▷▷20100505

Jom jawab kuiz Cinta 3 segi!

Haiiii korang-korang. dengan kelegaan yang telahh aku hadapi hattoii sangat menyeronokkan tawuu kalian-kalian aku nak berkongsii la fasall sesuatu yang pasangan korang pasti tak sukaa kalau korang buat hattoii tak reti sertia ke kawan-kawan?? kawan, tanpa kita sedarii kann pintu hatii korang di ketuk *tok tok gitu vunyinya olehh dua lelakii / dua perempuann. dua-dua tu ada kelebihann dan keistimewaan yang tersendirii la OPKOS la kann kalau takk takan korang nak terpikat kann? kan?

korang dah tentu lahh kan keliru dlm buat keputusann kann?? eleh eleh tak nak ngakuu fulak dia babab karang. alaa nak pilih yang mana satuu lahh kan antara BF LAMA dengan BF BARU. jom kawan-kawan, kita main kuizz hattoiii lama benar tak mainn kuiz kan kawan-kawann?? kot-kot korang akan jumpa jalan setel nak buat pilihan tepat kann? jom start!

1. Impian korang adalah memiliki seorang kekasih yang..
a- memahami, manja dan sangat romantis
b- pandai berdikari, bijak dan pandai mengambil hati
c- kaya dengan kasih sayang

2. Siapa di antara kedua-dua kekasih hati kamu yang mempunyai ciri-ciri kekasih idaman kamu?
a- sudah pastinya kekasih kamu yang baru dan kerana itu jugalah kamu boleh jatuh cinta lagi
b- kekasih yang terdahulu lebih banyak memiliki ciri-ciri lelaki idaman kamu. tetapi kekasih baru sentiasa buat kamu rasa selesa biarpun si dia tidak memiliki ciri-ciri yang kamu impikan
c- kedua-duanya memiliki ciri-ciri yang kamu impikan selama ini dari seorang kekasih

3. Bagaimana boleh munculnya orang ketiga antara kamu dan si dia?
a- si dia muncul dalam hidupmu setelah kamu merasakan cinta kamu dan kekasihmu semakin hambar
b- si dia datang tanpa di rancang dan cinta antara kamu dan si dia wujud tanpa di sedari
c- si dia amat menyayangi kamu dan tidak putus asa untuk memenangi hatimu

4. Selama bersama kedua-duanya, siapa yang paling banyak berkorban dan apa yang dilakukannya?
a- sudah tentunya kekasih yang terdahulu dan pengorbanan paling besar yang di lakukannya ialah sanggup menerima kamu walaupun pada saat itu kamu tidak punya apa-apa dan tidak pernah mampu memberikan si dia apa-apa walaupun sekuntum bunga atau sehiris senyuman huahua

5. Secara jujur, antara kedua-duanya hati kamu berat kepada siapa?
a- kamu sayangkan kekasih yang terdahulu dan pastinya dia pilihan utama namun kamu tidak berdaya menolak kehadiran insan baru dalam hidupmu kerana si dia terlalu baik
b- kamu lebih sayangkan kekasih barumu kerana merasakan dia amat memahami namun kamu tidak sampai hati untuk meninggalkann kekasih yang terdahulu kerana si dia terlebih dahulu kamu kenali
c- kedua-duanya kamu sayang dan tidak sanggup berpisah

6. Apa kelemahan atau kekurangan kedua-duanya?
a- kekasih yang baru terlalu manja dan mudah sensitif biarpun dengan hal-hal yang kecil
b- kekasih kamu yang terdahulu kurang romantis dan tidak terlalu menunjukkan kasih-sayangnya
c- kedua-duanya memiliki kelemahan yang sama iaitu terlalu menyayangi kamu sehingga sanggup menanti jawapan darimu biarpun mungkin akan mengecewakan salah seorang darinya

