooooohh patutlah BOHLAYAN mesej aku!


ditakdirkan lagi, satu malam tu, kitorang gayut lebih 3 JAM tanpa henti. dia guna kredit aje. cuma ada RM5. tapi boleh 3 JAM lebih?? dan malam tu jugaklahhh, aku tanya dia balik, betul ke dulu masa form 3 ko penah suka aku?? mayam cakap kat aku. huhu. dia kata, arghhhhh malunya!! hihi betul la tuu.
KAHKAH tengokleeeee muncung aku tuuuu!


dia cite semula okey saat-saat kegemilangan dia syok aku sorang-sorang. dia cakap, setiap kali balik sekolah, dia akan tunggu atas jejantas, sebab nak tengok aku lalu kat bawah jejantas tu. dia berani tengok dari jauh je. 

pastu dia cakap lagi, dulu kan ada musim orang sayanggggg sangat kat awek or pakwenye, dia akan toreh nama kat lengan nama pasangannya. dan masa tu, dia ada toreh nama NISA kat lengan dia! sampai sekarang ada lagi parutnya!. 

pastu, tiap petang, ada kelas tambahan untuk budak kelas aku, dia cakap, dia rajin datang sebab aku pun datang kelas tuu! kalau aku ponteng, dia takkan masuk kelas tu! KAHKAHKAH! dulu aku nakal sikit bab kelas tambahan.

pastu, dia ni kan berisi sikit orangnya. sejak dia suka aku, dia makin kurussss! sebab dia tak lalu nak makan teringat kat aku! KAHKAHKAH! 


dah tu je yang aku ingat dia cite. tapi yang beshnya, dalam BOHLAYAN aku tu, nombor henpon aku dia TAK PERNAH DELETE!! walau dia dah tukar hp banyak kali, tukar nombor banyak kali, NOMBOR HENPON aku saje yang kekal ada!


sejak malam tu, kitorang jadi makin rapat. sampai rasa takleh lepas da rasa sayang  niiiii. gadoh hari-hari. tanggal 19 MAC 2009 aku pun ditabalkan jadi bini dia. eh, KEKASIHATI dia. KEHKEHKEH! 


eh baru teringat. kitorang penah 1 kelas masa darjah 1 dulu. aku penah sekolah di SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG JAWA SEGAMAT di kelas 1 KUNING DAN 2 KUNING! aku penah lempang budak nama FAIZ! dan dia cakap, dari darjah 1 sampailah darjah 6, dia kelas KUNING!! KAHKAHKAH! sah dialah yang aku lempang dulu!





dan sampai sekarang, aku kekal BAHAGIA dengan dia. tade duanya dah. tade main-main lagi dah. dia kuat cemburu. aku pula gatai. KAHKAHKAH! tapi hatiku tetap kental miliknya sorang!



6 komen kat sini !:

I n n z said...

wewitt ~
gns gile ko men lempang2.
huhu xD
terbaek !~

Ivy Metaga said...

selamat berbahagia..=)

pawaka19 said...

huahua..bestnye kalau bercinta ek

NuR 'aQiLaH said...

wuu nak jugakk camneh
sweet sour uh
huhu~

RAZUbA said...

pergh garang2..
aku rse sbb lempangan ko 2 la, si faiz jdik gila bayang kt ko..
huaahuahua~ :0

sham anuar said...

no.1...hehe
sweet story...kisah chenta terbaek! hehe..
moge kekal slamanya..^_^