▷▷20100330

Hina kan orang gemuk ni?

kenapa aku cakap macam tu?
sebabnya, seingat & sekuat memori aku, 3x aku dikutuk baekkk punya.
pertama, ada org cakap aku gemuk macam badak sumbu.
kedua, ada org cakap badan aku mcm tong air batu.
ketiga, terlatest, ada org cakap, muka aku mcm ikan buntal, tak comel langsung.

utk yang kali pertama dikutuk, aku menangis sekuat hatiku.
hanya faiz yang mendengar tangisan itu. tapi aku hanya menangis.
utk kali kedua, aku hanya tersenyum. dan terfikir, gemuk sangat ke aku ni?
bila kali ketiga, aku tersenyum. dan terfikir, betul jugak ek. tapi, tiba2 aku menangis.

kenapa? sebab, aku terfikir, apa ke hinanya menjadi orang yang gemok ni?
apakah aku ni pernah meminta-minta duit dari diorang utk aku makan?
adakah aku membuatkan mereka tak boleh tidur sebab tak cukup ruang utk tidur?

aku menangis semahu-mahunya. air mata ni meleleh dengan sendiri. tak henti-henti.
kenapa lah, aku gemok? kemudian di hina.
boleh tak aku beritahu mereka, yang aku ni manusia biasa?
ada hati dan perasaan? kenapa nak samakan dengan binatang?
kalau bergurau, boleh dipertimbangkan. tapi, ini bukan gurauan.

faiz tahu, aku terluka. dia jua yang pujuk aku.
dia cakap, ini cabaran utk aku.
sememangnya aku mahu turunkan berat badan.
tak apalah, tunggu lah. insyaAllah, aku berjaya sahut cabaran ni. ;))

9 komen kat sini !:

royal joe budu said...

nope..bg ak org gmuk kiut2 blake..

ztsuhaily abdmalib said...

ahaks. relex2. lantak pi la mereke nak ckp ape.
ku pun gemok gak.
dr dulu gemok. sampai naik bosan jadi gemok.
tp kt relex la.
kalau org ckp mcm tuh. balas je. balas sampai mereke diam. tunjukkan wpun kt gemok. kt maseh ade otak nak pikir! maseh kenal manusia ngn ikan buntal!

Bukan Eciz said...

royal joe budu; huhu. mata org lain2 kn? setengah2, menyakitkan pendapatnya. ;(

Bukan Eciz said...

ztsuhaily abdmalib; betul. adakalanya, saya ckp, saya suka gemuk2 ni. tapi, saya ni sensitif. tu la, tadi baru saya terkena yg kali ketiga tu. sedihnya. menangis tersedu2. mcm dihentak batu besar. ;((

ztsuhaily abdmalib said...

oh. relex2. biase lah tuh. sy pun sensitip gak. tp skang sy cube tuk menjadi org yg xde perasaan. malas nak layan org sekeliling. biarlah die nak ckp pe. :)

Unknown said...

aku gemuk jugak. tapi aku tak kisah. Dulu aku memang sensitif bab gemuk-gemuk ni, tp then aku realise yang sebenarnya kita tak hina sebab orang pandang hina ngn kita, kita sebenarnya hina sebab kita sendiri pandang hina pada diri kita.

So, jangan sedih-sedih sis. Makin kita menangis, makin orang suka mengejek kita. Pedulikan mereka, mereka tiada erti bagi kamu dan hidup kamu. ok. Cool~~ :P

Bukan Eciz said...

ann; pasal hina tu, betul juga ek. dan memang betul mereka tak ada kaitan dlm hidup kita. terima kasih banyak2, apa yg kamu & rakan2 komen, sgt2 membakar semangat saya. menyejukkan hati. saya memang nak turunkan berat badan, sbb berat dah melebih2. jadi, saya anggap ini ialah cabaran utk saya. ;))

Unknown said...

haha.. well, samalah kita.

Syukur masih ada yg sayang! Tu tu encik Faiz tu.. hehe

Bukan Eciz said...

tahu tape. dia lah kekuatan saya. ;D