7. Kedua-duanya berada dalam kesusahan serta amat memerlukan kamu berada di sisinya. Mana satu yang akan kamu utamakan?
a- semestinya kekasih yang terdahulu kerana dia lebih lama bersamamu berbanding si dia
b- kekasih yang baru kerana dia lebih memerlukan kamu
c- supaya lebih adil dan saksama kamu tidak akan datang berjumpa kedua-duanya tetapi akan berusaha menenangkannya melalui telefon

8. Apa perasaan kamu andai kekasih yang terdahulu tarik diri dan minta untuk diputuskan hubungan?
a- andai kekasih yang terdahulu minta putus memang frust sangat kerana cinta yang di bina begitu lama. jadi kamu sanggup tinggalkan kekasih yang baru untuk pastikan si dia tidak tinggalkan kamu
b- itulah yang terbaik demi kebahagiaan semua orang. sekurang-kurangnya ada orang yang menarik diri
c- sedih!! namun terima dengan hati yang terbuka dan percaya si dia akan bertemu dengan insan yang lebih baik dari kamu

JAWAPAN
Sekiranya jawapan kamu banyak A
Confirm!! Kamu masih lagi mencintai kekasih terawal yang menambat hatimu dan tidak akan ada insan lain yang dapat menggantikan tempat si dia. Bagimu, pengorbanan si dia begitu besar. Setiap kebaikan dan kelebihannya sentiasa terpahat di hatimu. Namun apa yang membuatkan hubungan kamu mula jadi renggang dan cintamu beralih arah kerana kamu terasa sunyi apabila si dia semakin sibuk dengan kerja-kerjanya. Saat inilah orang ketiga berjaya mengisi kekosongan yang ada. Sebaiknya masalah yang berlaku antara kamu dan si dia perlu diselesaikan. Jangan jadikan orang ketiga hanya sebagai sandaran. Kamu perlukan dia namun apabila kamu sedang bergembira dengan kekasih kamu, dengan mudah kamu lupakannya. Si dia juga ada hati dan perasaan tau!

Sekiranya jawapan kamu lebih banyak B
Kamu mungkin masih sayang pada kekasih yang terdahulu namun hati kamu tidak lagi untuknya. Malah telah kamu berikan segala-galanya pada kekasih kamu yang baru. Bagimu sekarang dialah segala-galanya dan kamu sanggup berkorban apa saja untuknya. Si dia berjaya menambat hatimu dan telah menepati ciri-ciri kekasih yang kamu impikan. Namun kamu takut untuk meluahkan hal yang sebenar pada kekasihmy yang terdahulu kerana bimbang dia terluka. Namun harus diingat kecurangan kamu bercinta dengan orang lain dalam satu masa sudah cukup melukakan perlulah kamu terus bersamanya hanya atas dasar simpati ataupun kasihan. Demi kebahagiaan semua orang kamu harus berani untuk berterus terang.

Sekiranya jawapan kamu lebih banyak C
Kedua-duanya kamu sayang dan cinta. Antara mereka tiada siapa yang lebih dan tiada siapa yang kurang. Bukan itu sahaja kamu juga yakin siapa pun pilihan kamu. Kedua-duanya, mampu membahagiakan kamu. Andai kamu di dalam situasi ini dan punya perasaan seperti ini sebenarnya lebih mudah kamu membuat keputusan. Kuatkan hati untuk memilih salah seorang darinya. Kamu tidak perlu ragu-ragu kerana siapa pun pilihan kamu, dia tetap orang yang kamu cintai dan ingin kamu miliki selama ini. Namun andai kamu tetap keliru, cara terbaik ialah cubalah bertanyakan pendapat pada teman-teman, orang tua dan berdoalah pada Tuhan.

Walau pun letih menaip adik-adik, aku tetap senyum meleret beginii okeyy terimalahhh. ;D

hattoii sangat panjang la okeyy kawan-kawan untuk menaip inii. selamat membaca okeyy kawan-kawan dan bagi respon tawuu? ;D

0 komen kat sini !: